Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Bagaimana aku tidak jatuh cinta..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan sebuah kebenaran yang datangnya dari Tuhan.. Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang membawa keselamatan.. Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang mampu mengikat hati manusia untuk dibawa kepada Tuhan.. Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang memampukan penganutnya untuk tidak berharap banyak dari dunia.. Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang menarik keinginan hamba hanya untuk akhirat.. Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang mampu menelan seribu kepahitan.. Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang memenuhkan hati manusia dengan cinta dan takutkan Tuhan.. Kebenaran yang sehebat dan seagung ini,bagaimana untuk aku tidak jatuh cinta kepadanya? Kebenaran yang mampu menerangi kegelapan,menjernihkan yang keruh,menyihatkan yang sakit,menyuburkan yang layu bahkan menghidupkan yang sudah mati.. Moga kebenaran akan membalas rasa cintaku ini..

Entry iseng 1: Insomniakah aku?

Bermula sejak Ramadhan sampailah sekitar seminggu lepas raya,mata ni macam dah hilang ingatan,bila waktu yang dia perlu tutup,dan bila pulak masanya dia perlu celik besar walaupun sepet tanpa kelopak! Gejala insomnia katanya. Memang sedih. Sedih sebab bila malam menjelang,semua insan lena dibuai mimpi,yang kita terpaksa cari BB dan buat-buat nak BB dengan kawan-kawan yang masih terjaga kerana perbezaan waktu negara. Dah tentulah cemburu bila Niah dah bergolek-golek,Kak Syidah dah berdengkur,Iyah dah tidur mati sedangkan diri ini masihlah terkebil-kebil. Takut pun yelah jugak. Penduduk MA(Masjidil Aqso) kalau tidur wajib tutup lampu. Kita ni pulak bila dah tak boleh tidur kompem nak bukak lampu sebab nak cari aktiviti yang sekira-kira relevan lah. Tapi kalau dah gelap gelita,aktiviti berangan jelah yang mampu buat. Berangan yang takut-takut pulak tu. Huu.. Terer kan Tuhan? Dia buat sesuai je malam tu untuk tidur dan siang tu untuk berjaga. Kecuali tidur qailulah la. Tapi pelikla t

Nak update la ni!

Salam buat semua yang dirindui dan merindui..(ok,tak ada yang merindui.perasan) Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua kaum muslimin dan muslimat yang meraikan hari kemenangan untuk orang-orang bertaqwa ini. Sungguh kita malu untuk meraikannya,hanya saja Allah yang memerintahkan untuk menyambutnya dengan hati yang syukur dan juga takut kerna mengenangkan kita bukan hamba yang benar-benar layak mendapatkannya.. Rajin juga ikuti perkembangan alam maya baru ni,tapi tak rajin langsung nak update atau terlibat dengannya. Pemalas la tuh. Entah,kadang-kadang kalau otak dah beku,nak tulis 'hai' pun tak larat. Apa lagi kalau nak tulis panjang berjela-jela macam Syekh Harun di www.anjangmuor.wordpress.com nya itu ;-) Hari ni bila terjaga dari tidur lepas asar(ampunkan aku Yaallah) terus rasa nak menulis sesuatu disini. Moga-moga apa yang ditulis ni bukanlah dari dorongan nafsu syaitan. Maklumlah,baru je lepas buat benda makruh. Tak niat pun tapi

MUKA TAK MALU!!

Malam ni malam 21 Ramadhan. 21? Yaallah..cepatnya masa berlalu. Macamlah sedar-sedar je aku dah umur 25 tahun. 25? Oh tuhan.. Tahun depan dah 26. Tahun depan lagi 27. Tahun depan lagi 28. Tahun depan lagi..ish..cakap jela lagi berapa tahun udah mau memasuki kepala 3. Bukan maksudnya aku ada 3 biji kepala. Tapi umur tu dah nak berkepala(bermula) 3. :: 25 tahun ni dah buat apa je yang benar-benar bernilai taqwa? Tak ada kan? Sedih.. :: Ramadhan dah tinggal 9 hari lagi ni dah buat apa dah yang sekira-kira layak nak raya? Mana ada. Muka tunduk,menangis.. :: Puasa tak abis lagi baju raya dah bergantung di almari. Pipi merah,malu.. Engkau tak sedar diri ke? Muka tak malu ke? Puasa,ibadah entah kemana tapi nak jadi orang pertama yang beraya!! Tiap tahun pun macam tulah engkau kan? Puasa tahape-hape. Tapi setiap malam raya semangat meredah Masjid India nak cari tudung!! ..... Tuhan..manalah aku layak untuk berhari raya. Sedangkan hari raya itu hanya di syurga. Aku bukan ahli syu

