Skip to main content

Aku dan Penulisan

Menulis bagi aku bukan sekadar hobi. Tidak juga kerana minat semata-mata. Tapi lebih kepada kepuasan jiwa. Macam makan.. Aku suka makan. Masak lemak cili api,Nasi Air,satay. Boleh makan kat mana pun. Tapi nak puas makan lemak cili api haruslah ke nogori. Mesti gagah untuk memandu ke Kajang mencari satay tembusu idaman hati. Wajib rajin ke Kota Bharu dari Gong Kulim demi semangkuk nasi air! Demikianlah penulisan bagi aku. Tidaklah sepenuhnya tentang itu. Tapi adalah sedikit macamtu..


Menulis diblog tentang rasa hati,pandangan peribadi,tidak aku fikirkan sangat manfaatnya kepada pembaca. Walaupun tetap saja aku berhati-hati melontar kata-kata jangan sampai ada yang terluka. Sikit-sikit tu mintak maaf ye. Tapi tulisan yang aku post kan itu biasanya akan menjadi diari lambang diri dan hati. Maksudnya,bila sesekali aku menyelak kembali lembaran,aku bagai mendapat peringatan terhadap sesuatu yang kadang-kadang telah aku lupakan. Bila tengok balik tulisan 2 tahun lepas,aku insaf dan sedar betapa rasa-rasa itu pinjaman Tuhan. Ada yang Tuhan kekalkan,ada juga yang Tuhan tarik dan jenuh untuk aku dapatkannya kembali. Begitulah penulisan menjadi pengingat kealpaan diri yang bersifat semulajadi.

Segala kutukan,cacian,makian yang diterima,tak lama aku simpan kat hati. Tidak juga semuanya aku tolak tepi. Setengah tu aku jadikan bahan muhasabah diri. Aku bukan sempurna. Banyaknya kurang sini sana. Bila ada yang sudi menegur,membina,bahagianya rasa. Tapi depends pada konsep teguranlah kan. Kalau kasar ala-ala juri aio (eh),masuk jugak kat hati,tapi sempatlah sakit hati. Dah menung berhari-hari baru rasa perlunya dibaiki. Macamtu sajelah nilai hati aku ni.


Sebenarnya banyak tulisan yang aku tak post kan dalam blog. Awat? Aku kena tunggu sampai datang bisikan. Bisikan yang akan mengatakan,ha.. Yang ni dah sesuai nak kongsikan. Ada setengah tulisan tu dah bertahun aku peram buat pekasam. Sampailah bila aku rasa dah pudar kerelevanannya (ok lidah tergeliat) maka aku pun click pada simbol tong sampah,dushh.. Pindah kat recycle bin. Kadang sempat menyesal,tapi biarlah. Nanti tulis lagi :-)

Kadang aku malas menulis bukan pasai pa,tapi bila idea meluncur laju habeh semua rahsia terbuka. Nak delete dah tiada guna. Maka ada perkara yang tidak sesuai diklarifikasikan sebagai umum,aku tahan laju-laju ketat-ketat jangan sampai terpost kat blog. Heh! Sudahlah mulut aku macam mulut tempayan roti nan,tangan pun ikut bagi sokongan. Tu yang kadang lama blog aku diam!


Keinginan menghasilkan sebuah buku sebelum mati kekal bersarang dihati. Soal nak mewujudkan hasrat terpendam itu,aku serah pada masa dan rezeki. Tuhan dah tentulah yang pertama sekali. Ada tajuk yang dah aku rangka sekian lama,tapi macam biasa.. Alasan berjela. Aku macam nak cari seorang penulis lain yang akan catatkan semua yang aku cakapkan. Eh! Kau ingat kau Perdana Menteri? Okay.. Itu mimpi dalam mimpi. 

Aku pun naik segan bila orang tanya kenapa blog mu sepi? Kenapa tak menulis tiap hari? Eh.. Aku pun perlu makan nasi! Walau jarang,tapi insyAllah aku takkan berhenti. Menulis selagi ada hati. Selagi ada cerita yang ingin dikongsi. Doakan aku boleh istiqamah dalam hal yang satu ni? Ok.. Korang memang baik hati.

- Membebel dari atas katil sebelah Kak Long Jibah sambil charge iphone dibilik yang dah gelap@Gong Kulim,Kelantan..


Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...