Skip to main content

Mengetahui atau merasai

Rasa kehambaan sangat maknawi
Bersifat kejiwaan yang sangat seni
Tahu diri hamba belum memadai
Hati merasa hamba itulah yang dicari

Termenung aku mendengar bait sajak diatas hasil nukilan ayahandaku tercinta.
Kita semua tahu kita adalah hamba. Semua pandai mengucapkan,kita hamba Tuhan. Tapi rupanya tahu dan merasakan hamba itu adalah 2 perkara yang berbeza. Tahu hanya bersifat akal. Tetapi merasakan hamba itulah cetusan dari hati. Tahu diri hamba belumlah memadai. Tapi hatilah yang perlu benar-benar merasakan bahawa kita hanya hamba.

Memang..bersama Tuhan kita akan lebih banyak bercakap tentang hati. Tidak menafikan peranan akal,namun hati tetaplah raja yang sepatutnya menguasai diri. Tuhan beri akal untuk kita menerima maklumat,dan hatilah yang akan melahirkan dalam bentuk tindakan. Jika baik hatinya,baiklah seluruh peribadinya.

Tapi keadaan dunia hari ini mendorong kita untuk lebih banyak melebihkan peranan akal dalam kehidupan. Hinggakan ilmu-ilmu ketuhanan pun kita akal-akalkan. Kita berfikir dan mentafsir dengan cara kita sendiri tanpa merujuk apa sebenarnya yang Tuhan mahu. Sedangkan Tuhan mendatangkan Rasul ke muka bumi adalah untuk mendidik hati manusia. Tapi pemimpin yang ada kini hanyalah pemimpin yang mampu menyuburkan akal tapi tidak sampai menyuburkan hati.

Kita berdoa Tuhan segera datangkan pemimpin hati.. 
Menyelamatkan manusia dari hati yang mati..

Comments

Nik Noor Azlie said…
amin..semoga makin hampir kedatangannya...hati sudah lusuh terjebak dgn yahudi

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....