Hambar blog ku

Hambarnya..dah lama tak selit gambar disetiap post. Gambar yang best lah. Biasanya gambar yang copy paste dari google je. Bukan apa. Sejak hp nokia N82 ku yang begitu disayangi sebab kameranya best,kalau takde lighting waktu malam pun still nampak objek yang dicapture tu,jatuh dalam laut waktu seronok memancing di Albany,telah menyebabkan selera bergambarku semakin hari semakin kurang. Walaupun ada kamera berpixel-pixel milik bersama Generasi Harapan,tetapi tetap kurang berminat. Hasilnya..blog ku suram. Ok..mudah-mudahan minat bergambar akan kembali dalam waktu terdekat ini.

Macamana engkau boleh tanya soalan tu?

Baru ni saya dengar rakaman talk show di radio bincang tentang Kelab Taat Suami. Rancangan tu dah lama dah. Tapi baru la ni cek dapat dengar. Seru abes bak kata orang indon bila dengar diskusi tu. Salut tengok keberanian Dr Azlina menjawab dan sesekali membidas ahli panel yang lain yang bukan calang-calang orangnya. Siap naik tangan lagi tu. Dahsyat. Tapi saya rasa yang lebih dahsyat bila dengar satu kenyataan dari salah satu panel yang berkata pada Dr Azlina,kenapa semua hal nak kaitkan dengan Tuhan? Dia cakap omputih. Lebih kurang gitulah terjemahnya. Ha? ternganga den. Boleh ke kita tanya soalan macam tu? Kita ingat yang kita dok kat bumi ni warisan nenek moyang kita ke? Atuk kita ke yang buat langit tu? Opah kita ke yang bagi nafas? Pakcik makcik kita ke yang bertukang buat laut dengan ombak tu? Saya yang tak sekolah tinggi dalam mana-mana bidang ni pun tau yang tak sepatutnya soalan tu diajukan oleh orang yang mengaku ada sijil besar dalam bidang agama. Assalamualaikum..Ka

Ramadhan, aku dan mereka..

Masuk je bulan Ramadhan ni rasa teringat sangat kat adik-adik yang sedang berpuasa di Eropah sana tu. Penatnya Ya Allah.. Haritu pernah cuba puasa disana yang siangnya panjang gila memang sesak nafas. Yang Sofwah dari lepas sahur sampai dekat nak buka dia sibuk kumpul macam-macam makanan untuk berbuka nanti kononnya nak balas dendam sebab puasa panjang sangat. Sofwah memanglah macam tu. Dia boleh kata ujian paling berat kat dunia ni ialah puasa. Tengok air masak pun dah menggigil lutut. Moga-moga Tim,Kakak,Mat dan Ajwad berjaya mengharungi sebulan Ramadhan disana dengan baik. Kesian korang. Dahla takde bazar Ramadhan,Mansaf ke,Qatayef apa lagi tongkeng ayam. Moga Tuhan nilai semua pengorbanan yang dilakukan. Ramadhan setiap tahun nampak macam sama,tapi sebenarnya berbeza. Kenapa berbeza? Sebab kita sentiasa berdoa agar setiap Ramadhan yang Tuhan rezkikan untuk kita laluinya lagi diharap dapat membawa peningkatan untuk diri. Takkan lah Ramadhan waktu darjah 3 sama dengan Ramadhan wakt

