Pantai Timur kami datang!!

Sunday, July 21, 2013
Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu.
" Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH "
Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi,
" Ummu,kami ada 4orang je "
Berdebar tunggu keputusan. Dub dub.
" Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. "
Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi sangkaan manusia. Tuhan telah rezkikan hal yang jarang direzkikan terutamanya untuk aku lah iaitu dapat ke kawasan Pantai Timur Malaysia. Selalunya port kami ni KL-Utara je. Nak dapat sampai ke Pahang,Kelantan,Terengganu tu macam beberapa tahun sekali jelah. Terima kasih Tuhan.. Rezeki Ramadhan. 

Asalnya kami semua kena ke Medan,Indonesia tapi Ummu ubah plan last minute. Sebahagian kena tinggal kat Malaysia nih! Aku yang memang dari awal berhalangan untuk ke Medan ni ingat aku naklah pergi puasa kat rumah sesapa. Tapi dah Ummu atur sebahagian lagi juga harus tinggal,maka beginilah jadinya. Yang di Indon dan Malaysia sama-sama kena show. Huhu.. Baru bajet nak kurangkan aktiviti nyanyian dibulan Ramadhan ini (ayat standard artis Malaysia). Kami 4 ketol ni tinggal dengan Mat Utbah (anak sedara) yang takde pasport dan juga Musab yang juga ada masalah pasport. Rupanya masalah itu adalah hikmah. Kalau tak,sapela yang nak menari lagu aladiyat? Tak lupa juga kepada manager baru GH iaitu saudara Oman Saiful yang sekarang sedang giat menjual cd ke merata tempat. Tenkiu Bff!

Pantai Timur... Kami datang! Pantai Timur tak heran pun sapa nak datang pun! Lepas subuh kami dah tercongok depan rumah tunggu Mat Mokhtar ambil naik alphard. Hidup kami memang dipenuhi dengan Mat. Ada Mat solo,Mat domer,Mat utbah,Mat Mokhtar,Mat fadhlul,Mat syater dan juga Mat'am. Mat'am tu kira mat jugakla kan. Dari Rawang kami meluncur ke Petronas mana tah untuk tunggu Lexus dan Vellfire konvoi sekali. 

Destinasi 1
Tengah sedap tidur tiba-tiba sedar je kereta berhenti depan premis yang ada signboard Ikhwan. Aku kat mana ni? Oh.. Temerloh rupanya. Tengok dari dalam kete jelah. Tak larat turun! Adib yang tadinya naik Lexus terus menerpa kearah kami sambil menceritakan pengalaman kelakarnya kena buat kuliah untuk 4orang pelajar nakal kecil-kecilan yang Ummu gagah angkut dari Puchong untuk dibawa ke Batu 12. Tak tahan gelak dengar cerita depa tu. Ala.. aku dulu nakal lagi teruk!
Ummu memang gemar mengangkut orang dari negeri ni pindah ke negeri tu. Sikit pun Ummu tak rasa sayang nak kongsi Lexus baru tu dengan sesiapa. Islam punya,kata Ummu. Sorang budak tu siap boleh muntah lagi dalam Lexus. Hehe.. 

Destinasi 2
Tengah sedap tidur lagi tetiba kenderaan memasuki kawasan perkampungan. Kat mana pulak lagi ni? Batu 12.. Selalu dengar nama tu tapi nilah festaim dapat singgah. Macam perkampungan Arqam. Sungguh bernostalgia. Cantik jugak. Ummu tak turun,kami pulak yang turun. Ha pelajar 4orang tu pun turun dan selamat sampai ke asrama baru mereka. Selamat berjuang korang! Jangan nakal sangat nanti Ummu pindahkan lagi baru tau! Sekejap je singgah lepastu jalan lagi.


