Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Seorang Dia..

Dia..yang sering buatku bahagia. Yang sering buatku ketawa. Sering juga aku menangis kerananya.. Dia nun jauh disana. Namun dekat dijiwa. Hidup didalam setiap untaian doa.. Dia..anugerah berharga. Jambatan menuju Tuhannya. Bukan dimiliki,tapi dihargai.. Dia..yang sering mengetar jiwa. Dalam gembira mahu pun berduka. Diingati setiap masa.. Dia..yang sering ku buat kecewa. Bukan niatku,bukan menyengaja. Itulah kelemahanku yang paling ketara.. Dia yang tidak pernah tahu apa yang ada dihatiku. Dia yang jarang ku beritahu apa mahuku.. Dia dekat tapi jauh. Jauh tapi dekat. Moga Tuhan melimpahkan rahmat..

Segalanya bagiku..

Tuhan..aku datang. Aku datang bersama jutaan rahsia hatiku. Rahsiaku bukan rahsiaMu. Rahsiaku kerna aku sendiri tidak tahu. Engkaulah yg maha tahu. Aku bawakan rahsiaku ini padaMu agar kau akan bukakan pula rahsiaMu untukku. Tiada yang tahu mengenaiku sepertimana engkau mengenaliku. Tak seorang pun yang mendengarku seperti engkau sering mendengarku. Aku simpankan semuanya hanya untukMu. Kerna semua itu dariMu. Aku tidak pernah mau punya teman curhat. Kerana aku lebih percaya dgn engkau. Masalahku engkau yang punya. Jadi,biar engkau yang akan menyelesaikannya. Kadangkala terasa ingin berteriak untuk luahkan apa yang terpendam. Bukan kerna tak percaya bahawa engkau maha mendengar. Justeru kerana aku tahu hanya engkau yang mendengar. Tuhan..aku bahagia ketika bersedih. Kerna sedihku biasanya membawa aku dekat denganMu. Walau sakit,namun aku percaya engkau sedang sgt dekat,dan aku bahagia. Aku jarang mendapatkan pilihan yang aku mahukan. Aku sering kau hadapkan dengan dilema yang sukar. Na

Angin rindu di Eropah..

Diantara hal yg dapat memberi kepuasan didalam diri saya adalah menulis. Tapi kerana bukan mudah utk puas,maka bukan mudah jugalah utk menulis ;-) Entah kerana terlalu sibuk atau malas,saya sendiri kurang pasti. Yang pasti,dikeranakan keinginan menulis itu jarang-jarang bisa tersalur,maka akhirnya saya jadi bermain dengan kata-kata hanya didalam hati. Dan itu juga sebetulnya memberikan kebahagiaan.. Beberapa tahun kebelakangan ini adalah tahun-tahun yang banyak membawa saya terbang jauh dari tanahair tercinta. Selain Indonesia(akhirnya tulisan saya jadi berbaur indonesia),Australia dan kini di Eropah pula. Tuhan maha baik. Dia menguji saya dgn ujian yg kadang-kadang terasa begitu berat,namun setelah itu Dia memberi nikmat kepada saya hingga akhirnya saya melupakan ujian-ujian sebelumnya. Pergiliran antara ujian dan nikmat itu sangat dapat dirasai. Hanya belum ‘sangat’ disyukuri. Eropah..dari Perancis,ke Jerman,melewati Belgium,Belanda,UK dan insyaallah akan ke Turki. Perjalanan kali ke