Skip to main content

Outstation!

* Entry ni ditulis 2 malam lepas. Baru dapat post sebab masalah internet :-)

Macam biasalah.. Room mate dah tido,aku masih terkebil-kebil. Ok bila sebut room mate terasa macam tengah study kat Australia dalam suasana winter malam-malam pakai sweater. Rupanya sedang berkursus didalam negeri bahkan hutan bahkan room mate itu ialah Iyah dan Kak Azwa je pun! Ish..

Alhamdulillah.. Dah makin serasi dengan jadual harian yang padat tapi Allah bagi ilham untuk adjust-adjust masa tidur. Waktu makan tak payah adjust sebab kat sini makan 5 kali sehari. Teringat aku dengan jadual hidup sebagai pelajar asrama penuh di SAMT KKB dulu. Time makan memang indah dan nikmat dan berkali-kali. Terima kasih Tuhan.

Fikiran sesekali atau banyak kali teringat pada anak-anak yang ditinggalkan. Sedang apa lah depa tu? Mat Solo tengah ngadap Lenovo tanpa henti dari pagi ke? Joging dah pasti! Yasin tengah bersiar-siar dari premis ke premis untuk memberi khidmat ke sampai premis sendiri terlupa sapu? Janganlah hendaknya Imran tengah gelak kuat-kuat! Barak tengah buat apalah? Dah boleh sesuaikan diri ke dengan tempat baru? Sya3 sedang lalu lalang depan pasaraya naik Hiace ke tu? Moga Rendi dengan Hafiz sedang berbuat sesuatulah untuk menambah baikkan mutu Tvikhwan. Pipah dan Jiha Anuar tak risau sangat. Dua ketul tu pandai cari kerja. Erun? Tengah jadi waiter kat Bukit Bintang? Persona dah servis ke belum? Haduii.. Ramai anak,macam-macam ragam. Kadang tu ada jugak yang meragam!

Tuhan beri banyaknya hiburan dicelah-celah serpihan ujian. Moga aku pandai mengambil semuanya sebagai ingatan pada diri andai sempat nak sedih konon-konon mengenang nasib diri! Nasib diri yang sedang disenang lenangkan oleh Tuhan memang sepatutnya kau kenang! Tuhan tinggalkan sedikit sangat secebis secoit je ujian untuk kita tau mencari jalan kembali ke jalur rasa hamba. 

Oklah nak tutup lampu dah. Saje nak lambai dari jauh buat semua yang didoakan..

P/s: Siapa-siapa yang nak datang ziarah,nak kirim ubat batuk+ubat sakit tekak+ubat mata ikan. Lidah diserang mata ikan secara serentak dan merata! Ok nampak macam manja mengada. Tapi sape sudi,bolehlah tolong bawak ye.. Hehe

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...