Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KeCinTaanKu

Kembara Paris - Samara part 1

Jumaat - 27 September 2019 Angin musim luruh sesekali terasa sejuk menusuk tulang. Belum begitu dingin, tapi untuk mereka yang sudah terbiasa dengan cuaca panas lembap di Malaysia, agak terasa sejuk juga.  Hari ini akan bermula lagi kembara atau xpdc yang sudah menjadi program bagi GISBH di setiap beberapa bulan sekali. Musafir ini da’bus solihin. Resam orang-orang soleh. Pada kali ini, kembara silaturrahim ini akan bermula dari Paris, melewati Berlin, akan singgah di Warsaw, kemudiannya ke Riga, masuk ke Moscow dan terus ke Samara bagi mengikuti ekspo halal yang akan berlangsung pada 3 - 5 Oktober depan.  Luar biasanya kerana pada kali ini ianya dilancarkan serentak. Tuan Nasir selaku orang yang merancang dan menyusun xpdc ini telah mengatur semuanya dengan rapi. Ada team yang sedang mengikuti ekspo halal di Sarajevo, ada juga team yang terus terbang ke Moscow dari KL bagi persiapan awal. Manakala kami pula ialah team yang akan melalui jalan darat dari Paris ke...

Ramadhan bersama Pemimpin Hati

Salam Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah kian menuju ke penghujungnya. Aku pernah dengar orang cakap, tanda-tanda akhir zaman tu ialah bilamana masa dirasakan cepat sangat berlalu. Sebab dulu waktu aku sekolah rendah, nak tunggu cuti hujung tahun tu lama sangat. Jenuh tunggu. Tapi sekarang ni sedar-sedar je dah 2017. Rasanya baru je haritu 2015. Bila cepat masa berlalu, cepatlah juga umur meningkat. Tiba-tiba je dah 31 tahun. Rasa macam semalam baru je 18 tahun! Hmm.. Baru terfikir, apa yang aku dah perbuat dengan umurku di sepanjang 20an nya itu ye? Oh Tuhan.. Aku selama ni sebenarnya tak pernah fikir pun, tak pernah rasa besar pun nikmat berpemimpin. Hanya setelah benar-benar difahamkan oleh para pemimpin, lebih-lebih lagi pemimpin hati yang tugasnya mendidik hati, nak betulkan segala perjalanan hati, barulah nak belajar betapa mahalnya mendapatkan pemimpin dan pimpinan dalam hidup. Nak cari pemimpin yang boleh memimpin itu tak mudah, apatah lagi pemimpin yang boleh pimp...

Sayu.Pilu.Rindu Ramadhan

Salam 14 Ramadhan. Dah lama tak naik keretapi jalur Alor Setar - KL Sentral. Dan Allah rezekikan aku untuk menaikinya setelah kali terakhir berbuat demikian di saat harganya masih sekitar belasan ringgit dan kini harganya dah sama dengan tiket kapal terbang. Lamanya..  Merenung ke luar jendela, melihat pemandangan yang jarang dapat dinikmati. Pemandangan dari tingkap sebuah keretapi. Namun yang lebih besar dari itu, aku baru tersedar bahawa telah lebih 2 minggu Ramadhan berlalu meninggalkanku namun aku belum mengisinya dengan apa- apa. Hatiku masihlah seperti dulu. Ibadahku tanpa rasa. Puasaku biasa-biasa saja. Terawikh tidak pun menambah rasa hamba.  Oh Tuhan.. Di Ramadhan ini, oleh para pemimpin hati aku belajar lagi tentang keagungan bulanMu ini. Kau tawarkan pelbagai hadiah untuk si hamba dengan syarat mereka itu bertaqwa. Hadiah istimewa itu pula bukan calang-calang nilainya. Hadiah terbesar ialah mendapatkan keampunan Tuhan. Siapalah yang tidak mahu diampunkan? Den...

