Skip to main content

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019

Denyut Islam di Bohoniki

BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland.


Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu.


Sedang kami asyik bergambar di halaman surau, kami disapa oleh seorang lelaki pertengahan umur. Bahasanya tidak difahami. Dia menggeleng ketika ditanya adakah dia boleh berbahasa inggeris. Sedang dalam keadaan berbahasa ayam itik itu, datang seorang yang memakai seakan kopiah di kepalanya dengan menaiki basikal. Rupanya dia ialah seorang makcik. Mungkin dalam budaya mereka perempuan memakai tutup kepala begitu. Terus kami diajak masuk ke surau itu bagaikan tahu saja apa yang sedang bermain di fikiran kami.

Memang macam surau kat kampung-kampung kita. Bila masuk ke dalamnya, terlupa yang kita sedang berada di Eropah. Ada mimbar kayu yang masih utuh. Ditunjukkan juga pada kami ruangan solat untuk muslimah yang terletak di tingkat atas. Kami ambil peluang untuk naik ke atas walaupun aku sedikit gayat dengan tangganya yang kecil. Tak lama kemudian datang pula seorang perempuan yang agak boleh berbahasa inggeris, alhamdulillah sedikit sebanyak membantu untuk kami memahami apa yang diterangkan.


Kami kemudiannya diajak ke restoran yang terletak berdepan dengan surau tadi. Di situ ada beberapa orang pekerja restoran yang ikut melayani kami. Dihidangkan teh dan Pierekaczewnik, kuih tradisional mereka yang rasanya manis kerana ada (seakan) jem epal yang diletakkan bersama taburan serbuk kayu manis. Jenuh juga nak menelan. Aku mampu makan 2 suap saja. Sebenarnya kami dah siap panaskan ayam masak halia di motor home. Tapi tak tergamak pula nak makan di situ melihat kesungguhan mereka yang mahu kami merasa makanan istimewa bagi mereka itu. Walau baru bertemu tapi terasa bagai dah kenal lama, penuh kasih sayang. Sempat kami hiburkan mereka dengan nasyid. Kami hadiahkan songkok Ikhwan kepada owner restoran, iaitu orang yang mula-mula menyambut kedatangan kami tadi. Sambil Tuan Anuar sarungkan kopiah Ikhwan ke kepalanya, para RPU mendendangkan selawat Turki. Dia letakkan tangan di dadanya penuh sayu. Agaknya mengingatkan dia betapa Islam pernah meriah di situ. Juga sempat kami hadiahkan tudung pada makcik yang berkopiah tadi. Harapnya lepasni kekal lah dia bertudung, tidak lagi berkopiah. Setelah hampir 2 jam juga singgah di situ, kami pun minta diri. Selamat tinggal Bohoniki. Moga ada rezeki kami menjejakimu lagi.

Hari ini terasa sedikit berkejar-kejar. Kami perlu menempuh negara Lithuania untuk sampai ke Airport Riga yang terletak di negara Latvia bagi menyambut kedatangan rombongan Tuan Nasir yang akan tiba dari Sarajevo via Istanbul. Masih ratusan kilometer yang mesti ditempuh.

“Rombongan jalan darat dah sampai mana?,” Tuan Nasir bertanya di group. Ya Allah.. Janjinya kami patut berada di airport sebelum ketibaan rombongan, namun kami gagal menepati waktu. Banyak lori di sepanjang jalan menyukarkan kenderaan untuk bergerak laju. Ditambah lagi dengan hujan yang menghambat. Para pilot saling mengingatkan antara satu sama lain akan keadaan jalan yang memerlukan pemanduan yang lebih berhati-hati.

Rasa bersalahnya kerana terasa tidak cukup serius dan lebih berusaha untuk boleh sampai awal. Akibatnya, Tuan Nasir dan rombongan terpaksa menunggu lama di airport. Memang semuanya silap kami. Sepatutnya kami keluar lebih awal tadi. Bahkan Tuan Anuar pun dah pesan untuk kami segera bergerak. Tapi kononnya dek kepenatan, sebahagian besar kami terlambat bangun. Itu mungkin boleh jadi alasan.  Tapi bagi pejuang, tidur baringnya tak berwaktu. Jiwa yang kuat akan mengheret jasad sekalipun terasa sudah tidak larat.

“Takpe perlahan-perlahan. Kami dah ambil penginapan, insyaallah kami akan share location” Mesej dari En Syurahbil selaku SU peribadi pada Tuan Nasir masuk ke group. Walau terasa sedikit lega kerana para rombongan tak perlu lagi menunggu, namun rasa bersalah tetap saja menyerang.

Perkara begini jika dilihat dengan mata semata, nampaknya macam kesilapan teknikal saja. 1001 alasan boleh dikemuka. Tapi pejuang yang ada ‘rasa’ akan sangat merasakan gagalnya. Gagal mengikut arahan Tuan Nasir selaku kapten xpdc ini. Selalu Tuan Nasir dan para pimpinan sebut, kalau dalam perang ni, dah kena tawan dek musuh! Kalau dalam latihan tentera, siapa gagal ikut arahan ketua, padah akan menimpa! Sebenarnya kami para remaja ni sedang dalam latihan. Adib cerita pada kami, di xpdc yang lepas, pada suatu hari ketika mereka sedang makan, Tuan Nasir sebut pada mereka para remaja,
“sepanjang perjalanan ni semua ada markah. Ana dulu ikut xpdc dengan Abuya, ana ikut jadual yang Abuya susun. Ana ikut walaupun waktu tu ana sorang, walaupun ana susah. Ana tak buat jadual sendiri” Adib kongsikan macamana mereka tersentak dengar kata-kata Tuan Nasir itu. Yelah.. waktu tu mereka ramai tapi tak betul-betul cukup kuat dan tepat mengikut displin khususnya yang berkait dengan ibadah, masa. Sudah tentulah semua sikap, akhlak, percakapan, gurau-gurau, layanan, itu sangat dinilai. Supaya xpdc ini tidak berlalu begitu saja, tapi akan sangat membuktikan bahawa Islam itu ialah cara hidup. Jangan jadikan kesukaran dalam permusafiran ini sebagau alasan untuk kita tinggalkan displin kehidupan seorang Islam.

Namun, bila kita bersalah, kita minta maaf, pemimpin pasti memaafkan. Itulah kasih sayang mereka. Tapi di pihak kita, jangan pernah lupa salah kita. Kena kekal merasa bersalah. Supaya kita tidak mengulanginya lagi. Inilah pengajaran berharga yang sangat mahal untuk kami pada kali ini. Pasti banyak lagi yang menanti untuk diri dan hati kami terus dimatangkan.

Ketika melepasi border Lithuania - Latvia, hari sudah pun gelap. Malam terasa kian sejuk. Kami akan bermalam di Riga untuk nanti esoknya menuju ke sempadan Rusia. Kian dekat, kian berdebar. Terus berdoa moga semuanya dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...