Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ReSepi

Kerana kita anak Abuya..

Siapa tak sayang anak? Kucing pun sayang anak. Manusia yang normal sangat sayangkan anak. Orang gila je buang anak dalam longkang! Abuya ada 35 anak kandung dan 4 orang anak tiri. Semuanya Abuya sayang. Walaupun waktu kecik dulu selalu rasa Abuya tak sayang sebab Abuya selalu marah,kadang-kadang rotan,tapi marah tu tandanya sayangkan? Bila dah besar ni dah boleh fahamlah bahawa ayah mana tak sayang anak. Cuma Abuya ada cara sendiri untuk tunjukkan kasih sayangnya. Mungkin berbeza dari ayah-ayah lain,tapi itulah Abuya. Ni nak bagitau kat semua adik-adikku sebapa. Nak bagitau kat abang-abang kakak-kakak mungkin tak layak,jadi nak bagitau kat adik-adik jelah.. Sayangnya Abuya pada kita sebagai seorang ayah kepada anaknya itu bukanlah bermakna Abuya juga PERCAYAKAN kita! Tolong bezakan antara sayang dan percaya. Sayang itu fitrah,sedang kepercayaan itu perlu didapatkan,perlu dibuktikan. Adik-adik rasa Abuya percaya kat kita ke atau lebih percaya pada BOD dan pemimpin-pemimpin yang Ab...

Bila sakit..

Ada macam-macam cara setan buat untuk pastikan kita jauh dari Tuhan. Dengan meniti diatas kejahatan nafsu didalam diri manusia yang sedia ada,disitu mereka bermaharajalela. Nafsu dan setan yang tak pernah rehat ni membuatkan kita bila-bila masa saja berpindah diantara dua jalan. Sekejap baik sekejap jahat. Dibuatkan lintasan hati yang tak menentu. Kalau tak kuat mujahadah,memang dapat kat nafsu setanlah. Susahnya untuk pastikan hati dan malaikat itu sentiasa menang.. Contoh yang paling dekat bila kita ditimpa ujian. Katalah sakit.. Bila sakit,fizikal lemah. Kalau jiwa pun turut lemah,sakit yang sikit akan rasa macam tenat. Diwaktu itulah keluarnya segala keluhan,rungutan. Kalau tak sabar,mudah je nak marah-marah. Tak mudah untuk tenang didalam kesakitan. Bila tak dilayan,jauh hati. Tapi kalau dilayan,mengada-ada pulak. Arwah datuk pesan,sakit itu dari setan. Nak kena lawan. Abuya diwaktu sakitnya,dikeranakan jiwanya yang besar,masih boleh berjalan keseluruh projek dan premis didala...

Nostalgia mengimbau kenangan

Entry lepas tiba-tiba nak cerita pasal hobi tu sebenarnya ialah sekarang ni dah beberapa hari kembali menjadi makcik kantin. Bukan kantin la. Lebih pada foodcourt kot. Entah apela bezanya. Dah lama tak masak beria-ia. Kat chalet awal-awal dulu memang sempat berselirat kat dapur. Tapi lepas sibuk dengan projek kat Madinah,dah takde sapa masak kat CNM tu,Ummu minta Abah,tukang masak dari Indonesia untuk bantu masak di chalet. Bila aku balik dari Madinah,Abah dah makin selesa memasak jadi aku pencenlah kejap. Kat rumah yang kami panggil istana ni sekarang sedang sunyi. Yang sebelum ni ramai semua dah keluar. Sementara menanti rombongan akan datang untuk masuk,kami 3 beradik Ummu panggil dok sinilah dulu. Fatim dengan Iyah sibuk editing. Aku macam biasa..kembali bergelumang ditempat terindah iaitu dapur. Dah 4 hari masak macam-macam resepi. Thailand,Singapore,Jordan dan lain-lain. Teringat kenangan sebelum berangkat ke Eropah untuk kali pertama,aku dan geng Mawaddah yang terpilih untuk...

