Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Menyongsong 2013

Mengambil sempena hari terakhir ditahun 2012 ini,aku gagahkan jari jemari (yang pendek tak runcing layaknya orang tinggi) ini untuk mengetik discreen touch ipad 2 ku ini. Kian kencang debaran didada bersama lemah longlai lututnya bila dihadapkan Tuhan dengan berbagai peristiwa yang memaksa hati diaktifkan untuk sentiasa terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Melepasi semua kejadian turun naik jatuh bangun yang telah Tuhan tetapkan itu,bagaimanalah hati tidak menyerah dibawah takhta kekuasaan Tuhan yang maha agung dengan segala kebesarannya. Bukankah Tuhan raja segala raja itu pencatur kepada semua yang ada ini? Pernahkah terbayangkan bagaimana gelombang hati Nabi Musa bersama pengikutnya ketika mana dihadapan mereka ialah laut sedang dibelakangnya tentera musuh sedang memburu. Apakah yang mereka rasakan? Bagaimanakah pergantungan hati diwaktu itu kepada Tuhan? Hanya membayangkan saja sudah cukup untuk nafas seakan terhenti,jantung bagai tidak berdegup lagi. Tidak sanggup

Tidak kalah lagi..

Ketika.. Semangatku kian sirna Dayaku kian tiada Kudratku entah kemana Aku disapa.. Satu suara.. Suara yang mengembalikan segalanya Bagaimana Tuhan bisa mencipta Sesosok manusia Yang kita hidup kerananya Bahkan ingin mati untuknya? Bersamanya indahlah dunia Tiada lagi duka Hilanglah nestapa Menyapu semua airmata Segala ranjau yang menduga Dilewati dengan bahagia Wujudnya dia.. Kekuatan untuk dunia Cahaya buat kebenaran tercinta Melenyap segala derita Kemenangan didepan mata.. Maka jalan yang dilalui ini Tidaklah akan kalah-kalah lagi Kerna disisinya sang Nabi Mencipta dunia yang penuh erti Demi kebangkitan yang dijanji Oh Nabi..

Catatan Kembara 6 (Suq Bathah - Burj Mamlakah)

Dah dekat musim umrah ni memang perlu banyak stok baju untuk butik. Kiriman ke Malaysia pun nak kena difikirkan. Alhamdulillah ada masa sebelum balik ke Mekah,kami pun ajaklah Amir untuk jadi pemandu pelancong di Riyadh ni. Sebelum ni bila cakap nak beli barang,kawan arab akan bawa ke mall. Tak selera langsung nak beli kat situ. Tapi Amir ni faham,maka dibawalah kami ke pasar rakyat namanya Suq Bathah. Hui..barang murah-murah. Kami pun survey-survey harga jubah borong dan lain-lain. Tapi jenis yang kami nak takdelah pulak. Hari dah malam. Nak meround pun dah malas. Aku sempatlah beli kasut dan baju. Murah-murah je. Tapi yang paling bestnya,alat-alat gajet murah gile kat sini. Kalau beza harga dengan Mekah/Jeddah dalam 6-700riyal jugak. Lumayan. Tapi dah kalut malut tu tak terfikir nak angkat 1. Macamlah banyak duit! Sebenarnya kami ni berkejar nak ke Burj Mamlakah (menara Mamlakah). Orang kata kalau ke Riyadh tak ke burj ni macam tak pergi Riyadhla. Aku menara KL pun baru 2 kal

Catatan Kembara 5 (Kampung Pakistan)

Pendidikan yang Abuya berikan sedari kecil membentuk keadaan dimana kita boleh hidup macam orang yang paling kaya,tapi boleh juga hidup seperti orang yang paling miskin. Dalam hal menunjukkan syiar islam,Abuya wujudkan syarikat/jemaah yang kaya,sedangkan dalam hal hidup sebagai hamba Tuhan,individu didalamnya hakikatnya sangat besederhana. Tiada yang bersifat peribadi. Semuanya dikorbankan untuk kepentingan islam. Demikian ambilan dari pendidikan Rasulullah yang melahirkan para sahabat yang kaya raya tetapi dikorbankan semua hartanya untuk memayungi keperluan islam ketika itu. Tinggal di Mekah,berulang alik ke Madinah Jeddah,lain betul dengan apa yang aku sangkakan tentang Saudi ni bila sampai di Riyadh. Riyadh ternyata sebuah kota metropolitan yang pesat dengan segala kemewahan. Kereta-kereta mewah menjalar disepanjang jalan. Gedung-gedung membeli belah yang tersergam megah diserata bandar Riyadh dipenuhi pengunjung yang datang dari kelas menengah ke atas. Di Riyadh ni jugalah boleh

Catatan Kembara 4 (Riyadh)

Kami berangkat dari Taif menuju ke Riyadh sekitar lepas maghrib jam 6 petang. Tak taulah 6 petang ke 6 malam sebab disini maghrib sekitar 5.40. Dikeranakan keadaan yang sudah gelap maka kami tak dapatlah menyaksikan pemandangan disepanjang perjalanan yang menurut katanya indah. Ada padang pasir yang unik dan lain-lain. Pemandangan tu hanya dapat kami saksikan ketika perjalanan pulang dari Riyadh ke Mekah kerana diwaktu itu kami berangkat lebih awal. Tapi dikeranakan keletihan maka takde mood nak turun bergambar. Diperjalanan sempat kami singgah makan malam disebuah restoran yang terletak di RnR. Hampir semua restoran di Saudi ni menyediakan family section untuk pelanggan. Kira macam undang-undanglah. Perempuan tak boleh sewenang-wenangnya makan dikhalayak ramai. Kalau direstoran itu tidak disediakan tempat makan untuk keluarga,maka haruslah tapau dan makan dirumah. Aku memang tak setuju sangat dengan sistem ni. Tapi terpaksalah akur. Di restoran yang kami singgah ni tempat makan ke