Skip to main content

Chalet Nur Muhammad part 4


Sebelum aku terlupa nak sambung pasal sejenis lagi binatang yang berkampung di CNM ni,inilah dia.. Keldai.

Didalam quran ada menyebut bahawa seburuk-buruk suara ialah suara keldai/himar. Hadis pun ada mengatakan,jika kamu mendengar suara keldai hendaklah kamu meminta perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana ia (keldai) melihat syaitan.

Walau macamana pun,keldai ni adalah binatang yang taat dan setia. Ia selalu digunakan untuk mengangkat barang. Tapi di CNM ni kami tidaklah menggunakan keldai untuk angkut barang disebabkan keldai-keldai kat sini asalnya semua pemalas. Kalau nampak kita dari jauh dia akan menjerit meminta makanan. Kerjanya hanya makan dan tidur dan makan dan tidur. Bila kita dekat,depa akan lari. Tapi setelah kami lancarkan kursus intensif terhadap keldai-keldai ini,maka kini mereka lebih beradab. Dah boleh tunggang pun keldai-keldai ni. Bila depa dah baik,barulah kami memberi nama kepada mereka secara spontan.

Paling depan ni Rambo,yang menyorok tu Rana dan yang usha camera tu Rita

Yang ini ialah kesayangan.. Rini namanya. Anak kepada Rana dan berumur dalam setahun lebih

Keldai ni nampak macam spesis kuda tapi sebenarnya watak mereka sangatlah jauh dari kuda bagaikan langit dan bumi. Kuda dilihat sebagai binatang yang penuh kemegahan,sebaliknya keldai adalah simbol ketidak cerdikan (kasar sangat nak cakap bodoh) Tapi hasil eksperimen kami,bila diletakkan Rini sekali dengan anak-anak kuda,lama kelamaan dia kelihatan sedikit cerdik berbanding dengan mak/makcik pakciknya.

Inilah nurseri kuda dimana Rini didaftarkan
Diawal kedatangan keldai ke CNM ni,kami sering membuli mereka disebabkan geram dengan watak dungunya itu. Tapi lama kelamaan terbit rasa kasihan dihati kami lalu tekad untuk menjinakkan puak keldai ini. Dan itulah..pendidikan haruslah dengan kasih sayang. Kini keldai-keldai ini semakin jinak dan bolehlah nak dibuat kawan. Tapi bukanlah kawan baik. Hanya kawan biasa kecuali Rini.

Rita dan Rana yang kerap berwajah sugul walaupun kita berniat baik

Rambo yang kadang-kadang lupa bahawa dia hanyalah seekor keldai tapi rasa diri ialah kuda

Diawal usaha menjinakkan Rita
Pernah tak anda mendengar tentang baghal? Baghal ialah kacukan kuda (ayah) dan keldai (ibu)
Tapi bila yang berlaku ialah ayahnya keldai dan ibunya kuda,ia dipanggil naghal. Dengarnya kacukan begini akan menghasilkan anak yang lebih cantik kerana mungkin pembawaan ibunya yang kuda itu lebih baik. Tapi dengarnya susah diperolehi disebabkan..susah kot keldai tu nak panjat kuda yang tinggi. Ish..

Kami telah pun mencuba untuk memproduk baghal dengan bersusah payah berusaha mengahwinkan Rita dan Amir (kuda) Namun usaha itu gagal. 

Sedang bersedia
Kami fikir mungkin Rita tak minat kawin campur,lalu kami datangkan Rambo yang sama bangsa. Sangkaan kami meleset. Ternyata Rita memang belum bersedia untuk kawin dan inilah hasilnya bila Rambo cuba kawin paksa..

Rita: Ha.. Amek kau..! 

Inilah hiburan kami sebagai pengembala haiwan di CNM ini. Berbagai aksi binatang yang comel-comels dapat dilihat pada setiap hari. Ada masa suka,ada masa duka bila ada binatang yang sakit lalu mati. Moga Tuhan panjangkan umur semua binatang-binatang disini..amin..

Mungkinkah Rita sedang merenung masa depan jodohnya? Wallahu a'lam..








Comments

Anonymous said…
Best. Santai tetapi ber'info'...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...