Skip to main content

Ramadhan, aku dan mereka..

Masuk je bulan Ramadhan ni rasa teringat sangat kat adik-adik yang sedang berpuasa di Eropah sana tu. Penatnya Ya Allah.. Haritu pernah cuba puasa disana yang siangnya panjang gila memang sesak nafas. Yang Sofwah dari lepas sahur sampai dekat nak buka dia sibuk kumpul macam-macam makanan untuk berbuka nanti kononnya nak balas dendam sebab puasa panjang sangat. Sofwah memanglah macam tu. Dia boleh kata ujian paling berat kat dunia ni ialah puasa. Tengok air masak pun dah menggigil lutut. Moga-moga Tim,Kakak,Mat dan Ajwad berjaya mengharungi sebulan Ramadhan disana dengan baik. Kesian korang. Dahla takde bazar Ramadhan,Mansaf ke,Qatayef apa lagi tongkeng ayam. Moga Tuhan nilai semua pengorbanan yang dilakukan.

Ramadhan setiap tahun nampak macam sama,tapi sebenarnya berbeza. Kenapa berbeza? Sebab kita sentiasa berdoa agar setiap Ramadhan yang Tuhan rezkikan untuk kita laluinya lagi diharap dapat membawa peningkatan untuk diri. Takkan lah Ramadhan waktu darjah 3 sama dengan Ramadhan waktu form 4 kan? Kalau darjah 3 masih curi-curi makan lagi,waktu form 4 paling kurang dah boleh khatam quran. Itu peningkatan secara lahir. Sedangkan yang akan Tuhan nilai ialah bagaimana persiapan hati kita untuk menyambut bulan yang sangat mulia ini. Apakah Ramadhan akan membawa perubahan besar dalam diri atau ianya akan berlalu sia-sia.

Ingat lagi waktu duduk rumah kembar 8/4 kat Rawang. Waktu tu sekitar form 1 lah. Nakal tak hengat. Ramadhan tu betul-betul jadi pesta makan minum. Malam-malam orang lain sibuk beribadah,yang kita ni boleh layan majalah ujang. Tergelak terbahak sampai pagi. Akhirnya Ummu dapat tahu,habislah.. Kuliah 5jam berturut-turut. Insaflah sekejap. Walaupun lepas tu dah tak huha huha lagi,tapi hakikatnya hati tetaplah tidak sebenarnya menghayati makna Ramadhan.

Tahun-tahun kebelakangan ni Tuhan buatkan setiap kali Ramadhan akan berlaku ujian besar dalam hidup saya. Agaknya itu cara Tuhan untuk membantu supaya Ramadhan itu benar-benar dapat dilalui dengan baik. Yelah..kita ni manusia. Bila dah susah biasanya akan lebih dekat dengan Tuhan. Sampai macam tu sekali lah kasih sayang Tuhan untuk hambaNya. Mudah-mudahan diwaktu senang tetap boleh kekal rasa takut dan harap dengan Tuhan.

Antara Ramadhan terindah yang melekat diingatan ni bila mula-mula masuk Qasr Lubnan tahun lalu. Meriahnya..dengan adik-adik. Walaupun itu menjadi Ramadhan terperit dalam cuaca yang panas kering kontang dan terpaksa bekerja menghidupkan restoran,tapi bila dikenang memang manis. Manis tu bila teringat kami ramai-ramai jirus air kat kepala sebab memang betul-betul dah nak pengsan sebab rasa air setitik pun dah takde dalam badan. Idea tu Ema’ la yang mula dulu. Orang kata makruh buat macam tu. Tapi kalau tak jirus,akan terpaksa buka puasa. Lebih baik jirus. Sebab keadaan tu memang dah wajib berbuka. Tak laratla nak ganti banyak-banyak. Yang dah memang nak kena ganti tu lain lagi ceritanya.

Waktu tulah direzkikan melihat kemeriahan buffet Ramadhan bersama pelanggan-pelanggan arab yang datang. Ada hari yang pelanggan beratur panjang dari depan pintu sampai ke belakang. Ada juga hari yang hanya kami dan pekerja yang akan menikmati kesedapan mansaf buatan Usamah Chef.

Apa pun peristiwa yang telah dan akan kita lalui sepanjang Ramadhan,mintalah pada Tuhan untuk jadikan Ramadhan sebagai bulan terbaik mensucikan hati dari segala sifat-sifat jahat yang sekian lama kita bela. Macamlah kita hantar kereta nak servis. Ramadhan tu kiranya nak overhaul keseluruhan hati dan fizikal lah. Janganlah fizikal saja yang bersama Ramadhan,tapi biarlah hati yang dulu memeriahkannya.