Couscous (kuskus)

Aku ada satu tabiat buruk. Ya..sangat buruk. Iaitu apabila aku lapar,teringin sesuatu makanan,malah ketika berpuasa sekalipun,aku akan makan secara maya. Apakah itu makan secara maya? Iaitu mengenyangkan perut dengan cukup hanya melihat gambar makanan itu. Aku akan google semua jenis resepi makanan yang aku sedang terliur itu,aku tatap gambarnya dan hatiku puas. Tak sopan bukan? Tapi ianya berkesan mengurangkan sedikit keteringinan aku terhadap makanan itu. Dan tabiat ini aku masih mengamalkannya hingga hari ini. Salah satu makanan yang aku suka gila tapi jarang boleh diperolehi melainkan kena masak sendiri tapi selalu tak sempat ialah Couscous/Kuskus. Jangan risau..ia bukanlah makanan yang berunsurkan tikus kerana walaupun aku memiliki selera makan yang besar tapi tetap mementingkan kehalalannya. Kuskus ni sejenis makanan yang berasal dari Afrika atau lebih terkenal di negara Maghribi. Hasil aku berulang alik ke Eropah dan banyak bertemu dengan bangsa arab Maghribi,Tunisia dan Alger...

Jom main masak-masak

Resepi ni ialah satu resepi yang sangat senang dan budak darjah 3 pun berkemampuan untuk membuatnya tanpa keizinan orang tua Bahan-bahan:- 2 bungkus biskut merie 1 kotak krim putar/whipping cream 1 cawan air nescafe gula lebih Cara-cara:- Sediakan 1 loyang/bekas. Celupkan biskut merie satu persatu dan susun kedalam loyang. Setelah itu lapiskan dengan krim putar. Kemudian,celup dan susun lagi biskut merie itu untuk lapisan seterusnya. Dan akhir sekali tutup dengan krim putar. Boleh buat berapa lapis yang anda suka. Tidak terhad ye. Terpulang diatasnya nak tabur buah dan sebagainya. Letakkan didalam peti sejuk selama sejam/semalaman. Setelah itu boleh makan. Selamat mencuba

Resepi terer buat yang seterusnya

Nasi goreng tomyam (resepi ni sempat dibuat oleh adik saya,fah yang memasuki pertandingan masak dan kalah) Bahan-bahan Nasi putih 5 ulas bawang putih ditumbuk 1/2 biji bawang besar dipotong nipis Daun limau purut dipotong nipis Cili kering siap giling/blend Serai dipotong bulat Ayam/daging dipotong kecil Sos tiram Nampla/air ikan Sedikit perahan limau nipis Garam Gula Cara-cara Panaskan sedikit minyak kedalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Masukkan ayam/daging serai dan cili giling. Setelah cili masak,masukkan sos tiram,nampla juga daun limau purut. Tuang air perahan limau nipis,perasakan dengan garam dan gula. Rasanya agak masam manis. Kemudian masukkan nasi dan adun dengan api yang agak kuat. Boleh juga dicampur cili padi,sayur-sayuran. Ikut suka la.. Anyway,nasi goreng ni kalau jadi memang sedap. Tapi kalau tidak,akan kalah ye dalam pertandingan memasak peringkat Jerash. Fah jangan tegang..! Sup siam Bahan-bahan Bawang besar dibelah 4 Se...

Resepi yang suka/pandai buat

Kalau tengok muka saya(even tgk muka sendiri kat cermin) tiada siapa yang menyangka salah satu kecintaan saya ialah masak. Kecintaan makan mungkinla.. Tapi bukan ke mengikut logiknya,orang yang suka makan ni biasanya suka masak? Sebab dia ada taste tersendiri yang kadang-kadang memerlukan dia untuk masak sendiri.. Tak pasti betul atau tidak,tapi saya begitulah..Saja la nak share/simpan buat kenangan resepi masakan yang saya expert masak. Tak..bukan resepi sendiri. Resepi yang semua orang tau,dan saya sendiri suka dan agak pakar didalam membuatnya. Kalau siapa tersinggah sini,nasibla nak tengok resepi ni. Kalau tak ada yang singgah,(memang tak adalah) saya saja tulis buat kenangan. Memang tulis blog ni pun untuk kepuasan sendiri sahaja :-) Nasi Mansaf (makanan tradisi Jordan) Bahan-bahan:- A Bawang besar Buah pelaga Daun salam/Bay leave Garam Minyak sapi/Ghee Ayam/Kambing/Lembu B Yoghurt Asli(kalau diJordan ada khas) Kunyit serbuk Rebuskan ayam/kambing/lembu bersama den...