Skip to main content

Mangsakah kita?

Aku mengambil sedikit masa untuk menuliskan entry ini demi mencari kata-kata yang tepat sebagai ingatan untuk diriku yang sering terlupa. Juga berdoa agar ianya turut boleh memberi manfaat kepada sesiapa. Jika tidak,kekallah ianya sebagai bahan renung dan menung disaat mencari jawapan kepada setiap persoalan.

Untuk senang atau derita,itu adalah pilihan. Rasa bahagia dan sengsara itu letaknya dijiwa. Ada orang yang derita sekalipun 'bahagia' dan berlaku juga sebaliknya. Tuhan menciptakan setiap kejadian didunia bersama jutaan hikmah yang tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk menyikapi semuanya itu sebaiknya.

Fitrah semulajadi sering dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Fitrah ingin disayangi,menyayangi,bahagia,ketawa dan lain-lain. Sedangkan fitrah yang utama itu juga ialah rasa ingin kepada Tuhan. Perasaan ingin kepada Tuhan itu pula tidak terhad kepada hal yang menggembirakan saja! Realiti hari ini didunia,orang bahagia tidak hanya kerana kaya,bahkan si kaya pun ramainya yang menderita. Agungnya Tuhan bersama sifat maha adilnya Dia terhadap segalanya.

Makan. Semua orang perlu makan. Samada itu fitrah ke,adat ke,manusiawi ke tak pastilah. Tapi memang semua perlu pada makanan. Yang kaya nak makan,yang miskin papa pun ingin diberi makan. Tapi kan,Tuhan buat ada orang yang direzkikan dapat makan banyak,kenyang,sendawa,kadang sampai termuntah. Ada pula orang yang Tuhan beri rezki makannya tu hanya cukup-cukup je. Taklah mengenyangkan,tapi taklah pula kelaparan. Ada juga tu sampai kebuluran. Rasulullah sebagai contoh ikutan kita ialah manusia yang tidak akan tidur selagi makanan dirumahnya belum diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Namun Rasulullah juga pernah menunjukkan kepada kita satu lagi bentuk cara hidup bilamana  terpaksa ikat batu diperut ketika Perang Khandak sebagai bukti cinta kepada Tuhan.

Bersuami dan beristeri juga adalah satu bentuk hiburan yang Tuhan berikan. Rasa saling perlu memerlukan. Sesuatu yang normal bahkan dituntut iaitu mewujudkan rumahtangga sebagai syurga sebelum syurga. Penuh bahagia. Namun ingatkah kita bila Tuhan buatkan Siti Hajar terpaksa ditinggalkan suami seorang diri bersama si bayi ditengah padang pasir kering kontang dan sunyi sepi? Dan andai kita terpaksa melalui hal yang sama,bukankah yang sedang kita susuri itu ialah sejarah kehidupan Nabi dan isteri?

Fitrah inginkan kepada pasangan yang baik,memahami dan sebagainya. Sedangkan sejarah juga bercerita perihal Siti Asiah yang mendapat syurga kerana kesabarannya bersuamikan Firaun laknatullah. Bahkan Nabi Nuh,Nabi Lut kekasih Allah sanggup akur melihat isteri mereka ditelan azab Allah didepan mata. 

Pejuang kebenaran terdahulu ialah mereka yang sanggup menjadi 'mangsa' untuk sampainya islam kepada kita. Jika kita turut terkena tempias yang sama,tidakkah kita juga sepatutnya merasa bahagia seperti mereka? Kita sanggup terkorban demi dunia,mengapa tidak lakukan hal yang sama untuk akhirat kita?

Kesian islam.. Kesian.. Kalau penganutnya hanya berani untuk hidup secara biasa tanpa berfikir bahawa Tuhan maha tahu bagaimana menciptakan ke luarbiasaan itu kepada hamba yang terlalu ingin padaNya

Kemanusiaan membentuk setiap yang sakit perlukan orang yang menjaganya. Begitulah fitrah.. Tapi lihatlah juga kepada Nabi Ayub yang menanggung derita kesakitan sendirian bertahun lamanya. Dan Baginda cukup mengambil Tuhan sebagai teman merawat kesakitan.

Siapalah yang punyai kekuatan untuk mengambil risiko dalam kehidupan? Tapi kalau takdir Tuhan memilih kita untuk melaluinya,bukankah Tuhan juga berjanji untuk mengikut sertakan bersamanya kekuatan? Jadi janganlah pernah takut untuk itu. Kita boleh ditinggalkan mak,ayah,suami dan isteri,tapi Tuhan kan tak pernah tinggalkan kita?

Tuhan jualah yang ciptakan hati inginkan hal-hal yang membahagiakan. Namun janganlah tersalah melihat bahagia. Bahagia yang utama ialah bila sepenuhnya mendapatkan Tuhan. Tuhan ciptakan sifat sabar untuk kita tersenyum didalam ujian,dan sifat redha untuk kita bahkan ketawa bahagia. Sesusah,selapar,sederita mana pun kita,percayalah.. Sungguh hati mampu untuk merasa bahagia andai Tuhan sentiasa bersama.


Comments

muaz said…
MasyaAllah.. Terima kasih pn khaulah, bertambah semangat nk pejuangkan islam..

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...