Hairan aku dengan ayah. Dalam lirik lagu Bimbang yang dikarangnya dan yang aku nyanyikan disebut betapa dia bimbang dengan kedatangan Ramadhan. Sementara orang lain menyambutnya dengan penuh gembira. Ayah bimbang kalau-kalau dia tidak mampu mengisi Ramadhan dengan sebaiknya. Takutnya sangat jika Ramadhan yang berlalu hanya sia-sia.

Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kedatangan Ramadhan
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan Ramadhan penuh duka
Bukan aku benci bulanMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang RamadhanMu
Aku tidak mengisi sebaiknya
Aku rasa puasaku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa sembahyangku tidak sah
Terawih,bacaan Al Quran aku tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali kedatangan Ramadhan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan..

Saya peribadi tak tau.. Apakah Ramadhan hadapan akan dapat bertemu lagi. Sedangkan Ramadhan yang berlalu dan sedang dilalui ini,nasibnya pun belum diketahui. Tuhan bentangkan peluang yang sama namun natijahnya pasti berbeza. Takut-takut kita hanya akan menjadi mereka yang Rasulullah sebut- Rubba so’imin laisa lahum min siyamihi illa jou’in wa ‘atasy

Wahai tuhan..Anugerahkan kami Ramadhan yang teristimewa untuk sampai merubah hati kami kepada taqwa..

Comments

Salaam..
Xpela kak khaulah..
Doakan aje smoga family kak khaulah yg jao2 tu sentiasa d lindungi Allah s.w.t hendaknye.. =)
Aameen~
ummu syahid said…
teringat puasa kat jordan...qataif kat matam depan tu....rumah2 kawan n kenalan yang ajak berbuka...masjid...hm...indahnya,,,
Kak Khaulah :) Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak <3
Athirah said…
salam k.olah...saye sgt tersentuh dgn kate2 k.olah ramadan ni...nasib kite mugkin same skit,tiap kali ramadan saya pasti akn ditimpa ujian..mungkin Tuhan sayang pade kite,klu takde ujian takdelah air mata...mata kering hati pun jadi kering..apa2pun saye doakan moga Tuhan sentiasa bersama k.olah dalm mengharungi ujian2 dalam hidup..

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim..
Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga.
Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran..
1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelajar yang ditaja oleh…

Surat dari Adib

‎السلامعليكمورحمةاللهوبركاته، ‎بسماللهالرحمنالرحيم.
Buat kak Atiyyah yang dikasihi.. Ini sedikit Luahan hati Adib untuk Kak Atiyyah, salah seorang dari 2 orang Adik lelaki kandung kak Atiyyah yang sangat  sangat mengharap Kak Atiyyah semakin nampak betapa hebatnya Allah membolak balikkan hati-hati setiap kita.
Maha besar Tuhan dari menzalimi hamba hambanya, melainkan hamba itu sendiri menzalimi akan diri mereka. Kak Atiyyah ingat tak Abuya Umu? Ayah dan Ibu Kandung Kak Atiyyah!!! dan yang paling besar Ayah ibu kepada hati hati kita yang ajar didik kita agar Takut Allah  Rindukan Nabi. membesarkan dan mentaati Pemimpin.
Kak Atiyyah ingat tak? waktu Umu ada..sebelum Umu pergi tinggalkan kita. Umu selalu cakap dan ingat ingatkan pada kita. "dalam Al Qur'an yang kita baca, Allah ceritakan Aku siapkan Syurga Neraka untuk hamba hambaku tapi Allah ingatkan pada hamba hambanya..Akan Nikmat Syurganya dan azab api nerakaNya. Allah juga ingatkan akan kekuasaaNya!!! Tapi ramainya hamba-hambaku y…

Surat dari Yah

Bismillahirrahmanirrahim...
Kepada Kak Atiyah yang diingati, Mudah-mudahan apa yang Yah tulis ni untuk Yah sendiri terus mengambil pengajaran dari apa yang dah berlaku. Sebab Iman itu bukan boleh diwarisi walaupun atas nama darah daging sendiri. 
1. Yah masih ingat macam mana pernah Yah sendiri tengok dari dulu lagi K.Atiyah kalau ditegur oleh Abuya (kadang-kadang ditegur tu hanya gurauan sahaja) tapi K.Atiyah akan merajuk dan tarik muka pada Abuya. Maksud Yah kongsikan ini, Sebab memang dari dulu lagi K.Atiyah ni sikap tu macam ni, macam yang dah diceritakan oleh K.Khaulah sendiri yang lebih kenal K.Tiyah. 
2. Bahkan pernah sahaja K.Atiyah (ketika tu masih ada Ummu lagi) punyalah K.Atiyah geram dengan Zainab sebab adalah Zainab ni buat perangai (perangai sebagai budak kecillah, bukan Zainab tu dah dewasa) Sampai K.Atiyah punyalah tak sabar, ambil cawan baling hampir nak kena pada Umu waktu itu. Tapi Umu tenang sahaja sebab Umu kenal sikap K.Atiyah tu. 
3. Ampun maaf K.Atiyah, Zainab send…