Skip to main content

Back to school part 2

Aku tulis lagi tentang salah satu kaedah Abuya didalam mendidik dan mengajar. Nak ulang lagi nih. Kisah Abuya mengajar tentang ilmu yang tinggi-tinggi tu dah semua faham. Dah semua tau tentang buku mengenal diri melalui rasa hati. Aku pun selalu jugak dah kongsikan disini. Tapi ini aku nak kisahkan bagaimana bentuk kami adik beradik belajar dengan Abuya dan mak-mak dirumah yang dah macam sekolah bahkan kadang-kadang lagi strict dari sekolah. Nak kongsi satu sisi lain dalam pendidikan oleh Abuya kepada kami. Moga-moga boleh jadi panduan untuk adik-adik dan anak-anak yang sedang dilatih menjadi pendidik ye. Banyak soalan tentang ni. Aku terpaksa jawab kat sini. 

Orang selalu cakap yang kita ni macam tak belajar. Macam orang tak sekolah. Merata-rata. Muda-muda dah tunggu kat pasaraya kat kafe. Aku rasalah kan,kadang-kadang cara kita tu yang sebenarnya membuatkan orang merasa kita macam tak sekolah. Padahal Abuya Ummu adalah orang yang sangat menyekolahkan kita terutama kami anak-anak ni hah. Janganlah korang tengok Abuya dulu bawak pergi xpdc boleh nyanyi-nyanyi je dalam kereta! Dalam kereta tulah macam-macam soalan dari UPSR sampai SPM keluar. Kalau balik je dari Jordan,dalam flight mulalah terkial-kial hafal itu ini sebab dah tau Abuya mesti tanya punya perkataan-perkataan arab. Aduii.. Ma makna mauj? Ma makna hamim? Ingat lagi soalan tu.. Nanti Abuya ambil kertas tulis sepotong ayat lepastu suruh terjemah. Berpeluh! Jangan main-main! Silap haribulan tak dapat sarapan! 

Belum cerita lagi macamana kami adik beradik menggigil tunggu giliran nak tunjuk report card. Waktu tulah ada yang nyorok belakang pintu,lari masuk tandas,sembelit semua ada. Terbayang lagi suasana tu. Segar lagi. Sapa yang ada merah siaplah! Abuya tak tengok sangat periksa nombor berapa,tapi peratus pelajaran mesti kena baik. Ingat lagi Abuya panggil aku tanya kenapa peratus menurun? Menurun satu peratus je waktu tu. Jenuh nak jawab. 

Ummu pulak dulu kalau bawak kami balik kampung jumpa tok,sila jangan bayangkan perjalanan itu seperti budak-budak nak jumpa nenek sambil lompat-lompat ye ye nak balik kampung! Tidak tidak! Diwaktu itulah Ummu akan cek satu-satu bacaan solat,dikala itulah akan ada pertandingan hafalan surah dan sebagainya. Hukuman berat seperti tak boleh makan tengahari sedia menanti bagi mereka yang main-main. Kau ingat kau cuti sekolah balik kampung sekolah pun tutup? Sekolah dengan Ummu lagi berat dari sekolah kebangsaan. Kak Fizah cerita kat aku macamana dulu bila tiap kali jumpa Ummu sesekali tu mesti akan tanya perkembangan pelajaran anak-anak. Kalau periksa ada yang tak lulus,siaplah! Bila aku kenang semuanya,teringatlah betapa ibu ayahku itu ialah pencinta ilmu. Dari ilmu itu nantinya di olah menjadi rasa. Macamana nak dapat rasa-rasa dalam sembahyang kalau ilmu tentangnya pun tak tau? Macamana kita nak mulakan sembahyang khusyuk kalau bacaan dan maknanya pun kita tak kuasai? 

Jadi bila sekarang aku tengok Adib budak buas lasak berpeluh main kuda pagi sampai malam manalah aku sangka yang fardhu ain nya boleh lulus. Tak jangka pun dia nak baca surah panjang-panjang bila jadi imam. Tak harap pun nak bincang ilmu dunia akhirat dengan dia. Tapi sebab cikgunya ialah Abuya Ummu,maka budak jelenguih macam Adib tu nampaknya boleh lulus. Ha jadi korang budak-budak kuda tu memanglah semangat nak jdi panglima,tapi doa qunut hafal tak tu? Makna dia hafal sekali ke idak? Nak jadi macam Abang Adib konon! Toharah pun tak selesai! Pergilah masuk sekolah balik! Kat kabin pun boleh sekolah! Jangan main phone je dik! Multi fungsi kan benda alah tu. Selain nak bersosial media,phone sekarang ni dah lebih dari buku. Quran pun ada. Pilihan ditangan kita. Nak bercandy crush setiap masa atau sebaliknya!

