Jumaat - 27 September 2019 Angin musim luruh sesekali terasa sejuk menusuk tulang. Belum begitu dingin, tapi untuk mereka yang sudah terbiasa dengan cuaca panas lembap di Malaysia, agak terasa sejuk juga. Hari ini akan bermula lagi kembara atau xpdc yang sudah menjadi program bagi GISBH di setiap beberapa bulan sekali. Musafir ini da’bus solihin. Resam orang-orang soleh. Pada kali ini, kembara silaturrahim ini akan bermula dari Paris, melewati Berlin, akan singgah di Warsaw, kemudiannya ke Riga, masuk ke Moscow dan terus ke Samara bagi mengikuti ekspo halal yang akan berlangsung pada 3 - 5 Oktober depan. Luar biasanya kerana pada kali ini ianya dilancarkan serentak. Tuan Nasir selaku orang yang merancang dan menyusun xpdc ini telah mengatur semuanya dengan rapi. Ada team yang sedang mengikuti ekspo halal di Sarajevo, ada juga team yang terus terbang ke Moscow dari KL bagi persiapan awal. Manakala kami pula ialah team yang akan melalui jalan darat dari Paris ke...