Selingan

Wednesday, May 8, 2013
Kita buat selingan sikit ye..

"SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!"

Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak.

Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku tak minat gaduh dengan benda yang tak jelas. Kalau betul jujur,tulis nama,letak gambar,bagi alamat,kita jumpa kat kedai makan,sambil makan sambil berhujah. Gaduh sambil makan ni ringan sikit. Aku pulak jenis kalau makan memang tak ingat apa dah. Masalah besar mana pun makan tetap jalan. Tu yang aku heran macamana orang boleh kurus kering sebab banyak masalah. Aku dalam tahanan ni ha bertambah-tambah babat. Cit!

Kenapa kalini aku highlight benda ni? Saje je.. Saje nak ambil peluang untuk jelaskan semua tuduhan yang dilemparkan. Moga-moga ni kali terakhirlah aku layan. Lain kali takde masa dah. Tapi semua komen yang berbaur benci,walaupun aku tak publish tapi aku simpan je. Bukan aku takut nak publish,tapi aku taknak blog aku ni jadi medan orang nak bergaduh. Kalau aku publish,mesti ada pembaca lain yang tak puas hati akan berlawan-lawan komen. Taknaklah kan. Cukuplah BN dengan PR je gaduh. Kita ni duduklah diam-diam je. Betul tak? Lagipun aku memang kurang gemar bergaduh kat alam maya ni. Rasa macam gaduh dengan hantu! Dulu kat fb tengok orang gaduh-gaduh,memang rimas. Seingat akula,aku memang tak pernah layanla pergaduhan kat fb tu. Tak taula kalau ada orang guna nama akukan. Huhu.. Tu yang sekarang fb aku tu terbiar berhabuk berlalang je. Malasla perang-perang ni. Baiklah aku bebel sorang-sorang kat blog ni. :-)

Baiklah.. Aku terlalu yakin dengan keadilan Tuhan. Aku percaya Tuhan maha tahu. Semua yang diaturkan pasti ada hikmahnya. Bukan sia-sia. Tuhan ciptakan ada orang kaya,ada orang miskin. Ada orang gemuk,ada orang kurus. Ada orang cantik,ada orang hodoh. Ada orang berkuasa, ada orang bawahan. Ada orang pandai,ada orang bodoh. Ada orang makan banyak,ada orang makan sikit. Begitulah seterusnya. Ini semua Tuhanlah yang takdirkan. Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Tuhan kan? Bahagia dan rasa senang itu letaknya dihati. Bukan pada lahir ni. Kalaulah kaya itu syarat bahagia,kenapa banyak orang kaya mati bunuh diri? Kalaulah miskin itu derita,kenapa ramai orang miskin yang bahagia? Kita tak tau apa yang setiap orang rasakan. Tuhan dah janji bahawa hidup adalah pergiliran nikmat dan ujian. Ada orang kaya tapi Tuhan tak bagi anak. Padahal dia nak sangat anak. Lepastu dia tengok jiran dia miskin,tapi anak ramai. Cemburunya dia. Yang orang miskin cemburu sebab dia kaya pula. Begitulah seterusnya. Ada orang kerja sapu sampah tapi sebab dia suka kerja tu,dia bahagia je. Ada orang jadi engineer tapi kalau dia tak suka kerja tu,tak bahagia juga. Kalau nampak orang tu senyum je,janganlah sangka hidupnya indah saja. Mungkin dia diberi kelebihan oleh Tuhan untuk senyum dalam ujian. Ada orang tu bahagia je,tapi dah Tuhan buat muka dia kerut je nak buat macamana? Ok contohlah.. Orang tengok Abuya dan isteri-isteri tu macam senang lenangkan? Naik kereta mewah,naik flight first class. Duduk hotel mewah. Tapi ada ke yang sanggup diuji macam mereka? Seluruh Malaysia menyesatkannya! Ditahan ISA 10 tahun! Dan macam-macam ujian lagi. Ada yang sanggup? Adillah tu..

