Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Marah ke sayang?

Harini teruk anak murid aku kena marah. Kesian pun ada. Tapi sebab rasa kesal sangat apa yang diajar macam masuk telinga kiri lepastu keluar kat hidung. Baru 5 minit tadi aku terjerit-jerit macamana nak gunakan perkataan arab yang ni. Alih-alih bila aku tanya semua pakat nganga. Aduii..letihla cikgu macamni. Antara yang teruk kena tu Jiha lah. Dia ni budaknya bagus disudut kerja. Rajin,suka tolong. Pandai macam-macam. Bertukang,buat kek,betulkan paip dan kerja-kerja lain yang aku pun tak terfikir nak buat. Tapi bila tang ilmu ni tak serius. Alah...macam aku jugakla muda-muda dulu malas belajar. Padahnya dapatla anak murid yang suka main-main. Jiha si tukang paip Entah kebetulan ke apa,petang tadi tengah mengajar,Fatim bbm cakap nak ajak keluar beli barang pasal nak celebrate besday Jiha. Memang nasib dialah agaknya nak kena marah time harijadi ni kan. Sampai hilang mood ngajar aku. Tapi agaknya itu peluang aku untuk tebus dosa kat dia kot. Hmm.. Dengan waktu yang tak berapa nak

Makanan Malaysia busuk

Sepanjang duduk bertahun kat Jordan tu memang banyak dapat kawan. Lagi-lagi bila dah masuk jamiah. Makin besarlah network. Eh. Tapi yang paling akrab ialah dengan Hadeel. Hadeel Assafi namanya. Perempuan ye. Rapat sampai sekarang walaupun dah lama tak berhubung. Namun hati kekal bersatu. Ceh! Boleh berkawan lama ni biasanya sebab serasila kan. Kenapa serasi? Padahal rupa paras kami memang jauh berbeza. Kalau aku jalan sebelah dia orang akan sangka aku ialah orang gaji. Ok. Serasi itu soal hati ye kawan-kawan. Sila semak entry terdahulu tentang hati. Huhu..gaya cikgulah sangat. Kami lahir bulan yang sama,perangai suka lompat-lompat pun sama (waktu muda dulu dan masih ringan),ketinggian pun sama,suka sembang dalam kelas dan dimarahi pensyarah pun sama-sama,kawin ditahun yang sama,sekarang duduk Saudi pun sama-sama cuma dia nun jauh di Abha,dan aku di Mekah. Hanya keindahan wajah yang berbeza. Terpaksa ulang banyak kali tang wajah ni demi membuktikan bahawa orang yang cantik macam Hadee

Ya muqollibal quluub..

Hati. Sukarnya menelah hati. Lebih dalam dari lautan,lebih misteri dari hutan. Tinggi menggapai langit,jauhnya ke dasar bumi. Istimewanya manusia kerana dianugerahkan sekeping hati. Padanyalah kebaikan dan padanyalah kejahatan. Perjalanannya tidak mudah diduga. Dia hadir bersama kita,namun kita sendiri tiada kuasa keatasnya. Aku hairan mengapa sering kita berdoa kepada Tuhan.. Ya muqollibal quluub. Wahai yang membolak balikkan hati. Aku sempat tidak mengerti apa pentingnya hati itu dibolak balik. Kini aku insafi.. Bahawa hati itu Tuhanlah yang menguasai. Bila dibolak kekanan,islam dan imanlah kita. Boleh saja kemudiannya dibalikkan pula kekiri,tercabutlah islam dan iman dari hati. Kebaikan yang tadinya memenuhi,sekelip mata berganti. Kejahatanlah yang mengisi. Yang tadinya sangat mengakui,kini semuanya ternafi. Bagaimana ia bisa terjadi? Pelik..hairan..ajaibnya Tuhan. Sungguh aku akur Wahai Tuhan akan kehebatanMu membolak balikkan hati. Ada orang yang beriman diawal,kafir diakhir

