Skip to main content

Perlunya untuk takut


Zaman sekarang ni bila berlaku macam-macam kes jenayah,masyarakat diminta untuk semakin berwaspada. Sentiasa berhati-hati pada bila-bila masa. Jangan mudah percaya dengan orang yang tak dikenali. Elakkan untuk berada ditempat yang sunyi dan gelap. Pastikan kita sentiasa siaga menghadapi apa jua kemungkinan yang tiba. 

Berbagai kempen keselamatan dilakukan untuk memastikan masyarakat sedar dan akan sentiasa berhati-hati. Diwaktu ini perlunya rasa takut itu dibawa kemana-mana untuk memastikan kita terhindar dari bahaya.

Itu hanya satu gambaran betapa kita sangat perlu untuk merasa takut demi keselamatan hidup kita didunia. Bagaimana pula dengan usaha untuk mengekalkan rasa takut dengan Tuhan bagi memastikan keselamatan kita diakhirat?

Tuhan jadikan manusia bersama unsur fizikal,akal,nafsu dan hati(roh) Kesemua unsur itu Tuhan gabungkan dan jadilah ia manusia. Tanpa salah satu unsur tersebut,maka manusia itu akan pincang. Dan setiap unsur itu perlulah seimbang,berada dalam kadarnya yang telah Tuhan tetapkan. Jika salah dalam mengukur kadar timbangannya,maka rosaklah manusia.

Dalam kehidupan yang sementara menuju kehidupan yang kekal diakhirat sana,perlunya kita untuk sentiasa merasa takut dengan Tuhan. Memang Tuhan mengisytiharkan dirinya sebagai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Memberikan segalanya untuk kita walau tanpa diminta. Mencurahkan kasih dan cinta sebesarnya lebih dari segala kasih yang ada didunia. Tenggelamlah kita dengan kasih sayang Tuhan yang tidak bertepi hingga kita jadi 'manja' dan berbuat diluar apa yang Tuhan mahu kerana merasakan Tuhan itu baik,pasti Dia akan selalu menyayangi kita. Kalau bersalah Dia akan ampunkan. 

Akhirnya kita lupa bahawa Tuhan itu juga Jabbar dan Qahhar. Dia memberikan segala-galanya TAPI semua perkara itu akan ditanya setiap detik,setiap hari dan setiap apa yang kita lakukan pasti akan disoal. Jika kita tersalah dalam bertindak,didunia lagi Tuhan sudah hitung dan menyiapkan hukuman. Didalam sembahyang,bila membaca fatehah Tuhan sebutkan Dia adalah maha pengasih dan penyayang namun Dia juga adalah Raja dihari pembalasan yang akan menyoal segala perbuatan. 

Mengenali Tuhan sebagai yang Maha Baik saja ternyata tidak cukup untuk kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Merasakan betapa Tuhan sangat mengasihi tanpa merasa Tuhan juga maha berkuasa akan membuatkan kita alpa. Sepertilah jika seorang anak yang cukup dimuakan oleh orangtuanya,dia akan tumbuh sebagai anak yang mengada-ada. Malah mungkin dia akhirnya akan menjadi anak derhaka. Tapi jika anak itu membesar dengan mengetahui bahawa ibu bapanya menyayanginya,tapi juga akan memarahi dan menghukumnya jika dia berbuat salah,itu pasti lebih baik untuk si anak tahu untuk bersikap selayaknya seorang anak terhadap orangtua.

Jadi..ambillah setiap ujian yang Tuhan datangkan itu sebagai satu sebab untuk kita beringat dan cukup merasa takut setakutnya dengan Tuhan. Tuhan boleh buat apa saja diluar dugaan kita. Sekelip mata Tuhan matikan ribuan manusia. Dengan bencana alam,kemalangan,pesawat terhempas,itu semua adalah hal yang sangat kita takuti tapi Tuhan sungguh mampu melakukannya. Bila Tuhan datangkan sakit,bersegeralah mengusahakan takut padanya,kalau-kalau dimatikannya kita tanpa kita bersedia. Jika tidak sakit pun Tuhan boleh saja datangkan segala bentuk kejadian yang cukup menakutkan. 

Kerana itu,mengapa kita merasakan hidup hanya penuh dengan keindahan? Kenapa kita bencikan kesusahan? Siapa kata jangan hidup dalam ketakutan? Sungguh..takutlah sebenarnya perasaan yang patut wujud dalam diri seorang hamba untuk sampai dia mampu kembali dengan selamat mengadap Tuhannya. Jika kita benar sudah menjadi hamba yang penuh dengan rasa takut disegenap lahir batinnya,nescaya Tuhan akan menghadiahkan keindahan yang hakiki dan abadi. Tapi jika kita hanya berusaha untuk bahagia didunia tanpa merasa takut dengan nasib diakhirat sana,ingatlah..neraka Allah menanti untuk membakar kita.. Lindungilah kami Yaallah..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...