Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Mangsakah kita?

Aku mengambil sedikit masa untuk menuliskan entry ini demi mencari kata-kata yang tepat sebagai ingatan untuk diriku yang sering terlupa. Juga berdoa agar ianya turut boleh memberi manfaat kepada sesiapa. Jika tidak,kekallah ianya sebagai bahan renung dan menung disaat mencari jawapan kepada setiap persoalan. Untuk senang atau derita,itu adalah pilihan. Rasa bahagia dan sengsara itu letaknya dijiwa. Ada orang yang derita sekalipun 'bahagia' dan berlaku juga sebaliknya. Tuhan menciptakan setiap kejadian didunia bersama jutaan hikmah yang tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk menyikapi semuanya itu sebaiknya. Fitrah semulajadi sering dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Fitrah ingin disayangi,menyayangi,bahagia,ketawa dan lain-lain. Sedangkan fitrah yang utama itu juga ialah rasa ingin kepada Tuhan. Perasaan ingin kepada Tuhan itu pula tidak terhad kepada hal yang menggembirakan saja! Realiti hari ini didunia,orang bahagia tidak hanya kerana kaya,bahkan si kaya pun rama

Tersentuh hati

Tak cukup tidur. Terlebih makan. Terlebih jalan. Moga-moga itu adalah keseimbangan yang tidaklah terlalu buruk sebab nak kata baik pun tak taulah. Yang penting hati tenang dan bahagia. Alhamdulillah.. Sedar tak sedar kursus dah tinggal beberapa hari je lagi nak selesai. Itu mengikut jadual asalnyalah. Tak pastilah kalau nanti disambung lagi. Bersedia je dengan sebarang kemungkinan. Kita nak dapat ilmu,Tuhan buka jalan,kita syukur. Selama ni Tuhan banyak bagi ilmu secara tak formal,dari kehidupan,dari pengalaman. Bila nak kena intensif ikut ceramah sampai 6 kali sehari,dengan pelbagai ilmu yang bermacam rupa,dengan penceramah yang berbagai gaya,memang sendat jugaklah otak tu kadang-kadang. Risau terlebih pandai pulak. Hehe.. Apapun,rezki jangan ditolak,musuh jangan dicari. Orang nak belanja sate tongkeng pun kita tak tolak,apa lagilah nak bagi ilmu kan? Wahh.. Ayat aku dah macam ahli usrah surau Annur lah.. Padahal mengantuk sokmo kau dalam kelas. Percayalah.. Mengantuk itu bukanlah ter

Kabus di Jelebu

Ok tajuk memang mood teater klasik! Malam-malam bila diserang kesegaran memuncak yang membuatkan mata hilang fungsi mengantuknya,maka menulis juga boleh jadi sebab untuk memfungsikan ia dan akhirnya akan membuatkan mata penat juga akhirnya. Eh sebut akhirnya dua kali? Biarlah! Malas nak delete.. Dah 2 hari Tuhan bagi sakit sikit. Mata ikan yang memang suka bertenggek telah parking dihampir seluruh mulut. Memang macam nak menangis. Sempat miss 2 sesi kuliah. Tapi Iyah dan Fatim sangat berperanan menyampaikan segala ilmu yang didapatkan beserta gaya penceramah bagi memastikan aku tidak lagi dalam kesesatan. Oh.. Bukanlah ilmu itu cahaya?  Jelebu. Pernah dengar nama tempat ni tapi tak pernah jejak. Inilah kali pertama. Bila rezki boleh ikut kursus pemantapan akidah anjuran Jakim yang diadakan di sini,alhamdulillah dapat tambah lagi pengalaman. Suasana pusat kursus yang dikelilingi hutan cukup membuatkan udaranya jadi begitu nyaman. Dengan fasiliti yang boleh dikatakan lumayan selesa,makan

Outstation!

* Entry ni ditulis 2 malam lepas. Baru dapat post sebab masalah internet :-) Macam biasalah.. Room mate dah tido,aku masih terkebil-kebil. Ok bila sebut room mate terasa macam tengah study kat Australia dalam suasana winter malam-malam pakai sweater. Rupanya sedang berkursus didalam negeri bahkan hutan bahkan room mate itu ialah Iyah dan Kak Azwa je pun! Ish.. Alhamdulillah.. Dah makin serasi dengan jadual harian yang padat tapi Allah bagi ilham untuk adjust-adjust masa tidur. Waktu makan tak payah adjust sebab kat sini makan 5 kali sehari. Teringat aku dengan jadual hidup sebagai pelajar asrama penuh di SAMT KKB dulu. Time makan memang indah dan nikmat dan berkali-kali. Terima kasih Tuhan. Fikiran sesekali atau banyak kali teringat pada anak-anak yang ditinggalkan. Sedang apa lah depa tu? Mat Solo tengah ngadap Lenovo tanpa henti dari pagi ke? Joging dah pasti! Yasin tengah bersiar-siar dari premis ke premis untuk memberi khidmat ke sampai premis sendiri terlupa sapu? Janganlah hendak

Aku tarik bagasi itu..

