Skip to main content

Marah ke sayang?

Harini teruk anak murid aku kena marah. Kesian pun ada. Tapi sebab rasa kesal sangat apa yang diajar macam masuk telinga kiri lepastu keluar kat hidung. Baru 5 minit tadi aku terjerit-jerit macamana nak gunakan perkataan arab yang ni. Alih-alih bila aku tanya semua pakat nganga. Aduii..letihla cikgu macamni. Antara yang teruk kena tu Jiha lah. Dia ni budaknya bagus disudut kerja. Rajin,suka tolong. Pandai macam-macam. Bertukang,buat kek,betulkan paip dan kerja-kerja lain yang aku pun tak terfikir nak buat. Tapi bila tang ilmu ni tak serius. Alah...macam aku jugakla muda-muda dulu malas belajar. Padahnya dapatla anak murid yang suka main-main.

Jiha si tukang paip
Entah kebetulan ke apa,petang tadi tengah mengajar,Fatim bbm cakap nak ajak keluar beli barang pasal nak celebrate besday Jiha. Memang nasib dialah agaknya nak kena marah time harijadi ni kan. Sampai hilang mood ngajar aku. Tapi agaknya itu peluang aku untuk tebus dosa kat dia kot. Hmm.. Dengan waktu yang tak berapa nak banyak,kami pun berlari-lari ke Mustahlek untuk beli barang. Aku teringin nak try buat cheesy wedges dengan ayam broast. Dengan duit yang dah tinggal sekeping je ni maka aku niatkan semua yang aku beli tu sebagai tebusan dosalah. Moga ada nilaiannya disisi Tuhan dan moga Jiha tahu yang aku ni bukan saja-saja nak marah kat dia. Aku pun nak belajar seimbangkan marah dengan sayang.

Kek murah,ayam goreng rangup,sos cheese,kentang siap dihidang
Sampai rumah,solat maghrib,laju-laju aku lari ke dapur ditimgkat paling atas. Potong ayam nak buat kfc,basuh kentang,siapkan bahan-bahan lain untuk masak. Alhamdulillah..tak sampai sejam makanan pun siap. Aku rasa dah macam rancangan master chef pun ada. Rupanya dipihak syabab depa sambut besday Nizam pulak. Nizam ni budak Indonesia yang banyak bantu shooting editing TVRSA ni. Yang lagi lucunya ialah Nizam dengan Jiha ni dua-dua selalu merenyahkan kami sekeluarga. Elok pulak sambut harijadi sama-sama. Ish..

Lattalilat sapa dapat tongkeng ayam!
Apapun aku ucapkan Selamat menyambut ulangtahun buat Nizam dan Jiha. Semoga ditambahkan keimanan dan ketaqwaan. Semoga bertambah rasa terima kasih kepada Tuhan.

One happy family at home
 

Comments

yolanda diego said…
wah...sedap2 semuanya mknan tu. selamat menjamu selera.

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...