Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Hadiah besar yang takkan hilang dari hidupku

Buat Bonda Ummu yang tercinta dan yang sangat-sangat dirindui. Hari ini 1 Mei. Tarikh kelahiran Ummu. Tarikh yang penuh bermakna bagi setiap insan yang menyayangi Ummu. Sudah pasti ramai yang sedang mengalirkan air mata rindu terkenangkan Ummu. Kenangan yang Ummu tinggalkan pada kami ialah sesuatu yang mustahil kami boleh lupakan. Tapi malangnya, Adib sebagai anak kandung Ummu sendiri belum mengalirkan air mata rindu pada Ummu, walaupun atas nama fitrah. Sampai sekarang Adib tertanya-tanya kenapa Adib belum boleh menangis bila terkenangkan Ummu. Malah pada hari pemergian Ummu, iaitu hari yang Allah pisahkan jasad kita buat selama-lamanya. Jahat derhaka zalimnya hati Adib sebagai anak, kerana air mata Adib setitik pun tidak mengalir sedih kehilangan Ummu. Bukan Adib tak malu tak sedih melihatkan Adik beradik semua menziarahi pusara Ummu, dalam keadaan semuanya mengalirkan air mata dan teresak-esak menahan bermacam macam perasaan. Adib cuba berkali kali untuk menangis, namun air