Back to school

Monday, May 11, 2015
Baiklah. Harini terasa nak menulis sesuatu menggunakan akal fikiran dan perasaan seperti seorang pelajar sepanjang masa dan seumur hidup. Ya sesekali akan berfikir dan berperasaan  seperti seorang tukang masak sepenuh masa bila kena masak buffet tiap-tiap minggu dan menerima tempahan kenduri kawin secara mengejut. Kadangkala seperti seorang mak bila nak tinggal anak-anak menangis sorang-sorang dalam kapal terbang sambil doa Oh Tuhan tolong jaga anak-anak aku! Berlaku juga bak kata Abbad bagaikan perilaku seorang nenek. Entah waktu bila! Tapi kalini marilah berbicara seperti seorang pelajar.

Okay. Yang lebih khususnya ialah seperti seorang pelajar sekolah. Atau pelajar universiti. Aku bercakap tentang menjadi seorang pelajar dengan skop yang kecil saja. Yang sempat dan bakal disentuh. Tanpa menafikan kewujudan skop yang lebih besar yang boleh kita diskusikan dimasa akan datang apabila Tuhan mengizinkan. Sebab kalau Tuhan tak izinkan,berjam-jam mengadap blog pun tetaplah tidak dapat mengupdate apapun!

Cerita ini mungkin cerita ulangan seperti saluran Astro yang kerap merepeat rancangan-rancangannya bagaikan tv yang ketiadaan bahan sila kontek Tv Ikhwan yang terlebih-lebih bahan! Sewaktu aku darjah 5 dan 6 disaat mata pelajaran bahasa inggeris berlangsung aku kerap kehairanan kenapa kawan-kawan aku mudah saja memahami bahasa penjajah itu sedangkan aku hanya mampu meninjau-meninjau ke buku mereka apa yang ditulisnya? Mendapat B dalam subjek english ketika UPSR adalah keajaiban. Harusnya aku mendapatkan D atau E kerana ditahun itu tiba-tiba format soalan untuk subjek english ditukar secara last minute sehinggakan aku terpaksa menulis karangan. Heh! Nak buat fill in the blank pun hampir juling mata meniru kawan semeja,inikan pula nak menulis essay yang sepenuhnya blank. Lebih senang nak buat essay waktu di Jamiah Balqa' sebab lecturer bagi tajuk awal-awal dan siap boleh hafal je karangan tu. Invironment tumbesaran aku tidak mendengar banyak bahasa inggeris. Memanglah tetamu omputih,wartawan CNN dan BBC kerap ke Sungai Penchala diwaktu itu tapi manalah sempat mereka membuat tuition english kepada kami. Maka aku teruslah menganggap ianya tidak penting. 

Hinggalah pada suatu hari Abuya menjerkahku sambil bertanya,kenapa kamu tak faham bahasa inggeris? Kenapa tak belajar? Diwaktu itu ada tamu dari Australia sedang bercakap dan bila Abuya tanya aku faham ke tidak,sudah tentulah sama sekali tidak! Dan disaat itu mulailah aku berfikir semula tentang bahasa itu. Hebat penangan jerkahan dan jegilan Abuya. Aku yang dulu bencikan english,tapi sedikit demi sedikit telah membuka hati untuknya. Aku cuba berjinak-jinak dan bersahabat baik dengan bahasa asing yang sempat aku prejudiskan itu. Aku nekad. Ha aku kalau dah nekad memang payah. Aku mulai mengumpul bahan-bahan bacaan english. Buku kecik,nota,novel,keratan akhbar,cerita pendek semuanya ku tekuni. Tapi ianya berlaku dengan begitu santai sekali. Bertahun-tahun juga lamanya.  Tidaklah aku dilihat mengusung buku kesana sini. Tapi aku pastikan akan menyempatkan diri menambah apa-apa yang berkaitan dengannya. Mulai membaca buku dan dah pandai nak buat garis bawah terhadap perkataan yang tidak difahami walaupun kadang-kadang garis bawah tu dari muka surat pertama sampai kulit yang terakhir tak termasuk perkataan kecil seperti is,yes,no,dan seangkatan. Entah bila entah macamana. Sedar-sedar je dah banyak yang difahami. Tiba-tiba je pandai berurusan dibank menggunakan bahasa inggeris. Boleh pula ketawa dengan jenaka-jenaka inggeris. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit tu memang sangat dirasakan. Walaupun sekarang belum bukit tapi tinggi sikitlah dari busut insyAllah. Allah buktikan pada aku melalui jerkahan Abuya bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kau tak payah bagi alasan tak pernah belajar english secara rasmi untuk tidak menguasai bahasa itu. Hairan. Ummu tak pernah belajar di Jordan tapi kenapa Ummu lebih menguasai terjemahan bacaan solat dan ayat-ayat quran lebih dari aku sendiri? Sampai sekarang terasa malu.. 

