Skip to main content

Salam Aidilfitri


Serius! Aku tak pernah rasa sesedih ini sambut hari raya. Malam takbir tu aku,Kakak,Iyah dan Ema' takbir berempat lepas maghrib. Aku dah memang sedih dari awal dah. Bila start takbir suara dah gigil-gigil macam apa! Aku terdiam tak mampu nak takbir dah. Kakak toleh kat aku,dia pun sambung. Dah dia pulak yang takleh takbir. Iyah pulak ambil giliran. Sempatlah sampai chorus sikit lepastu semua terdiam. Ema' memang tak berbunyi langsung. Dalam nangis tu kami tergelak jugaklah pasal pertamanya suara macam orang gigil kesejukan,keduanya sebab cara sambung menyambung tu yang tak tahan. Last-last semua takbir dalam hati je sambil nangis. Sedih sebab Ramadhan dah pergi padahal waktu Ramadhan ada buat tak tahu je. Lepastu Allah bagi Syawal pulak padahal bukan layak pun. Tapi diniatkan untuk meraikan hari kesyukuran bagi kemenangan orang bertaqwa.

Dalam sedih tu tetaplah persiapan raya dibuat. Tahun ni kira pertama kalilah aku try buat rendang ayam pedas ala Perak. Aku gagah memasak dimalam raya tu pasal lauk utama tahun ni ialah rendang unta. Aduh..aku unta ni memang lemah sikit. Bukan pasal rasa dia ke apa. Rasanya sama je macam lembu ke kambing. Tapi tiap kali nak masuk dalam mulut tu aku teringat bonggol unta tu. Teruslah kembang tekak ku. Korang janganlah terpedaya dengan sifat mengada-ada ku itu. Unta tu sedapla sangat. Rasulullah pun suka. Aku je yang jakun. Huhu..

Tengah dok masak dapat berita kata ada team produksi yang sedang shooting untuk drama tv1 nak mai rumah. Depa nak bincang nak jadikan rumah ni salah satu tempat shooting. Nantilah aku cerita panjang tentang kedatangan depa ni ye. Sedang elok je aku tengah masak rendang,Sue pulak aku minta masak mihun untuk sarapan sebelum solat raya esok,tamu pun sampai. Rezkilah..

Sajalah nak kongsikan gambar raya kami yang gagah untuk memeriahkan raya dinegara yang orang macam tak minat je nak raya. Kami macam syok sendiri je. Takpelah..depa taknak raya,kita buat macam negara kita!

Oh ya..terima kasih buat Hj Arshad yang sudi menjemput kami ke rumah terbukanya. Hj Arshad ni orang Malaysia yang ada bisnes hotel kat sini. Lepas je sembahyang raya dan makan dirumah,kami dengan menaiki GMC dan Armada telah menyerbu pula jamuan raya beliau. Syukran Haji!

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat hari raya Aidilfitri minal aidin wal faizin kepada semua pembaca. Maaf zahir batin atas salah silap aku dalam mencoret selama ini. 

















Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...