Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

" Faham ka? "

"Orang tau dia tak tau. Orang bagitau dia buat tak tau. Dah tak tau tu dia buat-buat tau. Dia tak tau kata orang tau yang dia tak tau!" Sila baca ayat diatas dengan loghat utara yang pekat untuk mendapatkan keberkesanan dan kefahaman yang mantap terhadap makna sebenar disebalik kata-kata ini. Orang utara ni memang kasaq tapi kasaq-kasaq pun memang betui apa yang di habaq tu. Kalau oghang ketegaq memang kena bagi! Kalau tak dia tak sedaq dighi.. Tu dia.. Nak faham ni bukan mudah. Apalagi nak bertindak dengan kefahaman yang tak mudah itu. Lagilah tak mudah. Contoh nak belajar bawak kereta. Boleh ke hanya dengan panduan yang diberi atas kertas,tak payah pakai cikgu dah terus boleh bawa kereta? Selengkap manapun panduan atas kertas tu,faham macamana pun,namun tetaplah perlukan seseorang untuk mengajar secara praktikal. Nak jadi doktor tu..boleh ke main baca buku lepastu tiba-tiba dah boleh jahit orang. Mestilah nak kena berguru dulu paling kurang 7 tahun. Kan? Ala..nak buat

Kursus remaja

Sampai betul hati aku! Bulan Januari ni 3 entry je? Memang tak patut! Patut pun bertalu-talu orang bb tanya bila nak update? Aduhai.. Dengan teknologi canggih sebegini pun aku masih berharap ada satu alat yang bila aku cakap je dia akan tolong tulis. Lepastu boleh siap padam-padam lagi kalau aku silap cakap. Huh! Pemalas no! Aku lah generasi google.. Sebenarnya nak cakap sibuk pun segan. Sape yang tak sibuk kan? Maka sibuk bukanlah alasan untuk blog ini ku abaikan. Tapi paling kurang aku taulah rupanya ramai yang rindu. Hehe.. Bulan ni memang macam-macam hal berlaku. Nak cerita semua pun bukannya orang faham. Kalau tak faham,buat ape ceritakan? Bukan boleh tolong selesaikan pun. Kalau tak boleh tolong,buat apa ceritakan? Hah! Ulang-ulang.. Antara aktivitinya ialah penganjuran kursus remaja. Kat sini ramai remaja. Remaja yang berbagai kategorilah. Ada yang dah anak 5,isteri 2,bujang,ada yang teringin nak kawin,dan macam-macam lagi. Aku pun kategori remaja jugak walaupun muka nampa

Batu syurga

Saat yang paling ditunggu ialah selepas selesai saja musim haji maka Kaabah akan sepi dari pengunjung. Hanya orang tempatan saja yang akan berlegar disekitarnya. Maka peluang keemasan ini tidaklah kami lepaskan begitu saja. Setiap malam akan ada trip ke Haram untuk mengambil berkat mengucup hajarul aswad. Bila orang tak ramai maka kuranglah perebutan. Nak cium hajarul aswad pun semuanya beratur. Tidaklah berasak separuh mati dan memang mati! Terima kasih Tuhan.. Moga batu syurga itu sudi mengucup hati-hati kami dengan cahayanya untuk disucikan dari segala kekotoran.. Lengang Dekat dipintu Kaabah Makam Ibrahim Antara dunia dan akhirat Sakainya aku! Masjidil Haram   Posted with Blogsy

Shooting lagi

Menghabiskan minggu pertama tahun baru 2013 ini di Chalet Nur Mohd adalah satu keputusan yang sangat bijak. Walaupun dalam kebijakan itu ada juga kerenyahannya. Bijak yang dimaksudkan itu bukanlah kerana akal cerdik cerdas bergeliga! Tapi kerana telah sanggup mengorbankan masa dan kulit untuk rela dibakar dibawah terik mentari berjam-jam lamanya untuk menghasilkan sesuatu yang diharapkan dapat memberi kepuasan kepada jiwa,sekurang-kurangnya! Selebih-lebihnya dah tentulah dapat memberi manfaat buat manusia yang lain juga. 3,2,1 action! Fokus..! Reflector,Camera,Editor Berbekalkan ilmu yang boleh dikatakan sama sekali tiada didalam bidang shoot mengeshoot video klip ini,ku gagahkan diri bersama adik beradik yang lain untuk shoot ulang video klip lagu Terima kasih Wahai Nabi yang hasil shootingan sebelum ini sangatlah mengecewakan. Salah kami lah juga yang sambil lewa. Hasilnya,walaupun shoot pakai 5d tapi hasil tetaplah kampung dan jumud! Maka pada kali ini semua bersemangat waja walaup

Budi,jasa dan doa

Abuya pesan sangat dari kecik jangan biasa berhutang. Kalau dah pandai hutang seposen,lama-lama nanti terbiasa hutang ribu-ribu. Hutang yang mampu dilunaskan boleh tahan,tapi kalau hutang bawa ke mati? Moga diampunkan.. Tapi sungguh aku tak dapat mengelak dari berhutang sebenarnya. Hutang duit tu tidaklah. Tapi hutang budi dan jasa. Tak terbayar rasanya. Ramainya orang yang terlalu berjasa menyiapkan,menyediakan dan membantu agar dapat aku jalani hidup dengan baik. Walau tak diminta,tapi Tuhanlah yang telah menciptakan hati-hati yang ingin sangat berbuat kebaikan kepada orang lain. Pisang emas dibawa belayar,masak sebiji diatas peti,hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati. Beruntungnya orang yang akan dapat mengutip hutang budinya diakhirat nanti bila setiap budi baiknya diiringi oleh doa dari mereka yang menerima kebaikan darinya. Abuya tu setiap kali sebelum makan akan merenungkan jasa-jasa mereka yang berbuat untuk sampai makanan tu ke meja. Buruh,petani,nelayan,tukang