Penuh debar ku lihat kiri dan kanan Sesekali menoleh jam ditangan Berdoa tak putus,tak henti Moga redha Tuhan mengiringi Aku sembunyikan bahagia didalam hati Bimbang andai nafsu menguasai Takut jika Tuhan murkai Cemas kalau cinta Tuhan ku tolak tepi Aku tarik bagasi itu Sejuk tapak tanganku Bergetar kakiku Perasaan berkecamuk menyerang segenap tubuhku Tolong Tuhan jangan tinggalkan aku Tuhan lah yang telah berjanji Nikmat dan ujian silih berganti Aku bahagia dijalan ini Mengharap tidak ku dibiarkan sendiri Bagasi itu aku tarik lagi Aku dongak ke langit..bagai mengerti Segalanya yang bersarang dihati Ku mengorak langkah kaki Jalan yang sama aku tempuhi Sekalipun semua ini tidak aku kesalkan Bukankah semuanya hanya pinjaman? Tuhan jua lah yang menganugerahkan Dan selamanya ia kekal milik Tuhan..

28 : Antara hidup dan mati

Ulang tahun ke 28. Semakin tua. Tua. Makin dekat dengan kematian. Apa saja yang sudah aku siapkan? Kematian sepatutnya disiapkan sebaik saja kita dilahirkan. Kerana Tuhan menciptakan kehidupan itu ialah untuk kematian. Hanya kita yang sering melupakan. Abuya Ummu melahirkan aku bersama doa dan harapan agar aku menjadi manusia yang paling cerdik kerana terlalu banyak mengingati kematian. Bila kematian tidak pernah dilupakan,maka bertungkus lumuslah dibuat persiapan. Persiapan paling indah untuk bertemu Tuhan. Dan ayah ibu ku itu jugalah yang mengajarkan untuk mendapatkan kematian yang berjaya. Aku bahagia didetik pertama mengenangi saat penuh bermakna ini,aku dapat bersendirian bersama Tuhan yang telah mengizinkan aku lahir untuk kemudiannya aku mati.  Wahai Tuhan,apa perlunya aku membesarkan diri dihari lahirku ini? Walhal disaat ini ibuku sedang berperang diantara hidup dan mati. Sebaik saja Kau selamatkan aku untuk lahir kedunia,tak tergambar bagaimana kesyukuran yang ibuku panjatkan

AIO - Kulli Fi Wahed

AIO. Singkatan untuk All In One. Istilah yang diambil untuk pertandingan pencarian bakat anjuran Abuya dan Ummu sejak di Labuan dulu. Tidak hanya mencari bakat nyanyian/lakonan,tapi turut memfokuskan kepada mereka yang petah berkata sebagai pembawa acara,pendeklamator yang lantang dan lain-lain bakat lagi. Sebab tu disebutkan all in one-semua dalam satu. Sekarang dinaik taraf ditambah bahasa arab yang berbunyi kullu fi wahed (aku pun tak pasti betul ke tidak terjemahannya tapi macam sedap pulak bunyinya). Idea bermula bila kami GH adik beradik kandung (yang lain tu adik beradik tak kandung) diagih ke beberapa negeri/zon. Bila dah agih,wajiblah mencari tenaga baru untuk menampung kekosongan yang ada. Dengan kerjasama TVIkhwan sebagai penyiar rasmi,Kementerian Kebudayaan yang meminjamkan ramainya jasa-jasa yang berbakti,dan digembelinglah tenaga GH dari semua negeri maka bermulalah program AIO untuk musim yang pertama ini. Dan GH Borneo telah menjadi pencetus dengan memulakannya di Miri.

Aku dan Penulisan

Menulis bagi aku bukan sekadar hobi. Tidak juga kerana minat semata-mata. Tapi lebih kepada kepuasan jiwa. Macam makan.. Aku suka makan. Masak lemak cili api,Nasi Air,satay. Boleh makan kat mana pun. Tapi nak puas makan lemak cili api haruslah ke nogori. Mesti gagah untuk memandu ke Kajang mencari satay tembusu idaman hati. Wajib rajin ke Kota Bharu dari Gong Kulim demi semangkuk nasi air! Demikianlah penulisan bagi aku. Tidaklah sepenuhnya tentang itu. Tapi adalah sedikit macamtu.. Menulis diblog tentang rasa hati,pandangan peribadi,tidak aku fikirkan sangat manfaatnya kepada pembaca. Walaupun tetap saja aku berhati-hati melontar kata-kata jangan sampai ada yang terluka. Sikit-sikit tu mintak maaf ye. Tapi tulisan yang aku post kan itu biasanya akan menjadi diari lambang diri dan hati. Maksudnya,bila sesekali aku menyelak kembali lembaran,aku bagai mendapat peringatan terhadap sesuatu yang kadang-kadang telah aku lupakan. Bila tengok balik tulisan 2 tahun lepas,aku insaf dan sedar bet