Skip to main content

Angin rindu di Eropah..


Diantara hal yg dapat memberi kepuasan didalam diri saya adalah menulis. Tapi kerana bukan mudah utk puas,maka bukan mudah jugalah utk menulis ;-) Entah kerana terlalu sibuk atau malas,saya sendiri kurang pasti. Yang pasti,dikeranakan keinginan menulis itu jarang-jarang bisa tersalur,maka akhirnya saya jadi bermain dengan kata-kata hanya didalam hati. Dan itu juga sebetulnya memberikan kebahagiaan..

Beberapa tahun kebelakangan ini adalah tahun-tahun yang banyak membawa saya terbang jauh dari tanahair tercinta. Selain Indonesia(akhirnya tulisan saya jadi berbaur indonesia),Australia dan kini di Eropah pula. Tuhan maha baik. Dia menguji saya dgn ujian yg kadang-kadang terasa begitu berat,namun setelah itu Dia memberi nikmat kepada saya hingga akhirnya saya melupakan ujian-ujian sebelumnya. Pergiliran antara ujian dan nikmat itu sangat dapat dirasai. Hanya belum ‘sangat’ disyukuri.

Eropah..dari Perancis,ke Jerman,melewati Belgium,Belanda,UK dan insyaallah akan ke Turki. Perjalanan kali ke 3 buat saya(kecuali Turki-pertama kali) namun pengalamannya selalu berbeza. Ada satu hal yg dirasakan masih tetap sama ialah kelesuan yg ada pada negara dan rakyatnya. Jelas sekali manusia hidup tidak hanya memerlukan pembangunan lahir yg serba canggih dan moden,tetapi diatas itu semua mereka lebih memerlukan pembangunan hati yg hakikatnya tidak pernah dibina. Sayang..empayar yang sungguh-sungguh diusahakan pembangunannya itu akhirnya hanya mampu memberi kepuasan pada akal dan nafsu tanpa memikirkan hal yg terpenting iaitu hati. Hiduplah manusia didalam kekosongan,nafsi-nafsi. Apa yg ditulis oleh ayahanda saya didalam bukunya, ‘Barat diambang maut’ benar-benar terbukti didepan saya kini.

Disini saya menemukan perkumpulan manusia yg mencuba bertahan hidup dinegara yg kerap mencabar iman. Rasa ingin menemukan kebahagiaan sebenar yg merupakan fitrah semulajadi membuatkan mereka bersatu mencari cara agar dapat dipertahankan agama ini. Kerana itu saya tidak jemu berdoa agar Tuhan segera islamkan benua ini untuk manusia bisa hidup lagi didalam ketenangan.

Untuk rombongan kami kali ini,antara cabaran yg paling besar ialah perbezaan waktu yg sgt ketara. Bukan tidak pernah saya lalui ini pada kunjungan sebelum,namun kali ini terasa lebih berat dari biasanya. Waktu subuh sekitar 2.45pagi dan solat isya’ jam 11.30 malam membuatkan kami melewati siang yg lebih panjang. Waktu malam yg tersisa sedikit itulah yg mesti dibahagikan utk wirid,tidur dan solat malam. Untung kami hanya perlu sembahyang maghrib dan di jama'kan dgn Isya' (rukhsah buat mereka yg bermusafir) Jika tidak,berat jugalah. Kasihan juga mengenangkan kawan-kawan disini yg bakal menempuh bulan Ramadhan dalam wktu yg begini. Bayangkan kita harus berpuasa selama hampir 19 jam. Masyaallah..Mudah-mudahan Tuhan beri kekuatan.

Boleh kesana dan kemari merentasi sempadan negara-pasti ada yg berfikir " bestnya..seronoknya dpt jalan2 "
Saya percaya dgn keadilan Tuhan terhadap semua hamba-hambanya. Seronok,senang,bahagia itu dihati. Ada org yg kita lihat mereka berada ditempat yg sungguh indah. Tapi apakah kita tahu apa yg ada dalam hatinya? Mungkin saja dia sedang berhadapan dgn masalah yg kita sendiri takkan sanggup utk melaluinya. Ada juga org yg secara lahirnya dilihat menderita. Namun,tidak jarang yg mampu bahagia didalam derita. Itulah kasih sayang Tuhan yg maha luas. Diciptakan berbagai keadaan agar kita hambaNya akan mampu melihat sesuatu keadaan dari pelbagai pandangan utk mendatangkan rasa kesyukuran. Saya antara org yg mudah ketawa,gemar berjenaka dan diberi kelebihan mampu menyembunyikan seribu duka disebalik tawa :-) Hanya ingin org lain turut merasa bahagia.

Eropah kali ini merakam satu peristiwa besar yg tak mungkin mampu dilupakan. Ditengah kesibukan expo islam di Lyon,Perancis yg mana kami diundang membuat persembahan,kami dikejutkan Tuhan dgn satu berita yg sgt menggegarkan. Kembalinya ayahanda yg tercinta.. Hanya Tuhan yg tahu bagaimana perasaannya bila terpaksa meneruskan persembahan dalam keadaan hati yg tidak keruan. Hati meronta-ronta ingin pulang melihat ayahanda dan keluarga. Namun,Tuhan maha mengatur. Kami harus meneruskan perjuangan disini. Pemergian ayahanda harusnya menjadi satu pemangkin utk perjuangan ini tetap diteruskan. Segala jejak ayahanda disni akan kami susuri. Semangat dan jiwa perjuangannya terasa dekat mengiringi. Semoga keajaiban terus berlaku..

Jarak antara benua yg begitu jauh memisahkan terasa dekat dgn perhubungan hati yg tiada henti. Begitulah sejak kecil saya diajar ayahanda agar pandai mengaktifkan hati agar perhubungan tidak terbatasi. Kebiasaan berjauhan dgn ibubapa,keluarga,teman-teman bahkan negara melatih saya untuk percaya bahawa kita bukan hanya mampu dihubungkan dgn teknologi terkini,tapi Tuhan juga telah menyiapkan satu teknologi yg jauh lebih canggih dari itu iaitu teknologi ruh. Peranan terbesar teknologi ruh ini ialah telah menghubungkan hamba dgn Tuhannya,Nabi dgn ummatnya dan seterusnya. Tapi sayang..tidak ramai yg mengetahui tentangnya. Sedangkan dia ialah sumber kekuatan bg setiap insan. Mana mungkin kita akan terselamat jika hati kita tidak mampu dihubungkan dgn Tuhan dan Rasul. Terima kasih ayahanda yg telah mengenalkan kami anak-anaknya dgn cerita-cerita begini sedari kecil lagi. Kisah para nabi dan rasul,wali-wali,org soleh terdahulu yg mencorak pemikiran kami bahawa kehidupan ini tidak hanya terhad pada hal yg bisa dilihat dgn mata,tapi ia jauh lebih luas dari itu. Ada kehidupan yg tidak mampu mata kita melihat,namun kewujudannya justeru lebih besar dan jauh lebih membangun. Pelik,tapi benar. Lebih selamat mempercayainya dari menolaknya.

Demikianlah satu perjalanan yg sungguh bererti jika kita benar-benar tahu mengertikannya. Jika tidak ia hanya akan menjadi sesuatu yg bersifat biasa padahal ia boleh menjadi luar biasa. Doa saya tidak berhenti agar Tuhan sentiasa memandu hati untuk selamat ke akhir nanti.

Buat semua yg ditinggalkan,mohon didoakan kami yg jauh diperantauan. Biarlah keberadaan kami disini dapat memberi manfaat dan kepulangan kami nanti akan membawa kekuatan untuk islam dan kebangkitannya. Aminn..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...