Skip to main content

Luar biasa

Selepas skrip teater umrah,menyusul pula skrip terbaru iaitu Alfatehah. Maka kami pun kalut malut menyiapkan susun atur babak sebab Ummu hanya bagi matan skrip dan masa 5 hari untuk bersiap. Tenaga tambahan dari Jerash baru sampai 3 orang telah pun aku kerahkan untuk menyiapkan props yang diperlukan. Sponsor untuk baju belum ada,jadi teruslah reka sendiri kostum yang akan dipakai. Kedai kain India yang murah telah kami terokai untuk mencari material. Tugas mereka cipta koreografi dah aku serahkan pada Ema',Jiha dan Fairuz. Ajwad dan Adib pun aku minta usahakan juga walaupun tau depa tu sibuk dengan kerja-kerja yang dah sedia ada. Tapi memang macamnilah..siapa yang tak sibuk kan? Ummu yang sibuk sesibuknya pun sempat je buat skrip. Takde alasanlaa..

Inilah gambaran biasa bila baru dapat skrip untuk persembahan. Kita memang tak cukup tenaga profesional,kurang pengalaman,peralatan serba dhaif,sponsor tak ada. Tapi dalam keadaan inilah kita terus mengorak langkah. Kita cukup yakin betapa Tuhan mampu untuk lakukan keluar biasaan didalam kekurangan ini. Bukankah kita niatkan semua ini untuk Tuhan? Kita harap Tuhan yang akan buatkan demi sampainya mesej besar perihal AlFatehah kepada masyarakat. Teater umrah yang lepas pun rasanya lebih kurang je kami buat. Tapi kesan dan maklum balas yang diterima? Sungguh... Tuhan ada cara untuk membesarkan pengaruh agamanya.

Memang ada yang sering memandang remeh terhadap apa yang kita usahakan. Katanya tak profesional. Kerja macam kartun. Memang...nak capai taraf macam teater-teater yang disembahkan di Istana Budaya bukanlah mudah. Nak dapatkan kesempurnaan disetiap sudut pun macam mustahil. Untuk mencapai tahap itu,mereka hidup matinya hanya berteater. Memang itu kerjanya. Mereka punya waktu berbulan untuk latihan. Sedangkan kita hanya beri arahan dengan telefon. Disamping puluhan kerja lain yang mesti dibuat tapi masih menyempatkan diri untuk turut mengambil ruang dan peluang berjuang dibidang kebudayaan ini. Diatas semua itu,apa sebenarnya matlamat didalam berseni budaya ini? Bidang kita bisa sama,tapi tujuan yang membezakan. Kita tidak hanya berteater tapi turut mahu buktikan bahawa didalam bekerja,lebih-lebih lagi jika tujuannya ialah Tuhan,bukan sekadar hal lahir diperhatikan. Tapi yang jauh lebih besar ialah perhubungan hati dengan Tuhan disepanjang berkarya. Perkara ini jauh lebih susah untuk diusahakan berbanding hal teknikal yang digembar gemburkan. Hasil dari hati yang tak putus dengan Tuhan,semoga Tuhan lah yang akan merubah hati setiap yang menonton melalui mesej agung yang didapatkan.

Ok..kerja banyak ni. Blog rehat jap. Kalau sempat,adalah.. Mohon doa dari semua. Biarlah keberkesanan itu dimulai dari diri yang menyampaikan..
Keluarnya dari hati,moga turun ke hati..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...