Semangat kecikguan

Adeh!! Kering tekak.. Aku rasa kalau show kena bawak sepuluh lagu pun masih boleh maintain. Tapi ini baru seround dah gatal gile tekak. Dahsyat! Kini barulah ku tahu betapa besarnya jasamu wahai guru. Terima kasih cikgu ( Najwa Latiff feat Upin Ipin) atas segala jasa dan kebaikan yang takkan terbalas. Hadiah pun selalu tak bagi time hari guru. Waktu sekolah dulu menyampah betul dengan cikgu yang suka menjerit-jerit nih. Tapi baru sekarang tau yang depa pun bukan suka nak terjerit-jerit tu. Sakit tekakla. Tapi terpaksa sebab anak murid macam suka buat pekak badak. Dahla anak murid bukan nak belanja minum pun lepas tu. Huhu.. Cikgu terjun Aku ni tak pernah minat nak jadi cikgu. Renyah. Tapi entah kenapa akhir-akhir ni semangat kecikguan telah tumbuh mekar dihatiku. Terasa seolah telah lama menanam cita-cita untuk menjadi seorang guru. Bersempena dengan kempen memulun bahasa arab yang sedang dilancarkan dalam GISB,memulun itu adalah bukti kesungguhan dan bukan main-main,maka aku denga

Antara poligami dan kemiskinan

Mana lebih susah,hidup poligami dengan suami yang berkemampuan ataupun monogami dan suami miskin? Itu soalan dari Ummu untuk kami pagi ni waktu kuliah subuh. Soalan ni dah tentulah untuk kaum ibu saja. Sebab orang laki memang ok je dengan poligami (secara lahirnya) walaupun bini bergaduh sampai periuk melayang itu sama sekali tidak indah ye.. Dikalangan kami ni ada yang berpendapat bahawa poligami lebih susah. Ada juga yang rasa suami miskin lebih derita. Pada aku suami miskin lagi susah. Huh! Janganlah tuduh aku mata duitan. Walaupun aku artis(konon-konon) tapi tak bermakna aku mengejar lelaki berpoket tebal. Ayat macam dalam ruangan gosip. Yang aku maksudkan tu ialah yang macam Ummu bayangkan iaitu suami itu miskin sampai anak hanya mampu pakai kain perca buat lampin. Bila ada yang cakap pakai tisu. Ummu cakap nak beli tisu pun tak mampu. Ok jujur aku tak sanggup. Tidak. Tapi ada je yang sanggup dengan alasan miskin boleh usaha. Sedangkan poligami mujahadahnya selama-lamanya.

Perantara

Nak mintak duit kat ayah,tapi ambil hati mak supaya nanti mak rekmen suruh ayah bagi duit kat si anak. Nak jumpa menteri,kena lepasi PA nya dulu barulah berharapan cerah. Teringin nak jumpa raja,wajib baik dengan orang kuat istana moga impian boleh dikabulkan. Ingin dekat dengan Tuhan? Bersamalah dengan Nabi sebagai utusan Tuhan. Nabi hanyalah roh,mata tak nampak,maka perlulah bersama dengan orang yang bekerja untuk Nabi dan yang faham betul tentang Nabi. Demikian kita menjalani sunnatullah dalam kehidupan didunia ini. Kita sangat perlukan perantara untuk sampai hasrat kita terlaksana. Untuk menjangkau lingkungan yang 'tidak biasa' dengan kita,tanpa orang yang faham betul dengannya,merabalah kita. Jika kita merasa tidak perlukan orang-orang yang dapat membantu memudahkan laluan kepada destinasi yang dituju,sesungguhnya kita ialah orang yang bodoh sombong. Tuhanlah yang telah menetapkan semuanya begitu. Tidakkah kita semua mengalaminya? Tuhan yang maha agung itu mustahil d

