Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Chalet Nur Muhammad

Dah lama sangat aku nak buat entry ni. Tapi baru la ni ada kesempatan. Dah jadi jeruk pekasam kot cerita ni. Takpelah.. lagipun aku rasa banyak je orang suka makan jeruk dengan ikan pekasam kan? Jadi,terimalah..(bajet nak buat konsert) Aku sekarang tinggal dan bertugas di Chalet Al wahah atau nama komersialnya ialah Chalet Nur Muhammad. Chalet ni milik syarikat Global Ikhwan sdn bhd dan rasanya merupakan satu-satunya chalet milik orang melayu kat Mekah ni. Chalet NM ni terletak di Shumaisi,Mekah(dulu dikenali dengan nama Hudaibiyah)berada betul-betul diborder antara tanah haram dan tanah halal. Kalau korang biasa ke Mekah korang taulah apa tu tanah haram dan halal. Panjang pulak aku nak cerita. Chalet ni terletak ditanah halal. Dekat dengan Hudaibiah,tempat miqat bagi mereka yang ingin berumrah. Kedudukan chalet ni memang strategik gilela sebab memang tepi highway Mekah-Jeddah. Susahla kalau kata sesat tak jumpa cari. Tak cari pun memang akan jumpa,insyAllah.. Pintu masuk ke Cha

Bisnes ke makan gaji?

Sekarang ni dah macam-macam jenis skim cepat kaya yang ada dipasaran. Ada yang berhasil,banyaknya yang kecundang. Memang..siapa yang tak nak kaya kan? Maklumlah dunia sekarang ni semua benda pakai duit. Masuk tandas pun kena bayar. Semua ini membuatkan semua orang berlumba-lumba mengejar kekayaan supaya dapat hidup senang. Satu hari kami adik beradik makan dalam dulang ramai-ramai dengan Abuya,kami semua ditanya tentang cita-cita masing. Besar nanti nak jadi apa? Maka budak-budak yang tak cukup akal lagi ni pun bukan main lagi menglistkan cita-cita mereka. Doktor Cikgu Peguam Hakim(akula tu) Pramugari(eh?) dan beberapa profesion lagi yang semuanya amboi amboi belaka. Lepastu Abuya cakap,semua kerja tu gaji sikit. Susah nak kaya. Kalau nak kaya kena meniaga. Sebenarnya bukanlah Abuya nak suruh kami jadi kaya raya tak ingat dunia. Tapi Abuya hanya nak mengalih perhatian kami yang masih hingusan tu. Nak luaskan lagi fikiran yang tak berapa nak luas. Berniaga ni salah satu sun

Rumah Allah berwarna hitam..

Tuhan.. Ditengah kesibukan ini aku larikan diri kesisi RumahMu yang Mulia.. Kaabah.. Terima kasih masih menerima aku berserambi disampingMu.. Aku.. Malu untuk mengangkat wajahku ini untuk menatapMu.. Kekuatan powerMu merobek hatiku.. Aku tak punya tempat lain untuk ku ringankan semua yang terbuku.. Aku hanya punya Kaabah.. Sedang aku punya banyak sekali harapan dan impian.. Dosa dan kesalahan yang butuh keampunan.. Tolong jangan aku dihalang.. Kelak jiwaku hilang.. Rumah Allah berwarna hitam.. MelihatMu aku bungkam.. Duniaku lantas cerah..tadinya kelam.. Teruslah menerima aku lahir dan batin.. Jangan hanya jasadku diterima.. Tapi hatiku tetap buta.. Wahai Kaabah lahiriah dan batiniah Wahai tuan punya Kaabah lahir dan rohaniah HambaMu ini datang padaMu Minta untuk dikaabahkan hatiku Hati yang ingin aku kosongkan Dari nafsu dan yahudi Kerana ia hanyalah untukMu Tuhan..

Tutup aurat vs Balut aurat

Aku memang suka betul tengok fesyen orang bertudung sekarang. Nampak stylo. Macam Yuna, Hana Tajima dan lain-lain selebriti yang cantik belaka penampilan mereka. Kalau kat Indonesia tu ada Zaskia,Ineke dan seangkatan dengannya. Satu sudut nampaklah orang bertudung semakin up to date. Taklah nampak macam kulup je. Dah semakin maju dan berkembang. Mungkin dengan itu orang bukan islam semakin membuka mata terhadap islam yang dilihat cantik. Tapi sebenarnya betul ke teori kita tu? Kenapa kita bertudung? Rasanya semua orang akan jawab,sebab Allah yang suruh. Jadi,agaknya pandangan kita tentang bertudung tu tepat tak macam yang Allah nak ye? Iyelah.. Kalau kita berbuat kerana Allah,mestilah tepat dengan cara yang Allah nak. Katalah bos suruh kita buat satu kerja,kita pun buatlah cara yang kita rasa betul. Tapi rupanya bos tak suka pun. Agak-agak bos buat ape? Silap haribulan kita boleh dipecat! Begitu jugalah dengan perintah Tuhan untuk semua wanita menutup aurat. Kalini aku cakap tentan

