Skip to main content

H O B I


Harini nak tulis entry santai boleh ke? Yang ringan-ringan sikit..
Nak cerita tentang hobi..
Setelah berumur lebih kurang suku abad ni aku semakin sedar akan hobi aku yang sebenar. Waktu kecik dulu selalu tulis hobi kat biodata yang dicatat dibuku/ diari yang setiap budak sekolah rendah wajib memilikinya kalau tak,macam ketinggalan zaman. Siap lengkap senarai kawan baik dan kawan yang dibenci. Huhu..

Antara hobi yang kekal dari dulu sampai sekarang ni ialah :-

Membaca

Ini memang yang pertama dan utama lah. Dari kecik setiap minggu akan beli buku baru di kedai buku Kancil Mas,Taman Tun (tak pasti ada lagi ke tak sekarang) Rajin pinjam buku di library walaupun kadang-kadang lupa nak pulang. Bila besar pergi merata negara mesti akan beli apa-apa jenis buku sebagai kenangan. Biasanya yang berbentuk novel. Terbukti hasil membaca ni dapat mempercepatkan proses pembelajaran contohnya banyak baca novel indon lepastu cakap indon berabuk. Alhamdulillah..

Melancong

Kalau yang pertama boleh letak dua kali,memang melancong ni kira pertama jugalah. Cuma sebab tak mudah dan kos dia tak murah macam membaca tadi,jadi dia jatuh no 2. Hanya kerana itu. Sedangkan dia pertama juga sebenarnya. Eh. Tapi Tuhan maha baik telah merezkikan aku untuk jejaki hampir semua benua yang ada. Kutub utara kutub selatan dalam mimpi jelah kot. Jauh perjalanan luas pemandangan. Bayangkan jelah apa yang dapat kita pelajari dengan melancong..

Menonton

Tak termasuk menonton bola live di stadium. Lebih kepada tv,vcd,dvd dsb. Waktu kecik-kecik tak dibenarkan sangat menonton ni. Sebab takut terpengaruh dengan cerita yang tak berfaedah. Tapi bila besar lagi takut nak menonton sebab cerita makin teruk walaupun tv Malaysia. Kalau dulu bila ada adegan berdiri dekat-dekat pun semua pakat tutup mata. Sekarang ni rasanya dari awal dah tak boleh bukak mata. Tapi menonton jugak,pandai-pandai tapis sekira-kira tak gelap hati. Banyak tingkatkan bahasa inggeris bila tengok movie lepastu bubuh subtitle english. Memang..

Memasak

Ia terkait rapat dengan kegemaran makan. Bila suka makan,sukalah masak sebab ada taste sendiri tak boleh harap orang masak takut tak tepat dengan selera. Bila masak sendiri ayam tak payah buang kulit,tongkeng tak payah buang yang lemak kuning depan tu,boleh bubuh minyak satu tong,humban cili sampai berapi..

Melayari internet

Rasanya ni dah jadi hobi semua orang kot. Faedah banyak,yang tak berfaedah pun melambak. Bila bukak internet ni dia sekaligus boleh membaca,boleh melancong,menonton,memasak(main game masak-masak online) dan boleh makan.. (secara maya dah penah cite dah)

Makan

Ini hobi turun temurun. Jangan tanya kenapa.

Bercakap

Seramnya..sebab bila banyak cakap ni banyak salah,dosa,masuk neraka. Minta dijauhkan. Tapi mulut memang ringan sungguh. Lebih ringan dari tangan. Kalau sembang boleh berjam-jam dari malam sedar-sedar dah azan subuh.. Bila suka bercakap,perbendaharaan kata bertambah. Cubalah try..

Demikian tadi antara hobi aku yang sudah pun dikenal pasti. Nak berhobi memang mudah,tapi nak berhobi yang mendatangkan pahala dan faedah tidaklah mudah. Teringat kat Abuya..hobi beliau tunggu waktu solat. Harapnya aku segera dapat meng-list kan 'tunggu waktu solat' sebagai salah satu hobiku.. Amin..






Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...