Destinasi 3
Tengah tidur lagi. Boleh bayang tak bagaimana sukanya aku terhadap tidur dalam kereta? Selama ni jadi drebar je. Bila dapat jadi penumpang dan membiarkan Mat mokhtar tahan ngantuk sorang-sorang,nikmatnyalah haii.. Kalau kat rumah boleh tidur 8jam sehari. Kalau naik kereta,aku boleh up tidur sampai 16jam sehari. Ok. Dengarnya nak Kemaman. Tunggu punya tunggu dah tidur berapa kali tak sampai-sampai jugak. Katanya sejam dua je. Ni dah berapa jam? Rupanya direct ke Kuala Terengganu. Aku bukan tak kesian Mat drive sorang-sorang tapi pasal aku ni malas betullah kena drive kat jalan kampung macamni. Tulah yang aku lemah sangat area Pantai Timur ni pasal highway dia sekerat je. Bukanlah aku gian sangat nak drift kat highway dan tak sabar nak kena saman,tapi sebab kalau jalan kampung ni memang lecehla. Line dahla kadang tu satu je. Buatnya depan tu ada lori gedabak gile jalan macam siput,dah jenuh nak kena potong. Kadang tu kat double line pun potong jugak! Tak tau ke yang aku ni penakut gile nak potong jenis kena intai-intai ada tak kereta datang dari depan ni? Waaaa... Silap haribulan aku sanggup follow je belakang lori sampai raya karang! Nasib baik driver-driver ni terer gila. Bolehlah aku tidur nyenyak. Buatnya dapat driver amatur,potong pun gegar-gegar,memang tak dapat tidurlah gamaknye!
Sampai je KT,dibawa kerumah tamu yang terletak betul-betul ditepi laut. Heh! Kalau kau ikut pakej bulan madu amek hotel tepi laut berapa kau kena bayar? Ini Tuhan bagi free je tau! Tolong bersyukur sikit.. Terima kasih Tuhan. Aku memang suka tengok laut walaupun tak suka mandi laut. Abuya pun tak galakkan sangat mandi laut ni pasal macam bahaya kot. Bangun pagi jenguk kat beranda nampak laut. Lepastu tak nak bagi tidur lepas subuh,kami pun menapaklah ke persisiran pantai. Sunyi takde orang. Nikmat mana yang hendak ku dustakan? Tapi tak sempat makan losong ke keropok lekor ke. Tak rezkilah tu. Kat KT ni sempat show sekali depan Beriyani House. Show kecil-kecilan. Kamilah nasyid,kamilah yang jaga PA. Pentas dia comel je. Moga-moga walaupun show simple,tapi diharapkan dapat mengukir senyum dihati orang Terengganu yang banyak berjasa terutama Syekh Pakcik dan Cik Baya. Jumpa lagi bila-bila insyAllah.







Destinasi 4
Aku kena amek turn naik Lexus pulak. Ambil berkat naik kereta baru GISB. Kami meluncur menuju Kelantan negeri Ummi. Beberapa jam kemudian kenderaan memasuki Lorong Tg Abdullah. Dasyat gak Tokku. Siap ada nama lorong lagi. Lepasni aku nak bubuh kat rumah tok tu Lorong Embun Awang. Ewaah..  Terus je nampak kelibat Ummi senyum tunggu depan pintu. Jumpa Ummi,jumpa Tokku. Alhamdulillah... Sampai je rumah Abuya di Panji ni teruja sebentar aku tengok ada dapur semua. Ha bolehlah masak. Bincang-bincang,depa nak mansaf. Solat zohor,terus ke Mydin untuk beli barang sikit. Kat Kelantan ni naik dengan Ajwad pulak. Ajwad Kelantan namanya. Mydin sesak macam kat Mekah! Rasa nak marah! Nasib baiklah sempat berkejar semula kerumah untuk masak juadah.  Yang paling best di Kelantan ni dah tentulah nasi air. Kalau ikut nafsu,aku boleh pergi ke 5mangkuk sekali hadap. Tapi kalau ikut rasa hati,hanya 3 mangkuk yang dibenarkan. Dengan ikan stim,telur pindang,ikan bilis,kangkung,udang,ikan masin,telur masin.. Sape tahan? Besarnya nikmat Tuhan. Aku selalu cakap kat adik-adik,apa jasa kita untuk layak hadap semua ni? Takde jasa sikit pun. Tuhan bagi free je. Macamlah Tuhan bagi nafas.. Free je. Tapi kita dengan Tuhan bukan heran pun! Buat tak tau je! Sedihlah macamni..
Tuhan bagi pulak peluang ke Gong Kulim untuk hiburkan kawan-kawan disana. Tak taulah mereka terhibur atau tak. Mudah-mudahan.. Niat hiburkan orang,moga Tuhan hiburkan dengan beri kabar gembira untuk islam. Kepada Syekh Tash dan team diucapkan alfu syukran...!





Destinasi 5
Kuantan,Pahang. Katanya ada show besar. Aduii.. Kami dahlah melenggang dari KL ni. Baju show apa semua tak bawak. Show kecik-kecik takpelah pakai baju kelawar pun! Show besar takkan nak buat hal! Teruslah korek-korek baju yang ada. Sampai je nampak pentas besar tersergam. Cemas.. Dahlah semua rasa macam tak berapa nak sihat. Konon penat! Apalah nak jadi malam ni? Lepas terawih,aku muntah sebanyaknya. Angin ke hape! Dalam hati dah rasa memang suara tak keluarlah malam ni. Tengok depa semua pun macam letih je. Tawakal! Pentas ok,PA ok,kami pulak yang tak ok. Minta maaflah pada semua warga Kuantan atas kelemahan. Dosalah ni. Lalai.. Memang saja Tuhan nak bagi rasa hamba. Rasa tak mampu. Letih sikit,penat sikit dah hilang semua. Apa yang kau ada? Kalau Tuhan tak bagi,jangankan nak nasyid,nak berdehem pun tak boleh tau?! Ampun Tuhan... Dah selekeh tu tapi Tuhan bagi jugak macam-macam nikmat. Dapat makan cheesecake,tiramisu.. Dapat kerang bakar.. Terima kasih Syafik dengan Nuy atas susah payah. Terima kasih juga pada Remaja Harapan. Power Rangers ah korang! Moga Allah membalasi kalian dengan menambahkan iman. Dan kredit ditujukan kepada semua yang terlibat menjayakan..