Jalan itu aku susuri

Sekali lagi kulalui jalanan sepi,yang cukup diri ini kenali.. Dalam mamai aku gagah update blog. Hari Sabtu lepas subuh- Aku,Kak Azwa dan Abil(anak sedara) terus meluncur dari Mekah menuju Jeddah membawa misi biasa yang belum selesai-beli barang. Setelah bertungkus lumus,kami sampai Mekah dah dekat maghrib. Lepas isyak dekat pukul 9 malam- Kami konvoi 2 kereta Armada dan hilux menuju Madinah. Pak Nur yang berpengalaman jadi supir pada orang arab selama 2 tahun disini mengetuai rombongan. Lucu. Kami tersesat sampai Yanbu. Pelik jugak kenapa boleh sesat sedangkan... Rupanya Pak Nur try ikut jalan lain dan bila malam dah mula rabun dan sedikit tersasar. Alhamdulillah akhirnya kami sampai Madinah jam 2 pagi. Setelah rehat,lepas asar aku,Kak Azwa dan Kak Azni(adik Kazwa) bergerak semula ke Jeddah bersama Tam sebagai driver. Sampai Jeddah dekat pukul 9 malam. Operasi barang. Gerak ke Mekah. Sampai sekitar pukul 11. Operasi barang lagi. Itulah misinya pun. Baru teringat tak makan ap

Mengetahui atau merasai

Rasa kehambaan sangat maknawi Bersifat kejiwaan yang sangat seni Tahu diri hamba belum memadai Hati merasa hamba itulah yang dicari Termenung aku mendengar bait sajak diatas hasil nukilan ayahandaku tercinta. Kita semua tahu kita adalah hamba. Semua pandai mengucapkan,kita hamba Tuhan. Tapi rupanya tahu dan merasakan hamba itu adalah 2 perkara yang berbeza. Tahu hanya bersifat akal. Tetapi merasakan hamba itulah cetusan dari hati. Tahu diri hamba belumlah memadai. Tapi hatilah yang perlu benar-benar merasakan bahawa kita hanya hamba. Memang..bersama Tuhan kita akan lebih banyak bercakap tentang hati. Tidak menafikan peranan akal,namun hati tetaplah raja yang sepatutnya menguasai diri. Tuhan beri akal untuk kita menerima maklumat,dan hatilah yang akan melahirkan dalam bentuk tindakan. Jika baik hatinya,baiklah seluruh peribadinya. Tapi keadaan dunia hari ini mendorong kita untuk lebih banyak melebihkan peranan akal dalam kehidupan. Hinggakan ilmu-ilmu ketuhanan pun kita akal-a

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5.

Bagaikan api membakar kayu kering

Satu hari waktu sedang duduk-duduk dengan Abuya dirumah kami di Labuan,Abuya menceritakan satu kisah kepada kami adik-beradik. Aku pun ingat-ingat lupa je dah cerita tu tapi intinya bolehlah dikongsikan disini. Kisah yang Abuya ceritakan ni berlaku di zaman Rasulullah saw bila baginda menceritakan perihal seorang sahabat yang dia itu mendapat darjat yang tinggi disisi Tuhan. Bila para sahabat yang lain dengar,depa pun bergegaslah kerumah sahabat yang disebutkan baginda Rasul itu untuk melihat amalan apakah yang dilakukannya sehingga mendapat tempat yang mulia disisi Tuhan. Namun para sahabat tidak melihat sebarang amalan istimewa yang dilakukan oleh sahabat itu. Jadi mereka bertanya kepadanya apakah yang berlaku sehingga dia begitu diistimewakan oleh Tuhan? Sahabat itu berkata,bahawa seumur hidupnya bukan saja dia tidak pernah dengkikan orang,malah berfikir untuk dengki pun tidak pernah sama sekali. Rasulullah dalam sabdanya ada menyebut bahawa,hasad dengki itu menghapuskan amalan ba

Indahnya kematian itu..