Ok.. Katanya aku adik beradik hidup senang lenang? Terbang sana sini macam anak menteri? Kalah anak raja? Ehem ehem.. Bila Air Asia melancarkan penerbangannya,slogannya ialah 'now everyone can fly'. Jadi? Tak semestinya anak menteri dan anak raja je boleh terbangkan? Sepanjang aku naik kapal terbang,tak pernah pulak jumpa anak menteri ke anak raja. Raja Gopal pernahlah! Maka ternafilah kata-kata bahawa terbang sana sini itu adalah senang lenang. Tahukah anda bahawa di Papua,dari satu daerah ke satu daerah yang lain,tiada kenderaan lain melainkan kena naik flight. Di Papua itu masih penuh orang asli. Maka ramailah orang asli yang menaiki kapal terbang. Jadi kepada anda yang selalu naik kapal terbang,ketahuilah bahawa anda sama saja dengan orang asli di Papua! Terus terang kalau pergi Jordan ke,Indon ke,Eropah ke boleh naik kereta,memang aku pilih naik kereta. Dari Jordan ke Mekah naik bas 20jam pun ok je. Naik flight ni macam kau kena duduk setempat selama berjam,kematu punggung weh! Dahlah tak nampak apa kat atas tu!

Satu lagi kan sekarang ni rasanya bukan adik beradik aku je yang ke luar negara. Betapa bangganya bila melihat remaja GISB yang lain juga dah tersebar ke serata dunia. Ada yang ke China,ada yang di Eropah,di Haramain ni pun ramai,di Jordan tu adik beradik aku tak sampai 10orang pun kat sana. Yang melambak tu semua anak yatim dan anak jemaah. InsyAllah.. Hidup berjemaah ni semua dapat peluang yang sama.

Katanya lagi,cubalah kalau kerja setempat,buat kerja rumit,comot-comot. Hehe.. Lawak jugak ayat ni. Rasanya kalau orang yang rapat dengan kami,taulah macamana penampilan kami adik beradik. Waktu show je nampak comel. Dah habis show semualah comot. Ada yang acam lagi. Yelah.. Lepas show,kami samalah macam orang lain. Nama je macam duduk Mekah,duduk Jordan,duduk Mesir. Tapi kerjanya lebih kurang macam orang Malaysia je. Adib kerjanya angkat taik kuda. Comotlah sangat kerja tu. Humam,Ajwad,Jun,Abg Faah kerja jaga katering. Ya ampun.. Aku tengok pun tak mampu. Bangun sebelum subuh,dah kena bergelumang dengan makanan,lepastu nak kena cuci-cuci pinggan,lepastu kena tadah telinga dengar komplen orang,lepastu kena kemas tempat katering tu,lepastu comot campur acam. Abg Am pulak tukang masaknya. Lagilah tak pernah rehat walaupun badan kekal tembam dan sihat. Fida' kat Jerash tu unit pertukangan. Banyak landskap,bilik dan benda-benda yang dah ditukangnya. Bila bertukang,comot,acam pula tu. Wadud dengarnya tukang kebun di Jerash. Takyah citela kan kerja tukang kebun ni buat apa. Mamat jaga cashier dan pergi pasar. Janganlah anggap pasar kat Jordan tu macam Malaysia. Jauhlah busuk dan kotornya. Bertambahlah comot dan acam. Abbad pun jaga kuda di Jerash tu. Abbad kalau tak jaga kuda pun memang dah comot dan acam! Adik-adik perempuan dah tentulah semua kerja dapur. Samada di Haramain atau Jordan. Kak Idah kat Mesir tu dengarnya jaga budak. Kompem comot+acam tu. Kat Madinah tu Kak Picah kerja ladang kurma. Dialah yang jadi penjual kurma itu! Kalau kat Mekah ni pulak Iyah,Fatim dan Adik Bar jaga ayam. Setiap hari ada taik ayam kat baju depa. Tak taulah comot dan acam ke tak tu! Aku takyah citelah kot bidang apa. Dah tak larat nak cerita. Tapi kalau diberi pilihan,kerja apa aku nak buat,yang paling membahagiakan ialah kerja restoran. Di Jordan dululah yang paling indah sebab dapat tugas jaga restoran. Pagi-pagi pergi pasar,lepastu jaga cashier. Yang tukang cuci restorannya tu adik-adik aku lah. Kesian depa kalau nak tuduh kata tak buat apa. Dah habis busuk dah depa tu rasanya. Malu sebenarnya nak cerita-cerita ni sebab aku tau orang lain pun kerja macamtu juga. Sama-sama comot sama-sama masam. Takde beza. Yang bezanya ialah mungkin kami ni terlibat dengan kebudayaan. Jap aku nak tanya,betul ke menyanyi ni kerja senang? Budak hingusan pun boleh. Memang pun. Sebab kamilah budak hingusan itu. Huhu. Ok.. Kita tukar nak tak? Korang nyanyi,kami jaga nursery,jaga kafe. Boleh tak? Serius ni. Sebab sebenarnya kami ni kalau tak diasak-asak,memang malas nak show. Malas nak bersiap lawa-lawa tu ha. Kalau show boleh pakai baju dapur takpelah jugak. Lagi-lagi nak buat video klip tu. Yaallah malasnyeee.. Berjemur kat matahari sambil pakai mekap itu bukanlah tabiat yang best ye. Rimasnya Tuhanlah yang tahu. Tapi sebab itu dah jadi tanggungjawab. Rasanya orang lain pun tak nak buat kerja tu. Waktu duduk chalet dulu,setiap petang kena bakar ayam dengan Abg Faah untuk tetamu yang datang. Bakar ayam tu memanglah best. Sambil bakar sambil makan. Tapi yang mujahadahnya ialah lepas bakar membakar tu nak kena naik pentas pulak. Adoiiiiii.. Puas aku pujuk makcik-makcik tu untuk ganti aku. Takde sape nak. Sampai hati! Jadi kalau memang ada orang yang sudilah untuk ganti kami show,Yaallah..kecil tapak tangan,stadium bola kami tadahkan! Aku tertanya-tanya jugak,agak-agak kakak-kakak yang jaga nursery ke,jaga kafe tu ke,bahagia ke kalau kena ganti buat show? Takut depa mogok lapar je kang! Dah jadi kes naya pulak. Kerana itu dikatakan erti sebenar keadilan itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya!