Destinasi 6
Moga Tuhan lancarkan.. Tolong doakan.. Update kemudian ye.. 

Tuhan.. Dengan musafir ini tolong jadikan hati kami bertambah dekat denganMu. Melihat alam ciptaanMu,meraih nikmat-nikmatMu,moga hati tambah tersungkur dengan kebesaranMu. Wahai Tuhan yang telah menjadikan kami berjalan didaratan dan belayar dilautan... 


P/s Nak minta tolong korang boleh? Boleh? Bolehla.. Bagi sesiapa yang dah pun dapatkan album Pembela Alquran,boleh ke tinggalkan komen disini mahupun di bbm (bagi siapa yang ada),di email khaulah86@yahoo.com atau jumpa empat mata ke.. Berilah komen yang membina moga dimasa akan datang kami akan buat yang lebih baik lagi atas nama Allah,Rasul dan islam.. Syukran.

19 comments:

cahayasyurgadunia said...

alhamdulillah dpt juga bertemu dgn GH smlm..:)

cahaya daulah said...

Bestnyer pengalaman tu sume...x sabar nak dptkan album Pembela Al Qur'an..

Anonymous said...

Album Pembela Quran mmg terbaeekkk la :) rugi spe yg x bli lg,

Anonymous said...

Mana gambar show dikelantan,ikan stim tu restoran apa

noor fazira said...

waw,best nye,..boleh x akak buat show dan berdakwah kat kuching sarawak pulak..?adik teringin sangat nk tengok akak secara live.lagipun ramai remaja kat sarawak ni dah hanyut dengan cinta dunia ni...harap maaf kpda sesiapa yang terasa...sya hanya bagi pndptn sya je,,

Khaulah bt Hj Asaari said...

Restoran manisnya madu

Khaulah bt Hj Asaari said...

Srwk menyusul insyAllahh

Anonymous said...

Bez ar k.0lah.. Pleng bez al-zzlzlah., al-'adiyat n intr0.. Huhu~ allz the bez.. ^_^

mammamia said...

Tk GH u'll mmg superb! Dpt rasakn keikhlasan u'll show..n'then most important..terasa kehebatan Islam y A lagangkn melalui drh dagingnya berkat BWUJ AR..smoga u'll terus dberi kekuatan dr semua sudut utk berjuang n'utk menambah keyakinann kgigihan dlm melayari bahtera perjuangan ini..nk tnya sape rekacipta tari u'll y cemerlang tu..melopong kau! Tgk u'll pnya energi...tk!

Zai LeTour said...

Salams ukhti. Ade emel dr smlm brbrapa kali tk reply. Mhngkin tk dpt ya.

Salam muhibbah dr Singapura

Pls watsapp me ukhti khaula n how tu dptkn album tu kt sini
(65) 9059 4511

Or email
gogreenambassador@gmail.com

Zainab
SG

Anonymous said...

Syukran kepada Kak Olah dan team yg buat Show di Temerloh malam tadi..terhibur sangat kerana Generasi Harapan sudi datang ke Temerloh..Maaf dari kami warga Temerloh atas layanan kurang memuaskan..

Anonymous said...

Xsudi ke update t'loh pnye story..huhu:(

Anonymous said...

Hoho..bace destinasi 4 time puase ni..memang tergugat iman..rase mcm nk jilat je skrin bb ni..hoho..

Khaulah bt Hj Asaari said...

Wooitt

Anonymous said...

Kak Olah, show di kelantan di mana ya?

Anonymous said...

Best..tp ade yg rentak slow..

Anonymous said...

Standrd la dlm 1 album tu klu ade lagu slow,,xkan nak rentak pecah telinga sume,,alahai!

uwais al-qarni mujahid said...

terima kasih kak khaulah.,, moga gh berjaya memperjuangkan "pembela al-quran" alhamdulillah mesej yang gh berikan sampai dipihak kami... alhamdulillah,allahuakhbar!!!!!!!!!!!!

uwais al-qarni mujahid said...

terima kasih gh