Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Kini kutemui kekasihku..

Aku memulakan tulisan ini dengan linangan airmata.. Hatiku sebak sekali. Rasa yang berkecamuk didalam hati,hanya Tuhan yang maha mengetahui. Sudah lama ingin ku coretkan tentangnya,tapi hati ku kira belum bersedia.Hinggalah kini aku benar-benar pasti akan apa yang sedang hatiku ini rasakan. Aku kira,hampir tidak ada orang yang sedang sibuk memikirkan dan merenungkan akan satu hakikat yang maha besar.Perihal seorang lelaki yang telah menangis hampir lebih seribu tahun lamanya.Menangisi akan nasib orang-orang kesayangannya yang kini telah menjadi tawanan musuh hingga mereka itu semua tidak lagi terhubung dengannya.Padahal jika mereka sedarlah bahawa,kehidupan mereka hari ini sepenuhnya adalah kerana Dia.Ya..dia lah Rasulullah,Nabi Muhammad,nabi akhir zaman.Tuhan lah yang mengutuskan dirinya sebagai keselamatan buat seisi alam.Kewujudannya mendahului semua yang ada didunia dan akhirat.Dan..kewujudan semua itu adalah kerananya.. Ya Rasul..selama ini aku hanya tahu tentangmu dengan akalku.D