Indahkah kuburku?? "Aku mahu menyambut hari matiku segembira aku menyambut hari perkahwinanku.." Baca, membacalah dan belajarlah melalui bacaan kerana Allah mahu ajar kita melalui cara itu. Allah itu Mahaguru kita hingga kita jadi tahu apa yg kita tidak tahu. Dia juga Pencipta yg mencipta kita dari seketul darah beku. Tapi insan adalah jenis yg bila dirinya ada semua kecukupan,dia berlaku zalim sekalipun terhadap Tuhan yg dia tahu jasaNya. Itulah angkara nafsu durjana yg Tuhan simpan di dada manusia. Allah meletakkan nafsu supaya dpt menyaksikan hambaNya bagaimana mempertahankan status hamba. Oh!kalau begitulah rupanya kemahuan Tuhan hingga sanggup menjadi mangsa nafsu oleh manusia ciptaanNya,aku mahu buktikan bahawa nafsu akan aku kalahkan! Agar nanti bila Allah bertanya, "Siapa lebih besar,Allah atau nafsu???" Dgn mudah ku katakan,  "KewujudanMu Tuhan,lebih menawan aku drpd tawanan nafsu.Engkau cukup indah bagiku dibanding nafsu. Tuhanku lebih me

Aku dan sembahyang

Tuhan datangkan sembahyang untuk memberi kita ruang dan peluang bertemu dengaNya yang maha agung. Namun kita hamba yang penuh dengan seribu satu kelemahan,manakan mampu merebut peluang ini dengan sebaiknya. Ada saja dosa dan kesalahan yang berlaku dimana-mana. Sembahyang yang didirikan hanya bersifat fizikal sahaja. Sedang Tuhan menilai hatilah yang sepatutnya bersembahyang. Engkau maha tahu wahai Tuhan betapa hati kami ingin sekali benar-benar bersembahyang. Rukuk sujud kami penuh ketakutan. Rayuan pengharapan disepanjang penyembahan. Memohon keselamatan dari kesesatan.  Namun engkau tahu juga betapa hati kami penuh kelalaian. Sangat terpaut dengan dunia yang melambai.. Aku rasa macam mustahil nak dapat sembahyang khusyuk. Yelah..dalam kesibukan bekerja,tiba-tiba kena berhenti sembahyang,fikiran perasaan tu tak mampu nak alihkan fokus dari dunia kepada Tuhan. Aku pernah rasa bahawa sembahyang khusyuk tu hanya untuk nabi-nabi para sahabat je kot. Orang biasa macam kita ni memang t

Couscous (kuskus)

Aku ada satu tabiat buruk. Ya..sangat buruk. Iaitu apabila aku lapar,teringin sesuatu makanan,malah ketika berpuasa sekalipun,aku akan makan secara maya. Apakah itu makan secara maya? Iaitu mengenyangkan perut dengan cukup hanya melihat gambar makanan itu. Aku akan google semua jenis resepi makanan yang aku sedang terliur itu,aku tatap gambarnya dan hatiku puas. Tak sopan bukan? Tapi ianya berkesan mengurangkan sedikit keteringinan aku terhadap makanan itu. Dan tabiat ini aku masih mengamalkannya hingga hari ini. Salah satu makanan yang aku suka gila tapi jarang boleh diperolehi melainkan kena masak sendiri tapi selalu tak sempat ialah Couscous/Kuskus. Jangan risau..ia bukanlah makanan yang berunsurkan tikus kerana walaupun aku memiliki selera makan yang besar tapi tetap mementingkan kehalalannya. Kuskus ni sejenis makanan yang berasal dari Afrika atau lebih terkenal di negara Maghribi. Hasil aku berulang alik ke Eropah dan banyak bertemu dengan bangsa arab Maghribi,Tunisia dan Alger

Tetamu yang diundang

Tetamu yang datang membawa rahmat,perginya membawa dosa. Kalau orang faham betul apa yang dimaksudkan dengan kata-kata tu,mesti orang akan berebut-rebut untuk menyambut dan melayani tetamu. Tapi disebabkan tak faham maka tetamu dianggap hal yang merenyahkan. Aku la tu kadang-kadang. Aku membesar melihat ayah ibuku adalah antara orang yang paling suka melayan tetamu. Sampaikan tamu bila datang rumah kami akan rasa macam rumah sendiri. Makanan dihidang disepanjang meja. Dan satu hal lagi ialah ayahku akan menunjukkan selera makan yang tinggi supaya tetamu rasa selesa untuk makan sepuasnya tanpa perlu malu-malu kucing tak nak tambah makan sebenarnya lapar. Kalau mengikut ranking bangsa yang paling terer melayan tetamu ni aku rsa bangsa arab berada ditempat tertinggi. Bertahun-tahun aku mengabdi dinegara arab ni dan sangat dapat melihat adat mereka yang ikram dhuyuf (memuliakan tetamu) Semua makanan akan diberi pada tetamu,kalau ada sisa barulah disimpan untuk orang belakang. Bukanlah

