Skip to main content

Artis mai raya!

Aku rasa macam tak sedap hati je akhir-akhir ni. Baru ingat..aku macam ada berjanji tapi tak ditepati. Eh..lagu Malaysia ada tajuk Janji Ditepati ye? Hehe.. Takde kaitan ye.

Aku janji nak cerita tentang kedatangan team produksi drama Wasiat Rindu untuk tv1 kan? Sorilah..macam-macam fikir. Habis terabai blog niha..

Apa yang aku perasankan,rupanya nak jumpa artis ni lagi senang bila dok di Mekah ni. Aku ingat kalau kita lepak kat Mid Valley ke,Bukit Bintang ke baru boleh jumpa depa. Tapi kat Mekah nila dapat jumpa Dato' Siti,Aaron Aziz,Ayu Raudhah dan suami,Abon pun ada,dan artis-artis lain yang aku dah cerita sebelum ni. Bukanlah maksudnya aku mengagungkan artis tu,cuma aku tau korang mesti teruja kan? Eh.

Maka pada malam raya itu telah datanglah serombongan lagi team produksi drama kerumah kami. Mereka berbincang untuk guna rumah ni sebagai salah satu lokasi syuting. Jadi Ummu telah minta mereka bentangkan skrip untuk diteliti apakah sesuai untuk mereka syuting dirumah ini. Tegas Ummu bentangkan syarat bahawa adegan yang nak di shoot itu mestilah tidak melanggar syariat. Skripnya pula perlulah selari dengan agama. Kerana dirumah yang kami namakan rumah Rasulullah ini hendaknya biarlah berlaku hal-hal yang baik saja. Tempat yang tenang untuk bersuluk bak kata ramai tetamu yang dah bertandang kesini.

Semangat sungguhlah pengarah drama Wasiat Rindu ni bersembang dengan kami. Iyelah..boleh pula terjumpa orang melayu di Mekah untuk sama-sama bermalam raya. Rendang unta pun masih panas-panas lagi dari periuk kami hidangkan bersama macam-macam lagi juadah. Suasana tu memang mesra sangat rasa macam sekeluarga. Ada pulak Yassin yang rupanya pernah tinggal disini selama 8 tahun. Macam klik je. Ada juga Wafa Abd Kadir yang dulu kecik-kecik dok tengok dia berlakon. La ni dah tua tapi masih cantik.

Lama jugaklah mereka dirumah. Sampai aku dah nak tidur pun mereka masih rancak lagi. Sekali lagi rumah kami dipenuhi rahmat dek tetamu yang datang bersamanya.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...