Skip to main content

Kursus remaja

Sampai betul hati aku! Bulan Januari ni 3 entry je? Memang tak patut! Patut pun bertalu-talu orang bb tanya bila nak update? Aduhai.. Dengan teknologi canggih sebegini pun aku masih berharap ada satu alat yang bila aku cakap je dia akan tolong tulis. Lepastu boleh siap padam-padam lagi kalau aku silap cakap. Huh! Pemalas no! Aku lah generasi google..

Sebenarnya nak cakap sibuk pun segan. Sape yang tak sibuk kan? Maka sibuk bukanlah alasan untuk blog ini ku abaikan. Tapi paling kurang aku taulah rupanya ramai yang rindu. Hehe..

Bulan ni memang macam-macam hal berlaku. Nak cerita semua pun bukannya orang faham. Kalau tak faham,buat ape ceritakan? Bukan boleh tolong selesaikan pun. Kalau tak boleh tolong,buat apa ceritakan? Hah! Ulang-ulang..

Antara aktivitinya ialah penganjuran kursus remaja. Kat sini ramai remaja. Remaja yang berbagai kategorilah. Ada yang dah anak 5,isteri 2,bujang,ada yang teringin nak kawin,dan macam-macam lagi. Aku pun kategori remaja jugak walaupun muka nampak tua. Haish..

Objektif kursus ni ialah nak melahirkan remaja pencinta Allah,Rasul dan kebenaran. Juga nak membantu untuk mematangkan roh agar dapat berdiri seiring dengan pemimpin-pemimpin yang ada. Janganlah hendaknya usia bertambah,tetapi hanya fizikal dan nafsu yang meningkat. Sedang akal dan hati kekal keanak-anakan. Abuya pernah cerita tentang sorang kawan sekolah Abuya. Setelah berpisah berpuluh tahun,jumpa balik anak pun dah berderet,tapi perangainya tetap sama seperti dizaman sekolah. Cara bergurau,bercakap,ketawa dan lain-lain. Sebab itulah Abuya ni macam dah tradisi setiap beberapa bulan akan anjurkan kursus remaja untuk pastikan akal,hati selalu dibina. Kalau nak cakap tentang fizikal,bina badan semua tu,tak payah ajar..automatik tahu sendiri. Tapi akal dan roh? Kalau tak dibangun,matilah ia..

Oklah..selamat bekerja dan selamat berjuang untuk semua kawan-kawan diserata dunia. Buat remaja GISB di UK,di Australia,Eropah,Jordan,Mesir,Yunan,doakan kami yang di Haramain ni ye.. Moga segera kita mengejar matlamat sebenar hidup untuk Allah dan Rasul.



















Comments

Anonymous said…
nak juin....nk juin....mcm best jer...hhehe

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...