Tuhan vs Hantu

Salam sayang  Siapa kat sini pernah nampak hantu? Ayookk seramnyee.. Aku ni bab-bab macam ni memang tak boleh harapla. Penakut gila! Dalam dok takut-takut tula Tuhan uji jugak bagi rasa pengalaman kena kacau dengan makhluk tak sekolah tu. Aduii.. Aku rasa majoriti kita ni memang takut punyalah dengan hantu. Tak yah nak cakap besar. Konon berani ah kan. Sekali depa mai mau terkenc..! Cis.. Jatuh air muka dan air mata. Tapi kalau macam aku ni pernah nampak hantu,boleh tahanlah kalau nak takutkan. Tapi ada yang tak pernah jumpa pun,tapi takut macam ngan apo tu pasai pa pulak? Sebenarnya apa yang menyebabkan kita jadi takut kat hantu ni? Dari budak kecik sampaila ke orang tua semua pakat dok takut. Adakah kerana lambakan filem-filem seram dipasaran mempengaruhi rasa takut kita pada hantu? Ataupun bangsa kita ni dari kecik dimomokkan dengan kewujudan hantu yang menakutkan? Ataupun ada sebab musabab lain yang aku tak terfikir?  Ok..kalau cakap pasal filem seram memanglah. Aku tengok

Baiknya Tuhan

Salam sayang Apa kabar semua? Semalam puasa tak? Kan dah janji nak puasa isnin khamis kan.. Moga kita semua diberi kekuatan untuk beristiqamah bagi mencukupkan syarat untuk menerima kemenangan dari Tuhan. Menunggu janji Tuhan yang pasti ni sesaat pun tak rugi. Kalau belum terjadi,kita makin meningkatkan diri. Supaya kalau berlaku nanti,hati kita dalam keadaan yang sangat takut dan cintakan Tuhan. Sebenarnya aku sedang mencabar diri untuk update setiap hari selagi terdaya dek diri. Cheewah.. Yelah paling kurang diwaktu aku sedang agak lengang dan tidak sibuk sampai lintang pukang. Sibuk pun bukanlah macam perdana menteri ke,presiden ke. Tapi boleh tahan sibuk jugaklah sampai manalah ada masa nak mengetik. Bayangkan kalau keluar pagi,balik malam merewang ditengah pasar musta'mal(2nd hand) mencari segala jenis perabot untuk melengkapkan 10 premis yang berbagai jenis projeknya. Eh. Ada masa ke nak berdiam diri sambil menaip dan update blog? Terer lah sapa boleh buat kan? Multi task

Kampung Rasulullah, Kampung kita

Salam.. Bumimu bersejarah tempat tinggal kaum ansar Membantu Rasulullah negara islam pertama Tercatat dalam sejarah bumimu terlalu suci Tidak boleh dinodai Dibumimu ada Masjid Nabawi yang sunat diziarahi Didalamnya ada Raudhah iaitu satu taman dari taman syurga Oh Madinah berbahgialah.. Padamu ada Rasulullah.. Sesuai dengan namamu Madinah Munawwarah.. Watak Madinah sedikit berbeza dari Mekkah. Masyarakatnya lebih santun,cuacanya lebih nyaman,suasananya lebih tenang. Itulah kehebatan mukjizat Rasulullah yang disinilah jasadnya disemadikan. Walhal rohnya sedang bertebaran keserata dunia mencipta keajaiban terbesar diakhir zaman. Sepanjang berulang alik Mekah-Madinah aku rasa macam ulang alik KL-Kedah je. Dah rasa macam kampung sendiri. Memang pun Mekah-Madinah kampung Rasulullah dan kampung seluruh ummat islam. Walaupun aku sibuk kehulu kehilir menyiapkan projek Malaysian Town disini,aku dan kakak ipar,Kak Azwa mesti akan menyempatkan diri bermunajat seketika dihadapan k

