Merajuk dengan Abuya!

Thursday, May 9, 2013
Ini pula cerita Sofwah bersama Abuya. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya.

Pada suatu hari di bulan Ramadhan,Aku,Kakak,Kak Syidah dan Iyah pergi Rawang. Kebetulan Abuya ada di Rawang waktu tu. Memang nak sangatlah jumpa Abuya sebab dah lama tak jumpa. Tiba-tiba je Ummu call Kak Syidah dan panggil kami semua masuk bilik Abuya untuk picit Abuya. Picit Abuya ni dah kira tradisi keluarga kamilah. Salah satu cara nak khidmat dengan Abuya. Waktu tu memang teruja-rujalah kami dipanggil,tapi takut tu tetaplah ada.

Bila masuk bilik tu Abuya tengah tidur. Tapi Ummu kata,tak apa.. Picit jelah. Kami pun naiklah atas katil dan picitlah Abuya. Suasana sunyi je. Takde sembang-sembang pun dengan Ummu sebab tak nak ganggu Abuya tidur. Sekitar setengah jam tu,Abuya pun terjaga. Abuya terus panggil Ummu. Ummu pun menyahutla. Abuya tanya Ummu,siapa yang tengah picit ni? Ummu jawab,niha.. Ada Sofwah,Syidah,Barokah dan Iyah. Kenapa Abuya?,Ummu tanya. Abuya kata,sakit..sakit..sakit.. Dari tadi Abuya tahan sakit. Sapa yang picit ni? Nada Abuya memang marahlah. Yaallah..jantung macam nak tercabut. Muka kami pucat terus. Tangan automatik berhenti dari picit Abuya tu. Kami ketakutan,sedih. Tak mampunya.. Sebab rupanya Abuya tahan sakit lama dah. Sepanjang kami picit tu. Kesiannya Abuya!

Dah tu,Ummu teruslah suruh kami keluar. Sebab kami macam bawak bisa (dosa la hakikatnya) sampai Abuya jadi sakit. Memang waktu sakitnya,Abuya sensitif dengan sebarang unsur-unsur luar yang dibawa. Ummu pun minta kami gi mandi untuk buang bisa-bisa tu. Kami pun apa lagi..teruslah keluar dalam keadaan yang Tuhan je tau perasaan masa tu. Air mata semua pakat mengalir deras. Memang dah tak tertahan sebab memikirkan Abuya tahan sakit dah lama rupanya,selama kami picit tu! Dahsyatnya dosa kami,sampai Abuya terpaksa tanggung.

Kami keluar,terus duduk depan klinik. Menangis tak sudah. Sesama kami dah tak bercakap dah. Hanya air mata je yang keluar! Tengah-tengah menangis tu,ade pulak sorang ustaz tu lalu depan kami. Kami perasan dia pelik tengok kami . Lepastu dia terus hulur kuih dalam plastik kat tangan dia tu. Kami terima jela. Mungkin ustaz tu ingat kami kelaparan sangat sebab puasa,sampai nangis. Walaupun sedih,tapi rezeki jangan ditolak.

Dipendekkan cerita,selesai kami mandi tu tiba-tiba Ummu panggil balik ke bilik Abuya. Abuya nak jumpa katanya. Kami menggigil tapi gagahkan dirilah jugak. Masuk je bilik Abuya tu kami tak tengok pun muka Abuya. Semua tunduk je. Tapi kami perasan Ummu Abuya ceria sangat waktu tu. Abuya terus cakap,Allah.. Abuya marah sikit je pun dah merajuk. Dah rasa Abuya tak sayang. Abuya hulurkan tangan nak salam dengan kami. Bahkan Abuya minta maaf pula dengan kami. Yaallah..hati time tu kalau la keluar kat mulut memang rasa nak meraung nak menjerit je. Sebab betapalah kami ni masih tak memahami Abuya tu. Teruslah datang rasa waktu tu,Abuya marahla kami lagi! Moga bila Abuya marah,kami tak silap berperasaan lagi. Marah tu rupanya buatkan hati takut. Hilang sombong. Sedar diri. Dan macam-macamlah perasaan yang patut ada pada hamba. Patutnya terima kasih kat Abuya sebab dah kembalikan rasa-rasa hamba tu. Bukannya merajuk! Sebenarnya memang waktu tu ada terselit dalam hati kami rasa merajuk kat Abuya. Dah tak nak picit Abuya. Abuya tau rupanya. Oh Abuyaku..

