Skip to main content

Kerana keluarga kecil itu..


Sudah jadi amalan sejak dulu,Abuya mengajarkan untuk berdoa dan berzikir selepas solat.
" Bila lagi kita hendak memohon pada Tuhan kalau bukan diwaktu sembahyang (dan selepasnya) " pesan Abuya pada kami. Jadi macam janggal sikit bila tengok orang lepas solat terus bangun tanpa sebarang doa atau zikir. Memang sembahyang pun sudah merupakan doa,tapi apa salahnya kita panjangkan sedikit masa lagi untuk dapat bercakap,memohon pada Tuhan. Lebih-lebih lagi kita tak patut merasa lega dengan sembahyang yang baru didirikan memandangkan kita tidak tahu apakah ianya diterima atau solat kita akan dicampakkan kembali ke muka. 
"Ini sajalah Tuhan yang dapat aku sembahkan..terlalu banyak kekurangan..tapi apakan daya..ini saja yang aku termampu.."

Kita sangat pasti bahawa sembahyang kita itu tiada nilainya untuk disembahkan kepada Tuhan. Kita sedar sebenarnya solat kita selalu hanya akan menambah dosa derhaka kepada Tuhan. Tapi kita ingin sekali agar ianya diterima walau terlalu banyak cacat cela. 

Selepas solat,Abuya ajarkan bacaan li khamsatun..
' Li khamsatun uthfi biha harrul waba'il khatamah al mustafa wal murtadho wabnahuma ma' fatimah ' 7x
( Padaku ada 5 penawar kepada segala penyakit iaitu mustafa murtadha dan kedua anaknya bersama Fatimah )

Satu bacaan yang dilagukan dengan irama yang indah. Kenapa kita mesti membacanya hingga diulang sebanyak 7 kali?

Membaca ayat ini kita akan dibawa melihat sebuah keluarga kecil yang hidup serba sederhana. Mereka hidup hanya untuk Tuhan dan tiada lain selainnya. Memiskinkan diri demi mengkayakan islam. Tidak tidur malam melainkan setelah tiada apa lagi yang disimpan dirumah. Semuanya diserahkan untuk Tuhan dan islam. Betapa Tuhan telah memuliakan mereka dengan dijadikan mereka itu penawar bagi segala penyakit. Mereka itulah Mustafa (Rasulullah),Murtadho (Saidina Ali),Wabnahuma (Hasan dan Husin) dan Saidatina Fatimah.

Dengan solat yang pincang,kita menumpang kebesaran keluarga kecil ini untuk sampai kita diteima. Kita ulangkan kata-kata pujian dan pengharapan pada keluarga mulia ini dengan harapan Tuhan turut memuliakan kita. Siapa yang berani katakan bahawa dia mampu selamat tanpa menumpang berkat dan syafaat? Sedangkan amalan kita didunia disepanjang usia pun takkan menyamai nikmat Tuhan walau hanya sebelah mata.

Yaallah..berkatilah kami sepertimana orang yang engkau berkati..
Selamatkanlah kami sepertimana orang yang engkau selamatkan..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....