Ramadhanku

Ramadhan. Berpuluh tahun sudah Allah rezkikan aku menghadapi Ramadhan. Nikmat yang cukup besar. Tak terbilang. Lebih lagi tidak setimpal dengan apa yang sering aku persembahkan. Ramadhan kali ni sekali lagi aku menyambutnya jauh dari tanah air. Bukan hal yang tak biasa sejak tahun-tahun kebelakangan. Hal yang luar biasalah jika dapat berpuasa di Malaysia tercinta. Berada jauh di tanah inggeris,berpuasa untuk 19jam benar-benar memberi warna yang berbeza disudut rasa. Warna yang terlahir dek suasana lahir juga warna yang tercorak oleh suasana batin.  Oh Tuhan.. Acapkali Ramadhan disambut dengan amukan perasaan yang bercampur baur dan saling berlawan. Berlaku juga ujian-ujian besar dalam hidup di bulan suluk agung ini. Diatas semua itu,hal yang paling ditakuti ialah bilamana hati menyedari bahawa kejahatan selama ini nafsu lah puncanya memandangkan syaitan diikat kuat dineraka namun maksiat tetap berlaku jua.  Dapatkah sebulan penuh berkat ini memadam dosa sekian t...

Back to school part 2

Aku tulis lagi tentang salah satu kaedah Abuya didalam mendidik dan mengajar. Nak ulang lagi nih. Kisah Abuya mengajar tentang ilmu yang tinggi-tinggi tu dah semua faham. Dah semua tau tentang buku mengenal diri melalui rasa hati. Aku pun selalu jugak dah kongsikan disini. Tapi ini aku nak kisahkan bagaimana bentuk kami adik beradik belajar dengan Abuya dan mak-mak dirumah yang dah macam sekolah bahkan kadang-kadang lagi strict dari sekolah. Nak kongsi satu sisi lain dalam pendidikan oleh Abuya kepada kami. Moga-moga boleh jadi panduan untuk adik-adik dan anak-anak yang sedang dilatih menjadi pendidik ye. Banyak soalan tentang ni. Aku terpaksa jawab kat sini.  Orang selalu cakap yang kita ni macam tak belajar. Macam orang tak sekolah. Merata-rata. Muda-muda dah tunggu kat pasaraya kat kafe. Aku rasalah kan,kadang-kadang cara kita tu yang sebenarnya membuatkan orang merasa kita macam tak sekolah. Padahal Abuya Ummu adalah orang yang sangat menyekolahkan kita terutama kami anak-...

Sembahyangkah aku?

Apa agaknya yang berlaku pada hati para sahabat ketika sembahyang ye? Sampai bau hangit. Terbakar kerana takutkan Allah. Ada yang sejak dari ambil wudhu' lagi dah menggigil bahkan ada yang pengsan. Semua itu kerana didorong oleh perasaan takut yang teramat sangat kepada Tuhan. Apa pula yang berlaku pada hati aku waktu sembahyang? Bezanya perasaan yang dirasakan. Pening kepala,lebam mata menangisi diri yang belum mendapatkan rasa yang sepatutnya didapatkan oleh seorang hamba ketika bertemu Tuhan maha segalanya.  Aku tak bangga pun dengan sembahyang aku. Terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku. Dalam sembahyang fikiran haru biru. Perasaan tak menentu. Bukan kerana Tuhan.. Tapi kerana berjayanya syaitan dan nafsu. Tuhan.. Aku pun nak juga rasa-rasa tu. Kalau mati sebelum dapatkan sembahyang yang agung,malangnya.. Neraka.. Nauzubillah Rezekikanlah aku juga.. Kadang aku bertanya,aku sembahyang,jumpa Tuhan yang sama,tapi kenapa rasa jadi berbeza? Yang sebenarnya,be...

Menangislah!