Jadi bila sekarang aku push adik-adik untuk belajar bahasa omputih ini,aku kongsikan bagaimana Abuya memberi pemangkin untuk aku gila-gila mendapatkannya. Tak banyak. Tapi tidaklah sampai akan tercengang bangang. Mudah-mudahan insyAllah tak kena tipu. Awatnya yang tak nak belajaq tu cek? Pelanggan omputih dok mai kat kafe hang nak mintak order pun kena suruh dia repeat sepuluh kali tak ke haru tu. Jadi tidak dapat tidak kena juga belajar!

Ini hal kecik. Kecik saja. Nak belajar bahasa inggeris yang kau takkan kena tanya pun dalam kubur. Lebih-lebih lagi untuk belajar tentang ilmu-ilmu yang berkait dengan Allah dan Rasul. Sudahlah memang nak kena belajar berlapis-lapis,maka mulakanlah semuanya dengan lapisan yang terawal yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat besar. Korang tak tau macamana Abuya Ummu push kami hafal bacaan solat beserta terjemahan satu persatu ayat! Disetiap malam raya berbuih mulut menghafal takbir raya. Bacaan terawih akan disemak satu-satu sambil dilatih terus jadi imam dan bilal. Abuya Ummu suruh juga hafal selain surah-surah lazim untuk persediaan menjadi imam yang berwibawa tidaklah hanya tahu baca qulhuwallah saja. Abuya Ummu nanti cakap,tengok Abang Lokman (Tuan Lokman) tu jadi imam sedap sangat. Masyaallah. Belum lagi beribu kali dihuraikan perkataan demi perkataan dari doa iftitah sampai tahiyat akhir. Ye. Abuya memang mengajar tentang hati. Tapi Abuya juga ialah seorang guru! Macam guru disekolah. Oh ya di surat beranak aku ditulis pekerjaan ayah ialah guru agama. Maka Abuya lah orangnya yang semak hafalan sifir aku sambil pegang hanger. Abuya jugaklah yang ajar fe'el madhi,mudhore' dan amar sampai aku boleh score subjek bahasa arab disetiap ujian. Abuya lah yang cek report card setiap habis exam. Abuya lah yang akan soal siasat aku kalau peratus pelajaran menurun! Abuya siap nak kawinkan aku diusia 14 tahun sebab selalu malas masuk kelas dan tak ambil exam. Abuya juga akan jadi orang pertama hulurkan tangan dan ucap tahniah bila aku dapat markah yang baik disekolah. 

Kita boleh saja tak masuk sekolah untuk dapat ilmu. Sekolah kita tanpa bangunan,tanpa meja dan tanpa kerusi. Di iphone ku ini penuh application kamus melayu english,arab english untuk aku terus belajar sekalipun 10 minit sebelum tidur disetiap membayang wajah Abuya dan Ummu. Aku ingin katakan betapa Universiti Kehidupan yang sudah dan sedang ku lewati ini telah membuatkan hati jadi cukup aktif bersama akal juga ikut ditajamkan. 
Maka wahai adik-adik dan anak-anak ku walau dimana kalian berada. Yang di Malaysia,di Pekan Baru,di Acheh,di Jordan dan dimana saja.. Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad. Tuntutlah ilmu sampai ke China. Yang dekat China tu sedang belajar betul-betul tak tu? Kerana kita ialah pelajar sepenuh masa. Kita tak pernah terlalu tua untuk belajar. Disaat menyemak kamus aku terasa bagaikan sedang bersiap menghadapi PMR. Eh rupanya dah nak 30 tahun usiaku. Tua. Tapi sentiasa ingin belajar akan membuatkan kita sentiasa awet muda. Eleh bila cakap awet muda terus nak install kamus english melayu kat phone kan? Itu jelah pemangkin korang! Hish! Dah pergi hafal sekali pelajaran tauhid feqah tajwid semua tu elok-elok! 

Okay terasa nak buat siri 2 lah. Doa tau!

6 comments:

ririt sendi said...

T.kasih kLah...huhuhu.dah mula bukak2 surah2 pendek dan perbaiki tajwid dan hafalan artinya mulai siang td. Tersambung rupanya...toloooong. tkasih atas semangatnya ..

Anonymous said...

Menunggu siri yg ke 2!...

Anonymous said...

Ilmu baru! Menunggu siri yg ke 2!...

Anonymous said...

Belajar

Allah's. said...

im waiting.. hehe :)

Anonymous said...

Salam, orang cina nanti berbondong-bondong nak peluk Islam, mereka bakal membantu meyemarakkan bara Islam, paling cikai pun jadi Asoib, ibu Khaulah nak tunggu sampai bila nak belajar Mandarin? Hendak seribu daya tidak seribu alasan.