Roda kehidupan

Tak semua hal yang berlaku itu 'kena' dengan harapan kita. Kadang ia berlaku jauh menyimpang dari apa yang kita jangka. Itulah takdir namanya. Dan sebagai hamba,kita wajib menerima semua yang telah ditetapkan Tuhan keatas kita. Ada saat terasa dunia bagaikan sedang berputar terbalik bilamana impian kita tidak kesampaian. Dengan kelemahan hati kita sampai sempat mempersoalkan keadilan Tuhan. Dan disaat mendapatkan kembali kesedaran dan kekuatan,kita mohon keampunan dari Tuhan kerana telah bersangka buruk denganNya. Indahnya kehidupan bila dipenuhi dengan warna suka dan duka. Jatuh dan bangun,pahit dan manis silih berganti. Bagaikan roda yang berputar,kita akan berada diatas dan dibawah. Tuhan maha adil. Tak selamanya dibiarkan kita berada disana,kerna sesekali dia kan membawa kita kesini. Tuhan..aku disini. Kembali padaMu membawa kepingan hati yang hancur mengharapkan kekuatan dariMu agar hati ini bisa kembali menyatu dan bertambah padu. Mana mungkin aku mampu untuk mela

7 hari,7 negara.. gila?!

Dah macam Puteri Gunung Ledang minta hantaran pulak semuanya serba 7. 7 dulang hati nyamuk,7 tempayan.. 7 ape ntah lagi. Kalau zaman sekarang ni,memang mati pun tak kawin pasal hantaran memang mematikan. Ok..sebut pasal hantaran,aku baru je baik demam pasal gagah meredah asap + habuk kat Jakarta semata-mata nak beli barang hantaran perkahwinan adik tercinta Humam dan isteri Liyana. Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Moga kekal sampai bila-bila. Kalau nanti gaduh-gaduh ingatlah betapa susahnya kakakmu ini sampai setengah mati nak pastikan majlis kome berjalan lancar,sila berhenti bergaduh! Hehe.. Muqaddimah kecundang! Dalam pada terselit rasa fobia nak mengharung naik kapal terbang lepas banyak kali kapal terbang yang aku naiki bergegar(padahal penumpang lain + pramugari relaks je) aku rasa macam mimpi bila Tuhan telah membuatkan aku merentas 7 buah negara dalam masa 7 hari. Yaallah.. terasa sangat kebesaran Tuhan dengan 'kun fayakun nya' Aku start balik sorang-

Sedangkan mulut tempayan pun boleh ditutup..

Bila difitnah,dihina,dicaci maki,diaibkan ada juga terasa geram dihati. Tetapi bila sudah semakin sering dilemparkan dengan segala macam kejian terasa geli pula hati. Kerana kadang-kadang apa yang dilemparkan itu bukan sahaja jauh panggang dari api tetapi jauh bagaikan langit dan bumi. Lucu bila memikirkan agaknya bagaimanalah cerita karut ini boleh sampai dijadikan topik utama dikalangan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa apa yang mereka keluh kesahkan itu tiada langsung kebenarannya pasti mereka akan menepuk dahi dan berkata,buang masanya..! Belajar dari Ayah yang tidak pernah mengambil kira cacian orang padanya membuatkan kami juga bagaikan diberi kekuatan untuk menghadapinya. Tuduhan yang mengatakan kita hanya mengecapi kesenangan hidup itu dinafikan oleh mereka yang melemparkan tuduhan itu sendiri. Buktinya..senangkah hidup seseorang itu bila kerap kali ditodong dengan pelbagai hinaan? Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari segala dosa,setiap caci maki yang dihamburkan d

Kelab Taat Suami ~ 18sx ke?

Terasa macam duduk dalam gua bila tak boleh nak aktifkan blackberry di Perancis. Nak kena kontrak setahun,akaun bank tempatan dan segala macam hal lain yang sangat merenyahkan. Rasa nak jumpa je ketua bahagian perhubungan Perancis ni untuk menyatakan kekesalan bilamana tak boleh nak berhubung dengan orang-orang yang tersayang sewenang-wenangnya. Tapi saya sedar bahawa anganan itu hanya sia-sia belaka. Bercakap pasal duduk dalam gua yang telah menyebabkan diri ini ketinggalan macam-macam hal,rasanya memang bertambah-tambahlah ketinggalannya bila baru sekarang nak tulis pasal Kelab Taat Suami yang baru-baru ini heboh diperkatakan. Awalnya tidaklah terbersit diminda untuk sampai memblog kan KTS itu. Tapi bila melihatkan berbagai komen yang membina dan tak membina langsung yang dilemparkan masyarakat terhadap kelab yang kontroversi itu,saya terus rasa nak join depa dalam melontarkan pandangan. Walaupun pandangan orang macam saya ni tidaklah begitu dihiraukan,tapi.. terpulanglah kan. Nak

Bila nak matang?