Kali terakhir bawak kereta manual dengan jayanya ialah disaat ujian JPJ dan berjaya mendapatkan lesen! Setelah itu teruslah katakan tidak pada kereta manual yang meletihkan lagi mendebarkan. Sudahlah bawak yang auto pun sesekali debaran tetap ada,inikan pula terpaksa berfikir nak tekan minyak dulu atau nak angkat klash (ok ejaan) dulu atau tarik handbreak sepanjang waktu memandu. Tapi bila keadaan memaksa,maka kereta manual itu kembali (terpaksa) ku gagahi. Berdoa sehari sebelum,menjampi kunci kereta dan macam-macam upacara lagi yang dilakukan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar. Harini cuba lagi setelah percubaan haritu terberhenti dua kali terima kasih sebab klash (ejaan lagi) tinggi kena tekan minyak banyak-banyak rasa nak lari!! Alhamdulillah harini Allah izinkan lancar. Pemangkin untuk terus menjadi driver kereta manual insyallah.. Itulah aku dari dulu. Sering memilih jalan mudah untuk berjaya. Dari kecik begitu! Bila masuk kelas sekali dengan budak-budak pandai ma...

" Manalah aku tahu.. "

( Untuk adik-adik GH yang sedang berjuang menjayakan pendidikan di Puchong. Buat muraqib Puchong yang sedang didoakan agar bertambah cinta kepada islam. Kepada banat yang sedang sibuk dengan katering ) Mungkin berlaku pada kita. Atau sesiapa. Atau pada aku saja. Ada rangkap lagu yang akan terngiang dikepala sepanjang hari dan akan merubah keseluruhan mood kita pada hari itu. " Lahirnya ku telah mengisi Ramadhan tapi batinnya manalah ku tahu " Lirik lagu Ramadhan berlalu yang bakal dimuatkan dalam album Ramadhan Syawal oleh generasi harapan. Dengan alunan suara Fatim dan Mat walaupun sekadar demo ditambah garapan muzik oleh En Zai cukup membuat aku terbuai Aku betul-betul diganggu dengan satu kenyataan yang sederhana namun punyai sejuta makna.  Tiap hari manusia islam sedunia menunaikan ibadah kepada Tuhan. Secara lahirnya. Dan batinnya siapa yang tahu? Siapa yang ambil tahu?  Rasulullah beribadah bersama rasa tidak tahu itulah yang menyebabkan Baginda sanggup sembahyang hingg...

Mangsakah kita?

Aku mengambil sedikit masa untuk menuliskan entry ini demi mencari kata-kata yang tepat sebagai ingatan untuk diriku yang sering terlupa. Juga berdoa agar ianya turut boleh memberi manfaat kepada sesiapa. Jika tidak,kekallah ianya sebagai bahan renung dan menung disaat mencari jawapan kepada setiap persoalan. Untuk senang atau derita,itu adalah pilihan. Rasa bahagia dan sengsara itu letaknya dijiwa. Ada orang yang derita sekalipun 'bahagia' dan berlaku juga sebaliknya. Tuhan menciptakan setiap kejadian didunia bersama jutaan hikmah yang tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk menyikapi semuanya itu sebaiknya. Fitrah semulajadi sering dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Fitrah ingin disayangi,menyayangi,bahagia,ketawa dan lain-lain. Sedangkan fitrah yang utama itu juga ialah rasa ingin kepada Tuhan. Perasaan ingin kepada Tuhan itu pula tidak terhad kepada hal yang menggembirakan saja! Realiti hari ini didunia,orang bahagia tidak hanya kerana kaya,bahkan si kaya pun rama...

Aku tarik bagasi itu..

Penuh debar ku lihat kiri dan kanan Sesekali menoleh jam ditangan Berdoa tak putus,tak henti Moga redha Tuhan mengiringi Aku sembunyikan bahagia didalam hati Bimbang andai nafsu menguasai Takut jika Tuhan murkai Cemas kalau cinta Tuhan ku tolak tepi Aku tarik bagasi itu Sejuk tapak tanganku Bergetar kakiku Perasaan berkecamuk menyerang segenap tubuhku Tolong Tuhan jangan tinggalkan aku Tuhan lah yang telah berjanji Nikmat dan ujian silih berganti Aku bahagia dijalan ini Mengharap tidak ku dibiarkan sendiri Bagasi itu aku tarik lagi Aku dongak ke langit..bagai mengerti Segalanya yang bersarang dihati Ku mengorak langkah kaki Jalan yang sama aku tempuhi Sekalipun semua ini tidak aku kesalkan Bukankah semuanya hanya pinjaman? Tuhan jua lah yang menganugerahkan Dan selamanya ia kekal milik Tuhan..