Maka sistem pendidikan yang kita lalui sekarang ini iaitu dengan adanya kelas rasmi (walaupun kelas bawah pokok,tepi laut) dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti atau khibrah setelahnya,sebenarnya itulah cara terbaik dan praktikal untuk melatih dan memaksimumkan fungsi fizikal akal dan roh. Tapi kadang kita terlupa. Kita kerja semaksimumnya tapi akal dan roh sampai terabai. Kita khibrah dikafe sampai masak dah level chef 5 star,tapi bila cek perkara yang asas sangat macam mengaji dan fardhu ain tu kita fail. Kita kan dah setuju untuk kekal menjadi pelajar. Memang kita akan belajar berbagai skill kemahiran,itu memang terbaik. Tapi ilmu asas mengenal Allah dan agama itu juga tersangat penting. Dan untuk menguasai serba sedikit ilmu dunia pula itu ialah bonus. Senang cerita,feqah tajwid tauhid tasawuf mesti kena lulus. Kalau boleh cemerlang dalam math BI sains itu rezeki. Yang penting,rasa ingin selalu belajar itu haruslah sentiasa wujud didalam hati.

Abuya dalam hal nak ajar aku jadi tukang masak sampai angkut aku redah pasar di Labuan kenalkan satu-satu jenis ikan. Jadi bila Abuya sebut je nak makan ikan tenggiri,terus aku dah tau bentuk macamana tenggiri itu. Bukan seperti ikan kembung mahupun sepat! Sebabnya sebelum itu setiap kali makan sedulang dengan Abuya seringkali terkulat-kulat bila Abuya tanya,ini ikan apa? Sedih! Dan disetiap pertemuan yang jarang-jarang itu juga Abuya akan tanya,apa capital untuk Rusia? Yangoon itu dimana? Afghanistan itu letaknya dibelahan dunia mana? Yaallah.. Manakan aku boleh terlupa semua soalan-soalan itu. Siapa menteri pendidikan Malaysia? Siapa menteri luar? Aku hanya darjah 6 dikala itu. 

Kalau subjek math,BI,sejarah,geografi pun Abuya sentuh,dah boleh bayangkanlah kan kalau subjek agama macamana? Korang janganlah main-main. Aku sedih sampai tak keluar airmata bila ada pelajar balik dari Mesir umur 19 tahun tak reti mengaji seolah tak pernah tengok quran. Korang buat apa kt sana tu? Sadis. Tapi katanya sangat pandai buat urusan itu ini. Apalah maknanya.. Itu yang aku tak senang duduk tiap kali nak senaraikan pelajar yang nak dihantar keluar negara. Risau hasilnya hanya boleh makan syawarma,boleh makzum,boleh ambil gambar share banyak-banyak kat group,instagram nak bagi semua orang jeles!

Sebab tu aku pesan kepada semua adik dan anak,tolonglah.. Walau dimana duduknya kalian. Dikafe? Stable? Pasaraya? Butik? Klinik? Tolong kekal bersekolah. Mak ayah kita pun sampai sekarang masih bersekolah! Kenapa yang kita baru anak 2 dah mengada-ngada taknak sekolah lepastu nak ajar anak nanti apa? Eh garangnya aku. Bukan garang.. Sedih. Bila kawan-kawan keluar negara,semua pakat nak follow. Niatnya macam nak belajar. Diluar negara boleh belajar macam-macam katanya. Eh! Selesaikan dulu hal yang asas. Tolong! Mempersiapkan diri untuk agama bangsa dan negara itu boleh dibuat dimana-mana saja! Yaallah.. Bukan.. Bukan nak suruh masuk UiTM ni! Ini cerita nak suruh belajar walaupun sorang-sorang walaupun kat tepi dapur tepi katil bawah selimut! Yang sekolah rendah sekolahlah cara sekolah rendah. Pergi sekolah elok-elok. Yang menengah rendah pun pulunlah menguasai pelbagai ilmu. Lepastu melangkahlah seterusnya ke sesi persekolahan yang lebih luas. InsyAllah kita akan dipandu dan dapat memberi imej yang terbaik atas nama universiti kehidupan yang dilagangkan oleh islam.

Moga-moga dapat sambung cerita tentang 'sekolah hati'..



Comments

adnanb said…
tksh atas perkongsiannya yg sangat berguna ini

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...