Selesai solat Isyak dan Maghrib jamak takhir malam ni aku nekad untuk mencoretkan sesuatu di blog. Bingung juga.. Tak tau nak tulis apa. Tengoklah nanti apa yang keluar. Memandangkan waktu subuh hanya tinggal lagi lebih kurang 2 jam setengah,aku memutuskan untuk tidak tidur. Takut tak terbangun sebab alang-alang sangat nak tidur pun. Ok.. silalah update blog. Dah naik renyah tengok blog tak gheti-gheti nak update. Sambil layan gambar-gambar yang memenuhi external hard disk aku ni,ada satu hal yang selalu bermain difikiran aku niha. Ada juga beberapa persoalan tentangnya yang belum terjawab. Iaitu terkait dengan kematangan. Bukan nasi dah matang atau buah itu sudah matang. Tapi apa yang aku serabutkan ialah tahap kematangan manusia. Aku dah pernah tulis pasal menatang matang ni sebenarnya,tapi sebab sampai sekarang tak habis fikir lagi,jadi memang nak kena tulis lagilah gamaknya. Sebenarnya bila tahap umur matang manusia tu ye? Lepas baligh boleh terus matang ke? Tapi apasal aku

Jam 1 pagi- St Etienne, Perancis

Gelapnya bilik ni. Semua orang dah tidur. Keletihan melewati hari yang cukup panjang,penuh dengan nikmat dan pengalaman yang Tuhan anugerahkan. Dari Kota St Etienne,Perancis.. Mata belum mengantuk. Entah kenapa. Mungkin kerana kerinduan. Rindu pada semua yang sedang berjauhan. Adik-adik di Jerash yang rajin jenguk blog ni dan warga Masjidil Aqsa yang marah bila dah lama tak update. Kami semua rindu. Pagi tadi Mamat dan Bokah merintih-rintih kerana rindukan Jordan. InsyAllah mereka akan menjadi pembuka projek islam seterusnya di Eropah. Amin.. Tuhan ciptakan hati penuh dengan misteri. Hatta empunya diri tidak mampu menebak apa gelombang yang akan dirasakan seterusnya. Berubah keadaan,berubahlah ia. Eropah..kembali membawa jutaan rasa yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hidup hanya didalam kereta,berpindah dari kota ke kota. Nikmat dan ujian sama dirasa. Panjatkan syukur untuk yang Maha Pencipta. Doakan kembara ini dapat membuahkan sesuatu yang cukup besar untuk perubahan

Makan nasi dalam bekas t**k ayam

*** Tulisan ni dah lama ditulis,tapi baru sekarang nak post- Satu cara nak update blog bila dah tak sempat sangat ^^ Kalau anda sedang makan,elok berhenti dulu takut terbayang macam-macam. Maklumlah,manusia ni kuat berimaginasi. Macam saya,tak boleh makan ayam kampung melainkan di Indonesia. Bukan sebab kat tempat lain tak sedap,tapi sebab dulu duduk rumah tok sebelah rumah ada reban ayam. Tiap hari tengok ayam tu beraktiviti,dari depa bangun pagi sampai buang air sebelum tidur malam. Allah..memang tak lalu. Padahal aktiviti ayam kat dunia ni sama je. Bukanlah maknanya ayam kat Indonesia tu kalau nak makan depa pakat pergi foodcourt,buang air kat toilet macam kat Jerman yang boleh flush sendiri siap lap sekali tapi kena bayar 50sen tu. Tapi itulah yang dikatakan imaginasi yang tak masuk akal. Yang nak cerita ni takde kaitan dengan petikan diatas ye. Apa yang nak disampaikan ialah satu perbandingan(berkias macam orang zaman dulu) bilamana kita mencampurkan hal yang baik dan buruk. H