Takutilah Tuhan

Takutilah Tuhan, Dia adalah segala-galanya Dia tempat kita bergantung bahkan seluruh makhlukNya Kuasa adalah di tanganNya, Dia boleh buat apa saja Apa yang Dia lakukan Dia tidak peduli siapa Dia buat dengan bijaksana, dengan hikmahNya Jangan tanya apa yang Dia takdirkan, merekalah yang akan ditanya Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki Positifkah, negatifkah, menggembirakankah, menyedihkankah Dia peduli apa KuasaNya mutlak, penuh di dalam kekuasaanNya Tiada siapa yang menghalangNya Dia mengadakan Dia jugalah yang mentiadakan Dia menghidupkan, Dia juga yang mematikan Dialah yang memberi hidayah, Dia juga yang menyesatkan Adakalanya diberi hidayah sampai ke hujung Adakalanya hidayah di awal, di hujung disesatNya Adakalanya di awal disesatNya, di hujung diberi hidayah Tidak kurang juga di awal lagi hingga kesudahnya Ada orang miskin kemudian dikayakanNya Ada orang kaya kemudian dimiskinkanNya Ada orang dimuliakan kemudian dihinaNya Ada orang dihinaNya kemudian

Negara maju,rakyat kaku?

Negara Malaysia indah memanglah indah. Teratur. Tertib. Rakyatnya nampak smart dan professional. Berbeza dengan keadaan di negara arab,khususnya Jordan yang agak serabut,rakyatnya kelam kabut. Namun..mengapa ada banyak hal,aku lebih rasa bahagia berada di Jordan? Apakah aku lebih terpengaruh dengan keserabutan berbanding ketersusunan? 1. Aku kat Jordan tak malu langsung nak masuk mana-mana pejabat kementerian untuk buat urusan. Malah dah banyak pegawai yang jadi kawan siap ajak pergi kenduri kawin lagi. Kat Malaysia,nak renew ic pun terpisat-pisat. Malu. Rasa semua orang dok merenung.   2. Kat Jordan,berapa kali kena tahan polis waktu drive. Bila dia minta bayar saman,aku akan nego sambil menceritakan yang aku ni pelajar,datang dari jauh,takde duit,bagi canla... Maka polis akhirnya akan tergelak. Di Malaysia bila polis tahan,badan aku gemuruh menggigil sambil nak menangis. Satu ayat pun tak keluar. Hanya mampu angguk dan mengambil surat saman yang 'murah' sungguh!   3. Kalau

Blogsy

Sajalah nak try test Aku korbankan 4.99usd bersamaan dengan 15rm (lebih kurang) untuk application BLOGSY ini!(dah cuba yang free tapi kecundang). App ni kononnya untuk mem'blog' di ipad dengan lebih baik lagi. Boleh letak caption kat gambar katanya. Entah worth it ke tak.. Mudah-mudahan okaylah gamaknyee..   Posted with Blogsy

Jangan percaya sebelah kaki

Bila Rasulullah cerita pada kaumnya tentang perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam satu malam,mati pun mereka tak percaya. Bukti besar bagi mereka bahawa Muhammad memang pembohong! Jarak beribu batu itu mustahil dapat ditempuh dalam waktu sesingkat itu. Mereka merasa Muhammad sudah gila! Kata-katanya palsu! Namun ada sebuah hati yang begitu suci telah mampu untuk membenarkan semua kejadian itu. Bahkan dia berkata,jika Muhammad menceritakan hal yang lebih pelik dari itu pun aku akan mempercayainya. Hebat! Hati semacam apakah itu? Itulah hati milik Saidina Abu Bakar yang diberi gelaran assiddiq,sentiasa membenarkan Rasulullah. Ajaibnya hati itu kerana ia mampu mempercayai akan hal yang tidak terlihat dimatanya,tidak tercapai dek tangannya dan tidak terjangkau akalnya. Namun dalam keadaan itu pun hati itu sangat unggul dan mampu untuk percaya. Demikianlah ciptaan agung oleh Nabi Roh yang berjaya membentuk hati sahabatnya sedemikian rupa. Rupanya kepercayaan it

Artis mai raya!

