Skip to main content

Tuhan vs Hantu

Salam sayang 

Siapa kat sini pernah nampak hantu? Ayookk seramnyee.. Aku ni bab-bab macam ni memang tak boleh harapla. Penakut gila! Dalam dok takut-takut tula Tuhan uji jugak bagi rasa pengalaman kena kacau dengan makhluk tak sekolah tu. Aduii..

Aku rasa majoriti kita ni memang takut punyalah dengan hantu. Tak yah nak cakap besar. Konon berani ah kan. Sekali depa mai mau terkenc..! Cis.. Jatuh air muka dan air mata. Tapi kalau macam aku ni pernah nampak hantu,boleh tahanlah kalau nak takutkan. Tapi ada yang tak pernah jumpa pun,tapi takut macam ngan apo tu pasai pa pulak?

Sebenarnya apa yang menyebabkan kita jadi takut kat hantu ni? Dari budak kecik sampaila ke orang tua semua pakat dok takut. Adakah kerana lambakan filem-filem seram dipasaran mempengaruhi rasa takut kita pada hantu? Ataupun bangsa kita ni dari kecik dimomokkan dengan kewujudan hantu yang menakutkan? Ataupun ada sebab musabab lain yang aku tak terfikir? 

Ok..kalau cakap pasal filem seram memanglah. Aku tengok dah merepek meraban dah ceritanya. Macam mengada-ngada pun ada. Patutlah Tun Mahathir pun komplen pasal filem-filem seram ni yang bukannya membina jati diri pun. Habislah bangsa kita disajikan dengan hal yang sama sekali tidak menyumbang kepada kemajuan bangsa agama dan negara. Tu dia..cakap dah macam wakil rakyat.

Satu hal lagi yang turut mempengaruhi hati dan fikiran kita pasal hantu ni ialah bila dari kecik tok nenek mak pak kita bila kita buat nakal je..
" haa..satgi kena sorok hantu"
" shh..jangan nangis..nanti hantu mai "
" eh..tak boleh nakal-nakal nanti hantu ambik "
dan bermacam-macam jenis ugutan menggunakan nama hantu lagi yang diguna pakai. Lama-lama hal tersebut dah jadi macam tradisi. Tak hairanlah hantu jadi cukup popular dan cukup ditakuti oleh semua lapisan masyarakat. 

Sayang..orang lebih kenal dan takutkan hantu daripada Tuhan. Padahal jelas disebutkan,awal-awal agama mengenal Allah. Tapi lain pula yang berlaku. Bila jadi begini,siapa yang harus dipersalahkan? Tok nenek? Mak ayah? Kalau nak cari susur galur sapa yang mula-mula menerapkan nila-nilai kehantuan(ada ke istilah ni?) dalam masyarakat kita harini memang payahlah kan. Apa lagi kalau nak salah menyalahkan,itu tidak pun akan menyelesaikan masalah. Jadi bagi kita yang ada kesedaran tentang kesalahan berfikir yang berlaku ini,marilah sama-sama kita mengubahnya. Nak ubah satu negara macam mustahil. Tapi kita boleh mulakan dari diri,keluarga,anak-anak,anak murid kita dan sebagainya. Mudah-mudahan paling kurang generasi seterusnya akan lebih kenal dan takutkan Tuhan dari hantu.

Kewujudan hantu,bunian dan segala macam makhluk halus itu tak dapat dinafikan. Mereka juga ciptaan Tuhan. Malah mereka itu hidup ditengah-tengah kita. Hanya kita yang tak dapat melihatnya melainkan bagi mereka yang Allah bukakan hijab. Nak halang untuk tidak takutkan mereka pun tak boleh jugak. Sebab memang muka depa tu hodoh tak ingat! Takut betoi. Tapi biarlah ketakutan pada Tuhan itu mengatasi segalanya. Bukankah Tuhan yang menciptakan semua manusia,jin,syaitan,malaikat dan lain-lain? Mengapa kita lebih takutkan makhluk Tuhan sedangkan Tuhan jauh berkuasa diatas semua ciptaannya.

Ok ke aku cakap macam ni? Ok ok kanlah ye.. Mzb

Comments

Amirul Asyraf said…
Salam.

Alamak, kebetulan nama entry sama. hehe nicew blog ;-)

http://amirulasyrafhanaffi.blogspot.com/2012/05/tuhan-vs-hantu.html

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...