16 comments:

Pacar yang hina said...

Kenapa bila baca cerita ini tiba-2 ajer air mata mengalir keluar berbanding cerita Jun yang kena pukul tuh. Iskk.

Anonymous said...

Abuyaaaaaaaaaaa....:(:(:(

Anonymous said...

1st!..:D

Terharula..terus rase nk nanges..moga kite fahamla Abuya marah tu sebab ape, bukan merajuk..terima kasih i.olah dan adik beradik atas perkongsian pengalaman..

#teringin dengar pengalaman i.fatim plak:)

Khaulah bt Hj Asaari said...

Menyusul insyAllahhhh...

Anonymous said...

Harap lps ni nk dgr jgk kisah mcm ye Abuya brgurau dgn anak2... Mesti lain kan...

Anonymous said...

How sweet!! K.Olah, kalau tak keberatan.. Share lah gambar2 adik beradik k.Olah dr yg pertama sampai yg bongsu sekali. Teringin nk tengok semua.. K.Olah byk sebut nama adik beradik, tp kami tak tahu pulak rupa mrk mcm mana. Teringin nk tengok juga kak ^^

Khaulah bt Hj Asaari said...

Klu nak cerita ttg bergurau,mmg tak habislah. Sebab Abuya ni suka mengusik. Tapi kita dgrlah dulu ttg ketegasan Abuya. Krn sbnrnya garang dan tegas itulah kasih sayang yg plg mahal dr Abuya. Mg kita dpt betulkan persepsi kita ttg garang-sayang Abuya :-)

Khaulah bt Hj Asaari said...

Ye.. Memang nak share tp dlm tahanan ni takde pulak laptop ke hard disk ke.. Pakai ifon je ni dik. Nntila nak tempek gambar byk2 k..

jay labuan said...

Terime kasih k.olah.....kongsi lgi bnyak2.....kmi setia membaca....dan menunggu....

Anonymous said...

Btul tu kami selalu ternanti nanti post yg terbaru,,,dlm sehari tu selalu kami tengok klau2 ada post terbaru,,,selalu tertunggu tunggu bila pulak ada post terbaru,,terhibur kami dapai cerita2 mcm ni,,,

Anonymous said...

sayunya cerita...kita tunggu 13.5.13 خارق العادة

Anonymous said...

Aaaa..kongsilh lg wahai anak2 Abuya...time kasih

Anonymous said...

"Marah tu rupanya buatkan hati takut. Hilang sombong. Sedar diri. Dan macam-macamlah perasaan yang patut ada pada hamba. Patutnya terima kasih kat Abuya sebab dah kembalikan rasa-rasa hamba tu. Bukannya merajuk!" Besarnye makna kata2 ni..Lihatlah inikan cara didikan Abuya, Ajarkan kami berperasaan Abuya..:(

Mohd Sallehuddin said...

Hebatnye Abuya dlm mdidik .."̮ walaupon skdar mbce ttap la trase k.syg Abuya .."̮ TKRSA .."̮ k.olah, din pon pnah picit Abuya gak .."̮ xnk mnx din kngsi ke?.."̮ :D

Anonymous said...

selamat hari ibu buat ummu dan ummi. Ampun maap dari anakanda

Anonymous said...

Abuya .. Apakah Abuya kenal aku di masa kedatangannya nti.. Abuya taubatkan aku yg hina dina dan x mampu ini