Skip to main content

Ya Ummad dunya..

Mesir Ummud dunya. Ibu dunia. Disebut negara tertua didunia. Banyaknya sejarah yang telah tercatat disana. Sejarah pejuang kebenaran juga sejarah penderhaka. 

Aku belum pernah menjejaki Mesir. Hanya berpeluang transit beberapa kali diairportnya. Namun berpengalaman hidup ditengah orang-orang Mesir yang datang ke Jordan mencari rezeki. Jadi cukup tau tentang Mesir dan orangnya. Orang Mesir ni memang merata merantau ke seluruh dunia. Di tengah-tengah kota New York,Manhattan,disekitar Times Square,banyak didapati gerai-gerai kecil menjual makanan halal. Oleh orang Mesir. Sempat juga beberapa orang Mesir bekerja di mat'am Qasr Lubnan di Jerash tu. Segala kekalutan yang berlaku di Mesir itulah lambang watak sebenar mereka.

Ada satu lagu tentang Mesir yang menjadi kegemaran aku..

Ana masri wa buya masri..
Bisamari o louni masri..
Kulli masrallah 3aleik..

Sejak dulu lagi Abuya dan perjuangannya sudah wujud di Mesir. Tidak sedikit pelajar yang dihantar berjuang disana. Berlaku juga 40orang sampai dipenjara. 

Apa yang berlaku pada Mesir adalah satu lagi bukti besar betapa dunia sangat memerlukan penyelamat. Seorang pemimpin pilihan Tuhan,bukan lagi pilihan manusia. Presiden Morsi itu walhal rakyatlah yang telah memilihnya namun hanya setahun saja berkuasa,rakyat tidak lagi menginginkannya. Hakikatnya manusia kini tidak lagi tau apa yang dimahukannya. Mereka bagaikan orang kehausan yang diberi air laut untuk menghilang dahaga. Tidak akan pernah lega. Teruslah mencari disini dan disana.

Banyaknya yang terkorban demi mewujudkan Mesir yang sejahtera. Namun tetap saja tidak bertemu penyelesaiannya. Siapa yang dapat menjamin Mesir setelah ini akan kembali berbahagia? Selagi bukan Tuhan yang menjadi rujukan,tunggulah kebinasaan.

Fenomena sebegini sedang kita saksikan tidak saja di Mesir malah dibanyak tempat didunia. Mana ada keamanan,mana ada ketenangan. Manusia bertukar menjadi haiwan. Menerkam bagai singa kelaparan.

Negara Malaysia ini sekalipun,yang dianggap setengah orang sebagai negara paling aman,realitinya kita sedang saksikan. Saban hari kisah-kisah ngeri dipaparkan. Pembunuhan,buang bayi,rompakan,kemalangan.. Oh Tuhan.. 

Moga Tuhan segera datangkan pemimpin yang akan melenyapkan segala derita. Mewujudkan kembali dunia yang penuh warna. Mengembalikan Tuhan ke hati manusia. Agar Allah Rasul kembali dicinta. Demi keselamatan hidup didua negara.. 




Comments

Ibnu Fansuri said…
Assalamualaikum ibu, maaf zahir batin, saya nak tanya kenapa saya diblock oleh fb mawaddah... mohon penjelasan, mzb

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...