Satu lagi disebut,cuba kerja cuci punggung anak orang! Amboi,ada ke sapa kat dunia ni tak penah cuci punggung? Orang kafir jelah kot! Nak cuci punggung anak orang tu macamana? Ketuk pintu rumah orang lepastu minta nak cuci punggung anak dia ke? Ish.. Nampak tak elok pula tabiat tu. Kalau nak kata jaga nursery,ohh.. Aku ni memang duduk mana pun bergelumang dengan budak. Sebab memang suka gile budak! Sampai di warning jangan jaga budak lepastu tak pergi sekolah. Dulu-dulula kat Jordan. Dalam tahanan ni pun budak ada 10 orang. Dari baby sampai yang umur 2 tahun. Semua tu geng kamila. Ada anak sedara,ada yang pangkat cucu. Aku ni suka budak tapi Tuhan tak rezkikan anak. Jadi memanglah anak orang tu jadi anak aku. Asyraf cucu aku tu mak dia nak bersalin. Aku teringin sangat nak jaga dia. Tapi aku fikir hidup aku ni tak menentu. Banyaknya dalam kereta. Karang nak kena kesana sini. Kesian pulak kat budak tu. Tak jadilah nampaknya. Sedih betul.. Kalau aku tak sibuk,aku nak sangat bukak nursery. Jadi janganlah tuduh macamtu. Tak baik tau. Tak sportinglah macamni!

Oklah panjang lebar dah aku bebel. Korang macam dah tersengguk je. Aku ni tengah pulun menulisla semnetara tengah lapang. Nanti kalau dah sibuk,janganlah marah pula kalau aku tak update tau! Untuk mereka yang mungkin tak senang dengan aku,atau mak aku,atau adik beradik aku,atau seluruh jemaah GISB,aku harap kita tak payahlah nak kena bergaduh kat sini. Muka aku ni nampak je gangster tapi tak sukalah gaduh-gaduh! Kalau tak puas hati,apa kata korang pun buat blog,lepastu tulislah apa-apapun. InsyAllah aku akan promosikan. Sebab tak bestlah macamnikan. Aku dah korbankan fb aku sebab tak nak gaduh. Banyak kawan-kawan yang aku lost contact. Tapi takpelah. Aku pasrah. Ni kalau kat blog pun nak kena gaduh,rimaslah. Apakata kita ambil jalan seperti yang Tuhan anjurkan dalam Quran..
" Lakum dinukum waliya din "

24 comments:

Hasan Basri said...

I ).terbaeek!( I
/ I I. \
/__',_ ,'___\
/( __ _)\ /(_ __ )\
I ( __ _ )) ((__ __ )I
I ( __ _) ) ( (_ __ _)I
\(___ _)/ \(___ _)/
\ =D /

_/ \_.

IbnHaneef said...

Tak yah layan org busuk hati...

Mohd Sallehuddin said...

Best2 .."̮ (y) (k.olah ad gak selitkn nme "din" d'akhr ayt tu :p)

Anonymous said...