Dari dapur sampai ke bulan

Saya masih ingat sewaktu salah seorang abang saya berkahwin,waktu tu sekitar tahun 2005,ada satu isu yang timbul yang menyebabkan perbalahan antara kami. Ala..bergaduh kecil-kecilan. Bukanlah sampai jadi macam kat Libya tu. Tapi,kecik-kecik pun,isu tu tetaplah menjadi bahan fikiran saya sampai ke hari ini. Topik yang menjadi perdebatan kami melalui Yahoo messenger(saya berada diJordan dan abang ada diMalaysia) waktu itu ialah,bagaimanakah ciri-ciri wanita solehah itu? Abang berpendirian bahawa,wanita yang baik itu ialah isteri yang pandai menguruskan suami,anak-anak dan hal ehwal rumahtangga dengan baik. Tempatnya pula adalah dirumah/didapur,tepat seperti gelaran suri rumah untuknya. Dikepala saya terbayang seorang wanita cantik,ayu,putih,sedang bersanggul,berkain batik,tangan kanan mengendong anak,dan tangan kiri mengacau gulai diatas dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta suami,dia akan bergegas lari mendapatkan suaminya,salam,dan menguruskan pula makan minum pakai suaminya. Sedangkan

Kembalikan Masa ku!!

Sedih. Kehilangan benda yang paling berharga. Masa. Sibuk sangat ke? Kadang bukan sibuk fizikal bergerak kesana kemari dah macam lipas kudung..Tapi akal yang taklah cerdik sangat ni ligat memikir bermacam-macam hal sehingga terlupa dah masuk waktu sembahyang. Astaghfirullah. Hati pula dipenuhi dengan bermacam-macam perasaan yang silih berganti secara cepat macam pintu train di klia untuk boarding,yang buka dan tutup secara laju. Siapa lambat terkepit. Ok..hati memang berkecamuk. Bila 3 unsur yang tuhan ciptakan itu sudah tidak lagi seiring sejalan,maka hasilnya..blog lama tak update. Panjang noo alasan untuk legakan diri sendiri. Tapi tak pernah berhenti berharap agar Tuhan berikan masa yang baik untuk dapat memuaskan hati sambil memenatkan jari untuk berkongsi disini. Buktinya sekarang Tuhan dah izinkan sedikit kelapangan dada,hati dan masa untuk kembali menulis setelah sekian lama hanya mampu mengerling pada laptop yang dah berhabuk. Terima kasih Tuhan untuk nikmat yang dilihat

Tuhan lebih tahu..

Tuhan lebih tahu tentangmu dari diriku. Maka,untuk dekat denganmu,aku harus dekat dengan Tuhanku. Kerana Tuhanlah yang memahamkan aku tentang siapa kamu. Aku tidak akan pernah mengenalimu jika bukan Tuhan yang membawamu kesisiku. Aku tidak pernah membayangkan bagaimana bentuk jalan yang akan ku lewati. Semuanya ku percayakan kepada takdir Tuhan yang maha mengaturkan. Aku tidak percaya dengan usahaku sendiri. Sebaliknya Tuhanlah yang memberikan segala yang terbaik yang kudapatkan hari ini. Maha besar Tuhan. Jarak yang sering berada diantara kita itu pun aku kira Tuhanlah yang mengisinya. Kadang aku adukan kepada Tuhan betapa hatiku kerinduan. Ajaib. Tuhan tidak pernah gagal dalam menghubungkan hati kita untuk tidak menjauh. Disaat aku punya banyak sekali hal yang ingin aku ceritakan,padamu,aku minta Tuhanlah yang sampaikan. Dan..setiap itulah aku sering mendapatkan jawapan. Tidak banyak yang engkau tahu apa yang ada dihatiku. Dan aku juga tidak pernah berjaya memberitahumu segala

Hakim telinga busuk

Waktu kecil dulu kan biasa orang tanya,besar nanti nak jadi apa? Antara cita-cita waktu kecil saya dulu ialah hendak menjadi hakim. Entah macamana boleh terfikir macamtu. Padahal waktu tu bukanlah faham sangat tentang pekerjaan sebagai hakim tu. Tapi biasalah..budak-budak..cita-cita nak gempak je. Sekarang bila dah besar barula tau bahawa bukan senang nak capai cita-cita. Kalau taula macamni,waktu dulu cakap jela cita-cita nak jadi artis ke apa ke.. Yang kuat rasa nak jadi hakim tu tak silap waktu darjah 4 kot. Tapi bila satu hari dengar sape ntah cerita kata,kalau hakim tu tak adil,kat akhirat nanti telinga dia busuk. Erk?! Takutnya..terus dan-dan tak nak jadi hakim dah. Tak ingat dah waktu tu tukar cita-cita nak jadi apa. Pramugari kot! Sedangkan kalau fikir-fikir balik,memanglah setiap amalan jahat akan dibalas dengan azab diakhirat nanti. Bukan hakim je. Kalau kau jadi doktor,tapi tak beriman bertaqwa,sama jekan? Tapi pasal dengar ayat ‘ telinga busuk’ tu yang tak tahan tu. Ras

