Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Malaysia ku diumur 55 tahunnya

Kenapa aku rasa bulan Ogos ini ialah bulan malas update blog bagiku? Apakah kerana letih berpuasa dibulan Ramadhan? Atau pun letih sakan berhari raya? Ataukah aku sudah kehabisan idea? Atau pun memang tak ada apa yang menarik yang telah berlaku dalam hidupku disepanjang bulan merdeka ini? Justeru bulan inilah macam-macam hal yang berlaku hingga aku ternganga tak tau nak tulis apa. Baik punya alasan..ok Harini umur negara kita Malaysia tercinta genap 55 tahun. Sudah tua rupanya negara kita. Dan apakah Malaysia telah pun mencapai tahap yang sepatutnya dicapai? Atau Malaysia masih keliru dengan hala tujunya? Cintakan negara adalah sebahagian daripada iman. Bila cinta,kita akan selalu doakan. Marilah kita mendoakan Malaysia dihari merdekanya ini agar janji Tuhan kepadanya akan segera berlaku. Inginnya melihat Malaysia bangkit atas nama negara islam sebenar. Tidak lagi sekadar menjadi negara orang islam. Semoga ianya akan berlaku dengan aman tanpa perlu melalui proses yang sungguh dah

Cup cake si bongsu

Sekarang ni ada 2 si bongsu yang pekat (mengada) gila kat sini. Sorang bongsu anak Ummu,sorang lagi bongsu anak Ummi. Nak hiburkan depa sajalah bawak ke kedai ni. Aku tak tau kat Saudi ni ada benda cute macamni.. Boleh tahan sedap cup cake dia. Siap dapat free lagi sebab hari raya. Terima kasih Tuhan..

Salam Aidilfitri

Serius! Aku tak pernah rasa sesedih ini sambut hari raya. Malam takbir tu aku,Kakak,Iyah dan Ema' takbir berempat lepas maghrib. Aku dah memang sedih dari awal dah. Bila start takbir suara dah gigil-gigil macam apa! Aku terdiam tak mampu nak takbir dah. Kakak toleh kat aku,dia pun sambung. Dah dia pulak yang takleh takbir. Iyah pulak ambil giliran. Sempatlah sampai chorus sikit lepastu semua terdiam. Ema' memang tak berbunyi langsung. Dalam nangis tu kami tergelak jugaklah pasal pertamanya suara macam orang gigil kesejukan,keduanya sebab cara sambung menyambung tu yang tak tahan. Last-last semua takbir dalam hati je sambil nangis. Sedih sebab Ramadhan dah pergi padahal waktu Ramadhan ada buat tak tahu je. Lepastu Allah bagi Syawal pulak padahal bukan layak pun. Tapi diniatkan untuk meraikan hari kesyukuran bagi kemenangan orang bertaqwa. Dalam sedih tu tetaplah persiapan raya dibuat. Tahun ni kira pertama kalilah aku try buat rendang ayam pedas ala Perak. Aku

Anger management!

Sewaktu aku tingkatan 2,aku pernah bertemu dengan seorang nenek yang telah menelek sikapku dengan mengatakan bahawa aku ni seorang yang cepat panas tapi cepat pula sejuk. Maksudnya aku ni termasuk kategori orang yang cepat marah tapi cepat reda balik. Setelah diteliti sekian lama,aku rasa aku setuju dengan hasil penglihatan tembus nenek itu. Dikalangan adik-adik pun mengakui yang aku ni cepat benar nak tegang. Tunggu orang lama sikit mulalah nak panas. Bila dah panas,mulalah merancang nak sembur macam-macam ayat bagi memuaskan hati. Biar sampai berapi. Tapi kalau tunggu lama sikit,marah tu mulalah nak mereda. Api yang marak sikit-sikit mulai padam. Sebab tu aku kalau nak marah orang,mesti rasa tak sabar nak segera bertemu supaya kemarahan dapat diledakkan. Kalau tak,nanti mood marah mulalah hilang. Teruknyalah perangai.. Kalau ditanyalah kepada mereka yang memiliki sifat panas baran ni kan,aku rasa boleh dikatakan majoritinya tak dapat kawal kemarahan mereka. Tapi lepastu mesti aka

Syawal bukan untukku

Ramadhan pergi jua akhirnya. Aku hanya mampu melambai lemah kepada tetamu agung kiriman Tuhan untukku itu. Penuh sesal kerna tidak mampu melayaninya dengan sebaik mungkin,sedang 'dia' datang bersama anugerah terindah dari Tuhan buat hamba-hamba yang dikasihinya. Benarlah..Tuhan merentangkan peluang yang sama untuk setiap kita,walau akhirnya natijah kita berbeza. Tirai Ramadhan berlabuh tanda Syawal kini menjelma. Hari kesyukuran bagi mereka yang bertaqwa yakni mereka-mereka yang telah memenangi nafsunya disepanjang Ramadhan yang mulia. Mereka itu ialah orang yang berjaya memiliki semua ganjaran dan keistimewaan yang Tuhan siapkan di bulan Ramadhan. Tuhan datangkan Syawal untuk meraikan hamba yang telah membuktikan ketaatan mereka. Puasa yang benar-benar merubah peribadi kepada yang lebih indah. Bagaimana pula nasibku di Syawal ini? Aku cukup yakin bahawa Syawal bukan untukku. Malu rasanya untuk turut sibuk merayakannya walhal Ramadhanku bagaikan sia-sia. Segala ibadah yang

