Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

MH370 : Sebuah misteri

- Orang kata hati wanita penuh misteri. Misteri yang sangat dalam tak tercapai. Mungkin juga sedalam Lautan Hindi? - Tragedi MH370 kini menambah satu lagi persoalan dibenak setiap orang yang secara serius memikirkan tentangnya. Benarkah pesawat malang itu telah berakhir dengan Lautan Hindi menjadi pusaranya? Sungguh ianya bagaikan sebuah misteri yang tidak sepenuhnya terungkai. Bagai ada sesuatu yang tersembunyi. Bagai ada yang belum disingkap. Jutaan hati yang setia menanti tidak semudah itu dipuaskan. Andai terhempas,dimana serpihannya? Kalau tenggelam,apa buktinya? Persoalan yang sedang ditanyakan dunia.. Ini satu sejarah. Walau pahit,ia kekal menjadi sejarah Malaysia. Akan dikenang,terus dicanang. Ini bukan pertama kalinya ia berlaku. Namun entah kenapa ianya bagaikan tidak pernah berlaku. Pelbagai teori,spekulasi disana sini. Namun jawapan yang tepat belum juga diketahui. Yang pasti,Tuhan sedang mempromosikan dirinya disaat ini. Hati manusia secara mendunia sekelip mata mengakui b

Mencuba untuk setia

Dihujung hari sebelum lena dibuai mimpi,ada satu hakikat yang selalu aku hadapi. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang setia menanti. Menanti aku datang untuk menyerah diri sepenuh hati.. Sepanjang hari aku sibukkan diri kesana ke mari tiada bertepi. Hingga akhirnya terlupakan kepada kuasa yang mengizinkan aku berdiri bahkan berlari. Mengharap dan menuntun aku segera kembali kepada Dia yang sentiasa disisi.. Adakah percintaan yang bisa lebih aneh dari ini? Kesetiaan yang bertaraf maha yang dicurah disepanjang malam dan pagi. Bahkan tidak pula marah bila dikhianati.. Mengapa Tuhan itu mahu saja dicurangi berkali-kali? Teruslah mencintai kehinaan si hamba yang tidak sedarkan diri ini!  Aku boleh berhibur dengan segala bentuk hiburan yang ada didunia. Namun tika sunyi melanda,hanya Dia yang ada. Dia yang tidak pernah tiada. Selalu ada dimana-mana dan bila-bila.. Engkau tahu Tuhan betapa aku bencikan diriku yang belum mampu setia. Sekalipun terhadap Tuhan yang maha setia. Aku teruslah mendamba

Kuasa sebuah doa!

Hadiah buat adikku-Kakak Mubarokah sempena hari lahirnya 4/3,boleh kongsi-kongsi dengan Cikgu ditanggal yang sama dan share jugak dengan seluruh team GH Utara. Kuasa sebuah doa! Doa boleh mengubah takdir. Demikian kata-kata yang pernah aku dengar dari dulu lagi. Namun jujur saja sebelumnya aku bukanlah orang yang percaya dengan kuasa doa. Aku tahu doa adalah senjata,namun usaha haruslah dilakukan juga. Bahkan aku sebenarnya sering melebihkan usaha berbanding doa. Padahal aku dilahirkan oleh ibu dan ayah yang benar-benar menjadikan doa ialah kekuatan utama. Tuhanlah yang akhirnya merubah perasaanku tentang doa itu. Berkat didikan dan asakan Abuya dan Ummu yang sering mengingatkan betapa kita tiada apa-apa jika tanpa doa yang dipanjatkan kepada Tuhan maha segala-galanya. Usaha lahir sebagai syariat itu sudah tentulah dilakukan semaksimum yang bisa. Namun penentunya adalah doa. Kalau kita mendapat kejayaan tanpa berdoa,takut-takut kita merasakan kejayaan itu milik kita! Bahaya! Berdoa ada

MH370 : The flight that never arrived

Bagi pengidap penyakit gayat melampau seperti aku,saat take off dan landingnya pesawat yang dinaiki setiap kali bagaikan mimpi ngeri. Mata pejam,tangan menggenggam kerusi,hati berdoa tiada henti. Setiap kali terasa malas mendengar taklimat keselamatan oleh pramugari,aku akan gagahkan juga dek kerana terbayang kalau-kalau kecemasan terjadi nanti. Dan bila keluar dari pesawat dengan selamat maka aku hela nafas panjang bagaikan baru terlepas dari mati.  Ternyata aku tidak sendiri merasakan hal ini. Membaca pengalaman dan perasaan krew penerbangan yang pergi kerja setiap hari tanpa tahu apakah mereka akan kembali menambah berat debaran dihati. Menaiki pesawat bererti terputuslah hubungan dengan bumi bagi penumpang biasa seperti kita. Kita tinggi nun jauh diudara,sedang yang dibumi menanti penuh setia. Bayangkan saja bilamana yang setia dinanti belum juga kunjung tiba. Hilang entah kemana. Aku bukanlah selalu sangat pun naik kapal terbang. Nak kata suka pun tidak. Cuma memanglah sensasi dih