Skip to main content

Nostalgia mengimbau kenangan

Entry lepas tiba-tiba nak cerita pasal hobi tu sebenarnya ialah sekarang ni dah beberapa hari kembali menjadi makcik kantin. Bukan kantin la. Lebih pada foodcourt kot. Entah apela bezanya. Dah lama tak masak beria-ia. Kat chalet awal-awal dulu memang sempat berselirat kat dapur. Tapi lepas sibuk dengan projek kat Madinah,dah takde sapa masak kat CNM tu,Ummu minta Abah,tukang masak dari Indonesia untuk bantu masak di chalet. Bila aku balik dari Madinah,Abah dah makin selesa memasak jadi aku pencenlah kejap.

Kat rumah yang kami panggil istana ni sekarang sedang sunyi. Yang sebelum ni ramai semua dah keluar. Sementara menanti rombongan akan datang untuk masuk,kami 3 beradik Ummu panggil dok sinilah dulu. Fatim dengan Iyah sibuk editing. Aku macam biasa..kembali bergelumang ditempat terindah iaitu dapur.

Dah 4 hari masak macam-macam resepi. Thailand,Singapore,Jordan dan lain-lain. Teringat kenangan sebelum berangkat ke Eropah untuk kali pertama,aku dan geng Mawaddah yang terpilih untuk ikut serta dalam misi ke Eropah dikursuskan di Labuan lebih kurang 6 bulan. Macam-macam hal kami dikursuskan antaranya ialah kursus memasak. Masak tu pulak untuk Abuya yang mempunyai taste makanan yang tinggi. Janganlah cincai boncai,Abuya memang teliti serba serbi. Kalau nak masak lemak cili api nogori tu Abuya siap pesan,masak tu sampai berasap telinga. Fuhh! Setiap kali lepas makan Abuya akan panggil untuk bagi markah supaya setiap hari dapat improve skill masak kami. Menu memang dari Abuya. Tiap pagi mengadap Abuya minta duit pasar sambil Abuya terangkan jenis-jenis lauk yang dikehendaki. Contohnya nak makan ikan tenggiri. Abuya akan pastikan kami kenal betul ikan tu,siap sebutkan ciri-cirinya lagi. Atau kadang-kadang Abuya sendiri angkut kami pergi pasar. Lepastu nanti Abuya akan bayarkan semua belian orang-orang disekeliling pasar tu jugak.  Manalah orang-orang Labuan tu tak jatuh hati.

Akhirnya dah dekat-dekat nak berangkat ke Eropah tu Abuya pun dah tak tau nak minta kami masak apa lagi dah. Sebab Abuya cakap semua masakan Abuya dah rasa. Hehe.. Lepastu kami pun apa lagi,rekalah segala bentuk resepi. Akulah yang paling kalut sekali. Akan gagah bukak internet,print semua resepi yang wujud. Adui..rindunyalah waktu tu.

Tapi yang paling cemas ialah kursus mengemaskini fardhu ain. Mengaji tu dah maklumlah. Sapa yang tak lulus mengaji memang dari awal dah reject tak masuk senarai. Lepastu bacaan dalam sembahyang,makna dan penghayatan. Tahlil kena hafal,wirid zikir semua kena difahami lebih-lebih lagi nak kena hayati. Disamping tu ada juga kelas bahasa arab dengan Syekh Zamri,Ustaz Abdul ilah(dari maghribi) dan Ustazah Fizah. Sempat juga sekejap dengan arwah Ustaz Ramadhan. Setiap minggu akan ada pertandingan all in one yang bertujuan nak latih remaja jadi serba boleh. Latihan pengerusi, penasyid, pelakon, penulis skrip dan lain-lain. Memang betul-betul melatih untuk berani kedepan berhadapan dengan masyarakat. Orang hanya nampak keseronokan nak ke Eropah,tapi tak ramai yang tahu apa yang kami lalui sebelum nak kesana tu. Semua aktiviti yang kami lakukan memang berdepan dengan Abuya langsung. Mau tak kecut perut. Cemasnya Yaallah. Aku rasa pelajar-pelajar yang kerajaan hantar belajar kat oversea tu pun tak melalui proses macam kami ni. Kadang-kadang sampai rasa tak nak pergi sebab fikir macam tak layaklah nak bawak misi besar ke Eropah tu. Bukan misi perang ke apa. Tapi yang lebih besar tu nak bawa orang kepada Tuhan melalui kebudayaan islam. Sedangkan diri sendiri belum pun dapat rasa bertuhan,macamana nak ajak orang lain? Dalam keadaan cemas itulah kami berangkat akhirnya. Kalaulah bukan kerana Abuya dan Ummu yang gagah dan gigih untuk duduk-duduk dengan kami budak hingusan ni,kursus lama-lama,manalah mampu nak berdepan dengan masyarakat di Eropah tu. Malah mungkin kami akan hanyut sama dalam arus kemaksiatan yang melata disana. 

Hmm..panjang sungguh aku bernostalgia. Rindu sangat zaman-zaman tu. Zaman aku kurus. Eh. Zaman anak dara. Zaman terlompat-lompat. Zaman mulut laser tak ingat orang. Zaman tak matang sangat lagi. Tapi pengalaman yang Tuhan beri sangatlah mendewasakan. Kami tak ikut sistem pendidikan macam kebanyakan orang lain lalui. Abuya ada caranya tersendiri dalam mendidik anak-anaknya. Kawan-kawan aku dulu yang sekolah tinggi tu ada yang dah jadi doktor,peguam dan lain-lain. Aku ni biasa-biasa je. Makcik kantin boleh,pengembala haiwan pun boleh,supir teksi pun boleh. Kadang-kadang merasa juga jadi pengurus pegang duit ribu-ribu. Pastu kembali jadi makcik kantin balik. Tapi depa cakap,cara hidup aku lagi best. Boleh jalan kemana sesuka hati. Takyah pening kepala nak makan gaji. Rezeki tu lebih lagi dari orang yang kerja besar. Aku ingatla kan,kalau aku kerja dengan kerajaan gaji ribu riban pun,mana dapat nak ulang alik Malaysia-Timur tengah-Eropah-Australia kerap sangat setahun sampai 4-5 kali. Kerja makan gaji dengan Tuhan nilah yang bawak aku keliling dunia. Ade ke orang pergi Paris tapi duit ada 50rm je dalam poket? Aku pun pening kepala macamana Tuhan punya dahsyat buatkan hidup aku jadi macamni. Mana ada gaji tiap bulan. 1000rm? Uuii..banyak tu. Sapa nak bagi. Tapi tidakkah ajaib bila kita takde duit,tapi hidup lebih mewah dari orang yang berduit. Itulah kekayaan yang Tuhan tawarkan. Lihat saja Rasulullah yang miskin,tapi mampu melimpah ruahkan kekayaan untuk islam. Tuhan meletakkan kita dilandasan yang berbeza,tapi moga semua selamat sampai kesana. 

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...