Sungguh kebenaran tu trlalu mahal.
Ramai org trmasuk sy sbg pembaca setia blog olah ini terasa smakin rindu dan takut pd Abuya bila mmbc stiap patah kisah dn pnduan hidup luar biasa yg x terbayar nilainya...
Sll x sedar airmata mengalir menitis laju tatkala kisah2 brsama Abuya Umu itu di flash backkan seolah mndgr kisah Rasulullah saw brsama isteri2 dan anak2 baginda...Abuya benar2 bayangan Nabi hingga lahirlah peribadi2 bayangan sahabat akhir zaman hasil didikannya termasuklah anak2nya yg amat kukenali peribadi2 mrk,pd pembc yg hanya suka menghentam membabi buta,aku bknla ank Abuya tp aku direzkikan brkwn rapat dn hidup mmbesar dgn mrk sejak kecilku bkn skdr melihat dr jauh.maka klu kau nk tau,sgl kesusahan dn ujian yg prnh brlaku pd ahli2 jemaah GISB ni semuanya A dan kluarganya trutama Ummu serta ank2nyalah yg lbh dahulu menempuhnya bhkn lbh dahsyat dr org lain tp hanya org2 yg dekat dn hidup dgn keluarga Abuya ini yg tahu.Sbb Abuya mndidik keluarga dan ank2nya dahulu sblm org lain,tp pelik sgt bila ada org tnpa tahu hakikt sgt x beradab melemparkan cemuhan tnpa memikirkn adkh dia melihat dgn mata kebenaran?

Khaulah bt Hj Asaari said...

Perasanla ko din!

Erra Kyra said...

sebuah curahan lisan y lantang tegas dan bernas! hakikatnya teburan dari Allah .. moga Allah buka mata hati mereka y hujah pakai nafsu untuk melihat didikan kebenaran.. & kuasa kerja Tuhan.. aminn.. #Alhamdulillah

Anonymous said...

Klu letak skali gmbar tgh comot+acam tu mesti lg bess ! ;)

ibnu mohamad crew said...

Tak abis2 lg dengan mazhab alhasadiah depa ni,islam xkan kalah-kalah lg..

Anonymous said...

Comot+acam tol org ckp tu, keje dia mcm tu jela..kesian xde org nk lyn meroyn la sorang2..

Anonymous said...

Eleh,nampak sgt yg dengki tu..sebilangn kcil je,mungkin bilangan GENG BOLA je..hehhe

Anonymous said...

Cutenye bile mrah.. Terhibur dgn penjelasan k.khaulah yg panjang lebar.. Majulah islam utk dunia.. Caiyok.. -ijat-

Anonymous said...

Terbaiiik olah..ORANG YG BAIK SENTIASA SANGKA BAIk PADA ORANG

nur athiqah said...

terbaik lah kak olah!!! he2... x yah layan org cam tu :-)

Anonymous said...

ye..btul tu, setiap yg blaku Tuhan yg mnentukn dan ade hikmah dsebaliknye..hanye org yg dpt melihat dgn matahati shj yg dpt mnerima dgn redha stiap ujian dr-Nya..susah @ senang, kdua2 nye adalah ujian utk hamba.. :)

Anonymous said...

Tahniah.....bestlah celoteh ni.....ringan dan mudah d fahami....kecualilah bagi yg xnak faham.....

syurahbil_makkah313 said...

Asyraf pun ade....time kasih c.olah..

Anonymous said...

Syukran...sungguh terharu..xyah layan budak2 hingusan...belom matang dalam berfikir...

Anonymous said...

Sedih..utk org brckp tu.. Sbb ramai tahu sape kamu tu..memng dari dlu itulah kata2mu,tunduklah dgn kbenaran dgn hatimu..ckplah pd dirimu jgn sombong lg wahai diri,jgn lagi kamu dsepak2 nafsumu.. Insyaallh kamu akan brbahagia dgn Tuhanmu,kalau kamu sanggup dperhambakan sehamba2nye oleh khaliqmu..

budu bhd said...

Like 1000000x

Anonymous said...

TERBAIK

Anonymous said...

Antara tanda kemunculan mahdi adalah berlakunya pertikaian dlm kluarga al mansur

jay labuan said...

Menerangan yang sangat memberi pengajaran kpada....kmi ahli gisb yang selalu wat keje acuh ✗ acuh....kte rse keje kte susah....tpi ade owg lain lagi susah....terime kasih k.olah....lain kli ✗ yh lyn manusia cm tu....tpi kli ni ✗ pe....bab ia memberi pengajaran kpda kmi....kmi ✗ kesah lmbt....ke lame ke....yang penting k.olah updet blok ni....jngn putus ase....dengn komen manusia yang mcm tu....

Anonymous said...

Inilah perjalanan hati..(",)

Balqis said...

Ayat k.olah memg best,ringkas ,sempoi ..terbaik la k.olah!!! Minat sgat blog k.olah