Skip to main content

Bagaikan api membakar kayu kering

Satu hari waktu sedang duduk-duduk dengan Abuya dirumah kami di Labuan,Abuya menceritakan satu kisah kepada kami adik-beradik. Aku pun ingat-ingat lupa je dah cerita tu tapi intinya bolehlah dikongsikan disini. Kisah yang Abuya ceritakan ni berlaku di zaman Rasulullah saw bila baginda menceritakan perihal seorang sahabat yang dia itu mendapat darjat yang tinggi disisi Tuhan. Bila para sahabat yang lain dengar,depa pun bergegaslah kerumah sahabat yang disebutkan baginda Rasul itu untuk melihat amalan apakah yang dilakukannya sehingga mendapat tempat yang mulia disisi Tuhan. Namun para sahabat tidak melihat sebarang amalan istimewa yang dilakukan oleh sahabat itu. Jadi mereka bertanya kepadanya apakah yang berlaku sehingga dia begitu diistimewakan oleh Tuhan? Sahabat itu berkata,bahawa seumur hidupnya bukan saja dia tidak pernah dengkikan orang,malah berfikir untuk dengki pun tidak pernah sama sekali.

Rasulullah dalam sabdanya ada menyebut bahawa,hasad dengki itu menghapuskan amalan bagaikan api yang memakan kayu kering.

Cemas sungguh..sebab kita ni memanglah tak lepas dari berperasaan hasad. Walaupun kadang-kadang tidaklah sampai dizahirkan,tapi perasaan dengki yang bersarang dihati itu pun dinilai oleh Tuhan. Tak boleh tengok orang senang,orang lebih dari kita. Dengki tu pun mulalah bermain dihati,akal dan seterusnya tercetuslah tindakan yang sungguh tak senonoh.

Orang dengki ni sebenarnya macam bergaduh dengan bayang-bayang sendiri. Sepatutnya bila melihat orang lain mendapat rezki,kita tumpang syukur dan gembira. Bukannya kita berfikir untuk kondem orang tu. Mudah-mudahan dengan kita turut ikut gembira,nanti Tuhan pun akan memberi kita rezki yang sama. Tapi kalau dok dengki,kita yang rugi.

Aku ni pun bukanlah bersih dari sifat dengki. Samada sedar atau tak,perasaan tu memang nafsu cucuk je dalam hati. Tapi cepat-cepatlah tepis lintasan tu sebelum nafsu berjaya dorong untuk sampai melakukan tindakan mendengki itu. Biarlah orang yang dengki kat aku,tapi janganla aku yang mendengki kat orang.

Orang dengki ni memang takkan dok diam bila melihat kesenangan orang. Dia akan cuba sedaya upaya nak jatuhkan orang yang didengkinya. Contoh..sama-sama buat projek. Orang lain berjaya,yang dia pulak gagal. Dia akan berusaha memastikan orang yang berjaya itupun akan gagal sepertinya. Dia akan cucuk,kempen merata supaya orang-orang sekeliling pun akan ikut dengan keinginan buruknya itu. Nak lagi jelas aku bagi contoh macamnilah..

Cik Kiah dan Cik Peah sama-sama bukak restoran. Tapi Cik Kiah punya restoran lebih maju. Cik Peah ni mulalah panas punggung. Dia pun lancarkan kempen yang didasari dengan rasa dengki yang membuak-buak. Kempen nak jatuhkan Cik Kiahla ni. Dia tuduhlah kata Cik Kiah ni main sihirla sampai semua orang pakat pi makan kat restoran dia bla bla bla.. 
Apa salahnya Cik Peah berlapang dada dengan rezki yang Cik Kiah dapat. Dia pun usahalah masak power-power supaya orang pun datang jugak restoran dia. Bukannya sibuk berbusuk hati.
Itu satu contoh dengkila. Macam-macam jenis lagi sebenarnya. 

Perjalanan hati kita ni terlalu seni. Disitulah tempat malaikat dan nafsu bertarung merebut tempat. Mudah-mudahan kebenaranlah yang akan menang. Kebenaran itu suci murni dari hasad dengki. Kebenaran akan membuatkan hati sentiasa mendoakan orang lain..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...