Bila lelaki dipoligami

Bukan mudah untuk menjadi pengurus kepada sebuah restoran bertaraf 3 bintang. Lebih-lebih lagi kalau restoran itu dibuka diluar negara dan semua pekerja merupakan warga tempatan atau lebih tepatnya orang arab. Saya tidak memiliki sebarang sijil terkait pengurusan perniagaan. Hanya berbekalkan sedikit kelebihan bahasa arab dan juga sedikit pengetahuan terkait selok belok negara tersebut iaitu Jordan. Cukup mencabar. Tapi kerana saya yakin,kejayaan tidak datang dengan hanya kemampuan kita,tapi yang lebih besar ialah kemampuan yang maha hebat iaitu kuasa Tuhan yang maha mentakdirkan,maka saya ambil peluang ini sebagai satu lagi ‘sekolah’ yang mesti saya tempuhi. Bergelanggang di Restoran Qasr Lubnan membuatkan tiap hari saya termenungkan bahawa upaya kita sangat terbatas. Tuhan lah hakikatnya yang menjalankan semuanya. Kita tidak akan pernah boleh mendabik dada kerana sekali Tuhan cuit sahaja,semuanya boleh lenyap hanya dalam sekelip mata. Saya cukup bersyukur dengan kewujudan pekerj

Minggu sibuk-Jerash

Assalamualaikum.. Minggu sibuk sudah bermula. Kembali bersama keluarga besar Bandar Ikhwan Jerash,Jordan. Seronok tengok adik-adik ni semakin masyi(sebati) dengan aktiviti masing-masing. Penambahan beberapa projek baru juga menambah meriahkan suasana disini. Terima kasih Tuhan kerana sentiasa melimpahkan rahmatMu keatas kami. Semoga kami mampu menjadi hamba yang bersyukur. Bila tengok ahli-ahli baru di bandar ni,bertambah terhibur. 2 ekor kuda,Ibrahim dan Hajar juga 20 ekor ayam membuatkan tak menang tangan hendak mengurusnya. Kesian juga tengok adik-adik yang dah semakin kurus. Maklumlah,muka bumi Jordan yang berbukit bukau ni membuatkan kami seolah berada diatas bukit dan dilereng-lerengnya. Setiap hari kena berlari kebawah bukit,dan mendaki bukit lagi. Mana tak pecah lemak semua. Hehe.. Kadang-kadang binatang-binatang dah sendawa kekenyangan,tapi orang tak sempat nak sarapan. Hai..naik lemak betul menatang-menatang tuh. Alhamdulillah..perjalanan restoran pun semakin lancar. S

Lagu buat mangsa tsunami Acheh 2006

Satu pengorbanan mangsa Tsunami Terutama yang meninggal dunia Demi sampai beralihnya peta dunia dan wajah manusia Dari kegelapan dan kezaliman Kepada cahaya kebenaran Semuanya dikira cukup berjasa Masakan Tuhan yang baik akan mensia-siakan Pengorbanan dan kematian mereka Diterima baik oleh Tuhan Kini mereka bahgia bersama Tuhan disana Mati lemas mati dihempap Disisi Tuhan adalah syahid Bunyinya azab hasilnya indah Tuhan lakukan semua itu Sebagai penghapusan dosa Kematian mereka berjasa Mengubah dunia yang berdosa Kepada dunia yang sejahtera Ertinya semua tangisan itu Tangisan kegembiraan Lalu apa lagi mahu dikesalkan dan disedihkan Melainkan menunggu khabar gembira Yang pasti tiba Marilah bertaqwa kepada Tuhan Yang punya segala-galanya

