Skip to main content

Indahnya kematian itu..

Indahkah kuburku??

"Aku mahu menyambut hari matiku segembira aku menyambut hari perkahwinanku.."

Baca, membacalah dan belajarlah melalui bacaan kerana Allah mahu ajar kita melalui cara itu. Allah itu Mahaguru kita hingga kita jadi tahu apa yg kita tidak tahu.

Dia juga Pencipta yg mencipta kita dari seketul darah beku. Tapi insan adalah jenis yg bila dirinya ada semua kecukupan,dia berlaku zalim sekalipun terhadap Tuhan yg dia tahu jasaNya.

Itulah angkara nafsu durjana yg Tuhan simpan di dada manusia. Allah meletakkan nafsu supaya dpt menyaksikan hambaNya bagaimana mempertahankan status hamba.

Oh!kalau begitulah rupanya kemahuan Tuhan hingga sanggup menjadi mangsa nafsu oleh manusia ciptaanNya,aku mahu buktikan bahawa nafsu akan aku kalahkan! Agar nanti bila Allah bertanya,
"Siapa lebih besar,Allah atau nafsu???"
Dgn mudah ku katakan, 
"KewujudanMu Tuhan,lebih menawan aku drpd tawanan nafsu.Engkau cukup indah bagiku dibanding nafsu. Tuhanku lebih menyayangiku lebih dari aku menyayangi diriku. Kau Tuhan,lebih bertanggungjawab kepada diriku dari aku. Tuhanku lebih rindukan aku dari aku rindukan diriku."

Sungguh,Tuhanku ialah tuanku. Buatkan aku rasa tidak sabar utk bertemuNya. Dimana??

Ya..di hari kematianku. Ia hari paling indah buatku kerana terlalu inginnya aku bersamaNya bagaikan hari pengantinku..

-Nukilan Bondaku Hatijah Aam-

Aku rasa dah takde orang berfikir untuk sambut hari kematian macam sambut hari perkahwinan. Bila tengok majlis kawin sekarang meriah tak sangga,cuba kita bayangkan bila ada orang yang buat persiapan untuk kematiannya macamtu. 

Salahnya kita berfikir selama ini bahawa kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Sedangkan kematian itu ialah perjalanan untuk bertemu Tuhan. Bukankah selama ini kita berdoa untuk bertemu Tuhan. Jadi kenapa bila tiba harinya,kita berubah menjadi takut? Rasulullah sendiri bersabda bahawa orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati mati. Bila kita rindukan kematian,kita akan sentiasa bersedia dengan amalan sebanyaknya. 

Aku pun masih takut dengan kematian. Takut kerana belum cukup bekal yang aku bawa. Aku doa supaya biarlah aku mati dalam keadaan husnul khatimah,penutup yang baik. 

Sebenarnya setiap kita yang lahir ni dalam keadaan sudah bertunang. Dengan siapakah kita bertunang? Tunang kita ialah kematian. Malah mati adalah tunang kita yang pasti. Lebih pasti dari pertunangan yang dilalui sebelum perkahwinan. Kerana pertunangan itu belum tentu kekal. Sedangkan bertunang dengan kematian,kita pasti mendapatkannya.

Moga kita jadi manusia yang juga pandai mempersiapkan hari kematian seperti meraikan perkahwinan. Amin Yaallah..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...