28 : Antara hidup dan mati

Ulang tahun ke 28. Semakin tua. Tua. Makin dekat dengan kematian. Apa saja yang sudah aku siapkan? Kematian sepatutnya disiapkan sebaik saja kita dilahirkan. Kerana Tuhan menciptakan kehidupan itu ialah untuk kematian. Hanya kita yang sering melupakan. Abuya Ummu melahirkan aku bersama doa dan harapan agar aku menjadi manusia yang paling cerdik kerana terlalu banyak mengingati kematian. Bila kematian tidak pernah dilupakan,maka bertungkus lumuslah dibuat persiapan. Persiapan paling indah untuk bertemu Tuhan. Dan ayah ibu ku itu jugalah yang mengajarkan untuk mendapatkan kematian yang berjaya. Aku bahagia didetik pertama mengenangi saat penuh bermakna ini,aku dapat bersendirian bersama Tuhan yang telah mengizinkan aku lahir untuk kemudiannya aku mati.  Wahai Tuhan,apa perlunya aku membesarkan diri dihari lahirku ini? Walhal disaat ini ibuku sedang berperang diantara hidup dan mati. Sebaik saja Kau selamatkan aku untuk lahir kedunia,tak tergambar bagaimana kesyukuran yang ibuku panja...

MH370 : Sebuah misteri

- Orang kata hati wanita penuh misteri. Misteri yang sangat dalam tak tercapai. Mungkin juga sedalam Lautan Hindi? - Tragedi MH370 kini menambah satu lagi persoalan dibenak setiap orang yang secara serius memikirkan tentangnya. Benarkah pesawat malang itu telah berakhir dengan Lautan Hindi menjadi pusaranya? Sungguh ianya bagaikan sebuah misteri yang tidak sepenuhnya terungkai. Bagai ada sesuatu yang tersembunyi. Bagai ada yang belum disingkap. Jutaan hati yang setia menanti tidak semudah itu dipuaskan. Andai terhempas,dimana serpihannya? Kalau tenggelam,apa buktinya? Persoalan yang sedang ditanyakan dunia.. Ini satu sejarah. Walau pahit,ia kekal menjadi sejarah Malaysia. Akan dikenang,terus dicanang. Ini bukan pertama kalinya ia berlaku. Namun entah kenapa ianya bagaikan tidak pernah berlaku. Pelbagai teori,spekulasi disana sini. Namun jawapan yang tepat belum juga diketahui. Yang pasti,Tuhan sedang mempromosikan dirinya disaat ini. Hati manusia secara mendunia sekelip mata mengakui b...

Mencuba untuk setia

Dihujung hari sebelum lena dibuai mimpi,ada satu hakikat yang selalu aku hadapi. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang setia menanti. Menanti aku datang untuk menyerah diri sepenuh hati.. Sepanjang hari aku sibukkan diri kesana ke mari tiada bertepi. Hingga akhirnya terlupakan kepada kuasa yang mengizinkan aku berdiri bahkan berlari. Mengharap dan menuntun aku segera kembali kepada Dia yang sentiasa disisi.. Adakah percintaan yang bisa lebih aneh dari ini? Kesetiaan yang bertaraf maha yang dicurah disepanjang malam dan pagi. Bahkan tidak pula marah bila dikhianati.. Mengapa Tuhan itu mahu saja dicurangi berkali-kali? Teruslah mencintai kehinaan si hamba yang tidak sedarkan diri ini!  Aku boleh berhibur dengan segala bentuk hiburan yang ada didunia. Namun tika sunyi melanda,hanya Dia yang ada. Dia yang tidak pernah tiada. Selalu ada dimana-mana dan bila-bila.. Engkau tahu Tuhan betapa aku bencikan diriku yang belum mampu setia. Sekalipun terhadap Tuhan yang maha setia. Aku teruslah menda...