Tsunami Jepun: Mesej dari Tuhan

Riuh rendah hiruk pikuk tunggang terbaliklah dunia akibat gempa bumi,tsunami dan akibat-akibat yang melanda Jepun hari ini. Kejadiannya tidak sebesar Acheh,tapi kesannya jauh lebih merbahaya. Berapa banyak negara yang turut terkena tempiasnya. Berapa banyak kerugian dilaporkan yang melibatkan negara-negara berkuasa didunia. Diwaktu ini,segala teknologi yang sekian lama dibanggakan,hanya mampu dibiarkan tenggelam,terbakar,hancur dan hanyut beserta penderitaan yang tersisa. Jepun dikenali sebagai negara yang cukup tinggi teknologinya. Bahkan Malaysia sendiri pernah mengambil dasar pandang ke timur sebagai menunjukkan kekaguman terhadap negara matahari terbit itu. Dengan kecanggihan teknologi mereka hingga mampu menjadi kiblat kepada negara-negara didunia,saya kira mereka terlahir sebagai satu bangsa yang sombong. Secara lahirnya orang-orang jepun ini lemah lembut dan kaya dengan adat dan kesopanan,namun,dalam hal menolak Tuhan,itu adalah dikira sombong yang paling tinggi. Apa ertinya

Cinta tanpa syarat

Pernahkah kau mengalami satu perasaan cinta yang datangnya dari lubuk hati terdalam kepada seseorang? Rasa cinta yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hingga kadang menimbulkan rasa sakit didada. Cintakan seseorang dengan sepenuh hati hingga engkau sama sekali tidak mengharap balasan cinta darinya kerana engkau merasa tidak cukup sempurna untuk layak dicintai olehnya. Saban hari engkau berharap agar dia yang dicintai akan diberikan kebahagiaan oleh Tuhan selama-lamanya. Disudut hati engkau sanggup untuk melakukan apa saja,berkorban segalanya,namun hakikatnya egkau terlalu lemah untuk mengotakan keinginanmu sendiri. Tapi betapalah engkau ingin sekali nyatakan bahawa kelemahan itu tidaklah sampai menafikan kecintaanmu padanya. Hanya kerana engkau memang seorang manusia biasa yang punya seribu satu kekurangan yang belum tertampungkan. Kau panjatkan doa pada yang maha esa,nyatakan padanya betapa engkau sangat mencintai dia. Dan..berharap cukup Tuhan yang menjadi saksi cinta. C

Penulisan lebih tajam dari mata pedang

Assalamualaikum.. Ada orang menulis kerana hobi,ada yang kerana minat,ada juga kerana mencari rezki. Tak kurang yang menulis untuk populariti,ada yang untuk mencaci maki,dan bermacam-macam tujuan lagi. Tapi tahukah kita bahawa penulisan itu lebih tajam dari mata pedang? Kalau pedang yang tajam yang selalu keluar cahaya ting ting tu,boleh sampai memenggal kepala dengan sekali hayunan,bayangkan..penulisan itu bahkan boleh memenggal hanya dengan mata pena. Dahsyatnya.. Kerana itu,kita harus lebih berhati-hati dalam menulis ni. Kalau yang kita tulis itu berbentuk umum,peribadi dan sebagainya,itu masih boleh tahan. Tapi jika kita merupakan seorang penulis dimajalah,atau akhbar,atau pun wartawan yang membuat liputan,dan kita menulis mengikut kefahaman kita,itu mesti diteliti dengan baik. Apakah tulisan kita kelak akan sampai menimbulkan pecah belah,atau pun dengan tulisan kita akan menyelesaikan masalah. Semua itu harus diambil kira kerna setiap perbuatan kita akan ditanya. Saya s

Jangan tegur?!

Selesai saja kelas Tilawah,saya bergegas menuju ke surau ditingkat 3 untuk menunaikan solat zuhur. Memang dah standby wuduk awal-awal sebab takut tak sempat nak kejar kelas berikutnya. Sampai surau terus ambil tempat untuk solat. Dah tak ada jemaah lagi sebab zuhur dah lama berlalu. Inilah hal yang paling menyedihkan bila selalu solat lambat sebab kelas bertembung dengan waktu sembahyang. Setelah selesai solat dan berdoa,tiba-tiba seseorang menepuk bahu saya. Seorang pelajar arab(saya satu-satunya pelajar melayu di kolej) Dalam keadaan agak kelam kabut mungkin hendak mengejar kelas juga,dia menegur saya. “ Solat tak boleh pakai baju macamni,” katanya dengan tegas. “ Kena pakai baju macam saya ni,panjang.” sambungnya lagi. Kebetulan saya memakai baju seluar(baju labuh bawah lutut dan seluar) Dia pula memakai jubah dan purdah. “ Lain kali jangan buat lagi ye,” katanya dengan nada seolah-olah saya baru lepas mencuri lolipop dimini market. Saya hanya mengangguk dan tersenyum sambil menj

Biarkan Raja turun tahkta..!

