Skip to main content

Semangat kecikguan

Adeh!! Kering tekak.. Aku rasa kalau show kena bawak sepuluh lagu pun masih boleh maintain. Tapi ini baru seround dah gatal gile tekak. Dahsyat! Kini barulah ku tahu betapa besarnya jasamu wahai guru. Terima kasih cikgu ( Najwa Latiff feat Upin Ipin) atas segala jasa dan kebaikan yang takkan terbalas. Hadiah pun selalu tak bagi time hari guru.

Waktu sekolah dulu menyampah betul dengan cikgu yang suka menjerit-jerit nih. Tapi baru sekarang tau yang depa pun bukan suka nak terjerit-jerit tu. Sakit tekakla. Tapi terpaksa sebab anak murid macam suka buat pekak badak. Dahla anak murid bukan nak belanja minum pun lepas tu. Huhu..

Cikgu terjun
Aku ni tak pernah minat nak jadi cikgu. Renyah. Tapi entah kenapa akhir-akhir ni semangat kecikguan telah tumbuh mekar dihatiku. Terasa seolah telah lama menanam cita-cita untuk menjadi seorang guru. Bersempena dengan kempen memulun bahasa arab yang sedang dilancarkan dalam GISB,memulun itu adalah bukti kesungguhan dan bukan main-main,maka aku dengan rela hatinya telah mengumpul 8 orang pelajar,lapan sahaja ye,untuk menjadi anak muridku. Mereka ni adik-adik yang dulunya belajar di Jordan tapi telah berhijrah kesini. Dah 3 tahun mereka di Jordan tu tapi sayang..mulut mereka masih berat untuk bercakap dalam bahasa arab dengan baik. Tapi memang pun,aku peratikan ramai yang boleh berbahasa arab. Tapi untuk mendapatkan lahjah/slang yang tepat tu tidak mudah. Sebab bahasa arab ni kan bahasa yang memerlukan kita untuk menyebutnya dengan makhraj yang betul. Sama macam baca Quran. Lagilah lidah melayu ni bukan mudah nak melentur tang nak sebut dhood,ghain,qaf dan sebagainya tu. Maka ramailah yang bercakap arab dengan slang jawa atau Kelantan.

Mari belajar bahasa arab
Aku ni pun bukanlah terer sangat bahasa arab ni. Qawaid pun tak mahir sangat. Cuma sebab mungkin dulu memang rajin bersembang,lepak dengan kawan-kawan arab,rajin ziarah,jaga kedai dan macam-macam aktiviti lainnya untuk melatih percakapan,maka sekarang ni kira bolehlaaa.. Nak kata mampu terjemah secara professional tu belumlah lagi. Tapi sedang nak usaha kearah tulah. Cemburula sangat tengok para penterjemah yang sangat berwibawa melontarkan bahasa beserta perkataan-perkataan yang indah. Boleh faham,tapi selalu tak terfikir nak guna. Moga dengan latihan terus menerus,akan tercapailah hasrat dihati ini.

Kelas santai
Kembali pada kerjaya sebagai cikgu tadi. Setiap hari aku akan isi dua sesi kelas,lepas zohor dan maghrib. Seronoknya jadi cikgu ni pasal aku pun boleh turut mengasah dan mengingat kembali segala ilmu yang pernah dipelajari. Adik-adik ni qawaid depa lagi mantap dari aku rasanya. Tapi tulah..geram sangat! Sebab bila ajak bercakap,lidah tu berat macam ada batu. Eeeii..aku tak bolehla macamni. Aku akan paksa depa untuk bercakap jugak! Kadang aku keluar beli barang,ada kawan arab datang rumah,aku minta tolonglah depa terjemah. Tapi semua lari..gagah tunggu aku balik. Waahhh...melampaunya! Dah bertahun kot kat Jordan tu. Aku harap usaha kecil ni dapatlah membantu mereka disamping meningkatkan juga penguasaan bahasa aku ni ha. Aminnnnn...

Inilah anak-anak muridku


Comments

Anonymous said…
sonok nye..tringin nk juin jgk class BA yg akk olah wat ni

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...