Tak ada logika

Salam perkenalan buat yang baru saja sampai disini.. Dunia hari ini bersama arus kemodenannya memicu akal manusia untuk sering bertanya dimana logik. Semua kejadian yang berlaku harus ada logiknya. Kalau tiada logik,tidak masuk akal,tidak diterima,bahkan dianggap sesat. Demikianlah kepesatan membangun memalingkan manusia dari berfikir apa lagi berperasaan seperti yang Tuhan mahu. Fungsi hati dilenyapkan sama sekali. Akal yang berpandukan nafsulah yang kini menjadi raja menguasai manusia. Namun,didalam kesibukan manusia mencari logika,mereka terlupa kepada banyaknya hal yang dilakukan manusia hari ini yang menyalahi logik. Kalau hendak disenaraikan belum tentu mampu untuk dilakukan. Kerana ketidak logikan yang dilakukan manusia itu terlalulah besarnya. Tapi kenapa sampai manusia lupa memikirkannya? Logikkah hamba melupakan Tuhannya? Logikkah singgah sementara didunia tapi mengumpul harta? Logikkah mempercayai kematian tapi sama sekali tidak memikirkannya? Logikkah percaya adany

Rambang

Salam rindu (mengade) Tak berapa lama haritu aku direzkikan Tuhan untuk menerima hadiah seketol kamera sony nex c3 oleh seseorang. Syukur alhamdulillah.. Jadi dengan wujudnya kamera tu bolehlah aku mengambil gambar dengan cara yang paling adik beradik kami suka iaitu objek depan jelas,objek belakang kabur,ataupun sebaliknya. Nampak sangat buta kamera bila main sebut objek depan objek belakang. Sebelum ni bukan main teruja bila sesiapa dikalangan kami berjaya menghasilkan gambar sedemikian walaupun hanya menggunakan kamera blackberry bold 3 yang konon-konon autofocus. Bila dapat je kamera ni haaa...amek kau. Semua gambar jadi camtu. Kamera ni sesuaila untuk aku yang dibawah tahap amatur tapi konon nak gambar macam profesional kan. Bila orang tanya,eh.. cantiknya gambar ni,sape amek. Aku pun..huhu.. Terima kasih Tuhan sebab dengan kamera ni banyak manfaat yang didapatkan. Kami dapat menghasilkan beberapa produk untuk TVRSA. Malangnya aku update harini guna ipad jadi masih bengong tak

Destinasi cinta baru

Alhamdulillah.. Sudah hampir 3 bulan aku direzkikan untuk singgah di satu destinasi baru dalam kamus permukiman aku. Ok ayat macam tak faham. Dah biasa aku bagitau yang aku ni Tuhan takdirkan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sesekali akan sempat menyinggah lama dan tempat tu aku panggil tempat mukim baru sementara. Tak pastilah orang nak faham macamana cara hidup aku ni. Tapi itulah yang berlaku. Setelah Malaysia,Jordan ialah negara kedua. Cara nak tau negara kedua ke tak ialah negara yang aku sempat memiliki almari baju walaupun akhirnya baju-baju ku dipindahkan ke dalam stor akibat dah mula berlama-lama di negara yang lain. Kini aku sebatang kara tanpa sebarang almari. Negara ke 3 ku kini ialah Arab Saudi. Negara yang paling ramai dikunjungi tetamu dari luar kerana disini adanya haramain iaitu 2 tanah haram Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Mekah yang mulia dan Madinah yang bercahaya. Entry-entry lepas ini pastilah berkisar disekitar n

Cuba try test app

Bila azam bermula,haruslah mencari pemangkin untuk memudahkan kerja. Mudah-mudahan ini akan berhasil.. -Blogger app for ipad-

Selamat Bersyukur dan Bersabar

6 bulan tanpa sebarang entry baru. Ingatkan dah pencen tak nak menulis lagi. Tapi dihari ini 8 April 2012 tepat umurku 18 tahun (ok tipu) datang balik rasa nak menulis disini. Moga Tuhan terus memberikan kesempatan dan keistiqamahan. Menulis dari Mekkah kota paling suci didunia,ulang tahun kali ini mengingatkan aku untuk menambahkan kesyukuran dan kesabaran. Bersyukur diatas segala nikmat yang terlalu besar,luas,lapang,tinggi,gemuk yang tidak terkira dan takkan ternilai dengan emas seisi dunia sekalipun. Sesekali Tuhan uji sedikit..sedikit saja hanya untuk melatih rasa sabar. Bersyukurlah supaya tidak kufur. Bersabarlah sebagai bukti kesyukuran. Tuhan..dihari ini segunung doa ku panjatkan padaMu memohon dengan mukjizat dan keberkatan para kekasihMu agar segala hajat dikabkan. Betapa engkau cukup tahu aku tidak punya tempat meminta lain selain dariMu. Buat semua pembaca yang masih setia,(mungkin sorang je kot)doakan saya supaya dapat terus mencoret rasa.. Salam sayang