Susahnya nak puas. Setelah dapat apa yang diidamkan,kelak kita akan menanam impian baru. Dah dapat iphone 3gs,teringin pula iphone 4. Dah dapat Blackberry Bold 1 tak sabar-sabar nak beli Torch!Keinginan yang tidak pernah bertepi ini membuatkan kita sentiasa mencari dan memburu segala yang dihajati. Orang kaya teruslah mahu menambah kekayaannya. Orang cantik ingin menambah kecantikannya. Yang cerdik pandai mahu meningkatkan kepandaian akalnya. Yang berkuasa ingin melebarkan kekuasaannya. Apa lagi golongan yang berada dibawah paras kaya,cantik,cerdik dan berkuasa itu. Sudah tentulah mereka juga akan mahu,mahu dan mahu. Nafsu ini memanglah tidak pernah hentinya membuatkan kita jadi pemburu dunia. Kadang badan sudah tidak berdaya,tapi keinginannya masih membara. Nafsu itu bagaikan raja yang akan memerintahkan akal dan fizikal kita untuk bermati-matian demi memuaskan kehendaknya. Untuk memenuhi itu semua,segala apa yang menghalang akan dirempuh sahaja. Halal haram sudah bukan lagi batasa

Rumah usang itu

Sebuah rumah usang peninggalan zaman berzaman. Banyak sekali kerosakan yang berlaku. Tiangnya sudah reput dimakan anai-anai. Bumbungnya tinggal separuh. Lantainya sudah berlubang disana sini. Cuba dibaiki tiangnya,bumbungnya jatuh. Beralih ke lantai,tiang pula roboh. Kelihatannya seperti tiada apa yang boleh dilakukan. Rasanya lebih baik kita keluar dari rumah itu segera sebelum ia nya roboh dan kita akan cedera atau pun mati ditimpa segala macam kayu,zink,batu yang semuanya itu hanya menanti sedikit saja angin untuk tumbang. Bagi mereka yang benar-benar mementingkan keselamatan,keluar dari rumah itulah jalan yang terbaik. Kita tak mungkin boleh membaiki rumah itu lagi. Lebih baik kita robohkan saja dan kita bina satu rumah baru diatas tapak rumah yang lama. Itu lebih akan memberikan kebaikan. Rumah usang itu ibaratkan satu sistem yang telah lama diguna pakai didunia ini. Sistem yang dilihat tidak lagi membawa sebarang kebaikan. Makin digunakan,kerosakan makin tumbuh melata. Diusi

Mencari Tuhan di Jendela

Dulu sebelum aku kenal benar tentang Tuhan,sebelum aku faham tentang rahman dan rahimnya Tuhan,aku sebenarnya seorang yang sangat prejudis dengan Tuhan. Aku selalu yakin akan hakikat Tuhan itu maha pengasih,maha penyayang,maha pengampun. Tidak pernah aku ragukan itu. Cuma bila melihat kejahatan diri,aku sering berfikir,apakah Tuhan itu mahu mengampuniku? Dengan dosa-dosa ku ini,apa Tuhan sudi untuk berada dekat dengan ku? Aku tidak yakin itu. Aku selalu merasa cukup hina hingga ku kira Tuhan pun tidak akan pernah mahu menerimaku. Aku teruslah berperasaan begitu untuk beberapa ketika. Aku juga seperti orang lain melalui masa remaja yang penuh dengan berbagai perasaan dan fikiran. Rasa ingin tahu,ingin mencuba hal yang baru itu selalu ada. Walaupun kadang aku tahu hal itu tidak pantas dilakukan,tapi kerana fikiran belum cukup matang,aku teruslah melakukan hal-hal yang jauh disudut hati dapat aku rasakan kesilapannya. Tapi sukar sekali untuk menghindarnya. Setelah itu aku akan mulai la