Aku rasa macam tak sedap hati je akhir-akhir ni. Baru ingat..aku macam ada berjanji tapi tak ditepati. Eh..lagu Malaysia ada tajuk Janji Ditepati ye? Hehe.. Takde kaitan ye. Aku janji nak cerita tentang kedatangan team produksi drama Wasiat Rindu untuk tv1 kan? Sorilah..macam-macam fikir. Habis terabai blog niha.. Apa yang aku perasankan,rupanya nak jumpa artis ni lagi senang bila dok di Mekah ni. Aku ingat kalau kita lepak kat Mid Valley ke,Bukit Bintang ke baru boleh jumpa depa. Tapi kat Mekah nila dapat jumpa Dato' Siti,Aaron Aziz,Ayu Raudhah dan suami,Abon pun ada,dan artis-artis lain yang aku dah cerita sebelum ni. Bukanlah maksudnya aku mengagungkan artis tu,cuma aku tau korang mesti teruja kan? Eh. Maka pada malam raya itu telah datanglah serombongan lagi team produksi drama kerumah kami. Mereka berbincang untuk guna rumah ni sebagai salah satu lokasi syuting. Jadi Ummu telah minta mereka bentangkan skrip untuk diteliti apakah sesuai untuk mereka syuting dirumah ini. T

Beraya

Bila cerita pasal Quran tu sebenarnya nak cerita juga tentang aktiviti kami dihari raya bersama Quran. Janganlah bayangkan kami beraya sambil usung Quran dirumah orang ye. Malam raya pertama tu kami semua dah dibagi assignment untuk membacakan makna surah yang telah ditetapkan dengan gaya mendeklamasi sajak. Maka kami telah menghias indah pentas disutoh (rooftop) untuk mengadakan majlis itu. Oh..sangatlah terasa seperti salah seorang peserta musabaqah Quran walaupun suara ni tak pernah berjaya nak jadi macam Qariah kebangsaan. Siapa sangka siapa menduga? Malam raya biasanya orang bersuka ria. Paling-paling dok depan tv ramai-ramai sambil menonton rancangan tv yang macam tak nak berenti! Tapi kami pelajar asrama penuh Istana Rasulullah Mekah diajar untuk membesarkan Alquran. Sungguh tidak biasa. Kalau ikutkan dari diri ni memang tak terfikir langsung! Tapi bila dipandu oleh Ummu barulah terhegeh-hegeh nak merasakan betapa besarnya Quran tu. Itupun barulah secara lahirnya. Roh Quran

Warisan ulung

Rasulullah itu ialah Nabi yang tidak dapat dilihat fizikalnya tapi sedang sangat dirasai peranannya. Bukti terbesar akan peranannya itu ialah Quran dan Hadis yang diwariskan. Dua peninggalan agung yang menjadi kunci penyelesaian kepada semua permasalahan. Menerima Quran sebagai warisan ulung tidak bererti ia mesti disimpan di muzium sebaris dengan warisan dunia yang lain. Quran tidak dilihat pada fizikalnya,namun roh alquran itulah sebenarnya yang harus dimartabatkan didalam kehidupan masa kini. Berekonomi dengan Quran,berbudaya dengan Quran,berkeluarga dengan merujuk pada Quran,membangun pendidikan mestilah dengan Quran sebagai silibusnya. Pendek kata Quran itu sepatutnya diletakkan ditempat yang teratas didalam sistem kehidupan ummat islam. Namun..siapakah yang paling tahu untuk menghuraikan Alquran hingga ia akan terwujud sebagai hal yang tertinggi itu? Sedangkan dizaman Rasulullah dan para sahabat,bagindalah yang menjadi penghurai kepada ayat-ayat Allah yang cukup seni dan halu