Sesal

Tuhan.. Di penghujung Ramadhan ini,aku tangisi nasibku Nasib puasaku yang tidak menentu Semuanya terasa haru biru Bagai tidak tahu kemana hala tuju.. Sedang aku cukup tahu Betapa Ramadhan hadapan belum tentu ku temu Namun tetap saja ku turuti nafsuku Tetamu agung itu hanya ku biarkan berlalu Walau hati terasa oh sayu.. Ramadhan ini.. Aku tetap aku Aku yang dulu Yang masih sering kalah dengan nafsu Yang tiada lelah memujuk rayu Ramadhanku.. Apalah sudahnya? Bagaimana natijahnya? Hanya yang tinggal Belas kasih Tuhan Agar aku diampunkan Dan sudi aku direzkikan Untuk bisa bertemu Ramadhan hadapan Panjangkan umurku Tuhan Untuk aku teruskan percubaan Menghadapi Ramadhan dengan penuh keinsafan..

Guru yang bernama pengalaman

Siapa yang sangat sangat bersetuju bahawa pengalaman adalah guru terbaik sila angkat tangan! Dan aku pun melihat sekian banyaknya tangan diatas. Benarlah adanya.. Sering aku kisahkan bahawa aku tidak mempunyai sijil pengajian yang tinggi. Tidak ada satu pun kemahiran dalam diri aku ni bersumberkan ilmu yang dipelajari dimana-mana sekolah mahupun universiti. Semuanya ku timba dari pengalaman hidup dijalanan. Bukanlah aku maksudkan aku pernah menjadi pengemis dan tidur ditepi jalan. Maksud aku ialah banyak aku pelajari hal didunia ini hasil pembelajaran dari pengalaman dan sudah tentulah juga dari orang yang berpengalaman (secara tak rasmi). Contoh dari apa yang aku maksudkan ialah bila aku ke Jordan. Aku tidak langsung mendaftar disekolah. Kalau ada pun kelas yang aku masuk ialah kelas pengajian quran yang sering aku ponteng dikeranakan rakan sekelasku majoriti berumur 50tahun keatas. Mungkin aku tak biasa satu kelas dengan ibuku sendiri. Tapi aku dapati penguasaan bahasaku kian men

Solat,saf dan masjid

Dub dab dub dab. Sungguh cemas saat ini. Bagai pengantin menghitung hari. Yeke? Kenapa waktu aku jadi pengantin tak berdebar pun. Haha.. Pandai aku cover.. Ok..saat itu ialah bila nak bangun sembahyang dan saf sedang diluruskan. Dari aku kecik sekolah rendah Arqam atas bukit kat Sg Penchala tu sampailah ke tua ni,luruskan saf adalah satu perkara yang sungguh besar bagi keluarga dan jemaah. Extreme? Sila cek balik sejarah Saidina Umar meluruskan saf sembahyang tenteranya menggunakan pedang. Apakah ada hal yang lebih extreme dari itu? Iaitu bila kau tak reti luruskan saf,maka akan berdarahlah anggota badanmu dek libasan mata pedang. Extreme kan? Untuk Tuhan kot.. Kaki kena sama. Badan tak boleh bengkang bengkok. Kalau saf tak lurus,apalah erti sembahyang jemaah. Tak guna kau semangat harungi masjid untuk sembahyang jemaah,tapi sudahnya tiada apa yang didapatkan berakibat dari saf yang macam ular kena palu. Awat aku macam serius sangat nih? Memang seriusla..aku pun fobia dengan diri

Separuh jiwa berlalu

Hmm..lama pulak rehat kali ni. Tak lupa pun kat blog,tapi macam tak menyempat nak capai ipad dan mencoret. Sepanjang Ramadhan yang dah masuk hari ke 16 ni,kami dirumah ni dah macam masuk sekolah berasrama penuh balik. Rutin pada setiap hari ialah bertadarus dan juga membaiki bacaan ayat-ayat lazim dan bersedia untuk menjadi imam dan bilal untuk terawih. Dah kalah masjid meriahnya bila tiba bab terawih. Sebab bermacam ragam imam dan bilal yang dapat dilihat. Ada yang masih pelat jawa,ada yang jadi imam sambil pegang quran. Hehe.. Tapi seronok juga masuk sekolah balik. Rasa macam muda je lagi. Patutlah Abuya dan Ummu dari kecik tegas sangat pada kami terkait bacaan quran ni. Sapa yang tak betul baca quran,siaplah macam-macam denda kena. Rupanya memang bukan mudah melentur lidah untuk membaca ayat-ayat didalam bahasa arab ni tepat mengikut makhraj hurufnya. Kalau tidak betul dilatih,memanglah sebutan akan kelaut. Simpati pula aku mendengar luahan hati makcik-makcik ni perihal susahnya