Skip to main content

Anger management!

Sewaktu aku tingkatan 2,aku pernah bertemu dengan seorang nenek yang telah menelek sikapku dengan mengatakan bahawa aku ni seorang yang cepat panas tapi cepat pula sejuk. Maksudnya aku ni termasuk kategori orang yang cepat marah tapi cepat reda balik. Setelah diteliti sekian lama,aku rasa aku setuju dengan hasil penglihatan tembus nenek itu.

Dikalangan adik-adik pun mengakui yang aku ni cepat benar nak tegang. Tunggu orang lama sikit mulalah nak panas. Bila dah panas,mulalah merancang nak sembur macam-macam ayat bagi memuaskan hati. Biar sampai berapi. Tapi kalau tunggu lama sikit,marah tu mulalah nak mereda. Api yang marak sikit-sikit mulai padam. Sebab tu aku kalau nak marah orang,mesti rasa tak sabar nak segera bertemu supaya kemarahan dapat diledakkan. Kalau tak,nanti mood marah mulalah hilang. Teruknyalah perangai..

Kalau ditanyalah kepada mereka yang memiliki sifat panas baran ni kan,aku rasa boleh dikatakan majoritinya tak dapat kawal kemarahan mereka. Tapi lepastu mesti akan menyesal tak sudah. Dan perasaan menyesal tu sangatlah menyeksakan. Hati tu mesti cakap,eeii...kenapalah aku tak tahan je sikit marah tu tadi? Kenapalah aku cakap macamni? Awatla aku sembur habis tadi? Itulah yang dikatakan terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya! Memang sangat buruk.

Kejayaan paling besar bagi golongan sebegini ialah bila dapat sedikit mengawal dirinya disaat panas memuncak. Pengalaman aku macamtulah. Bila kita rasa nak marah,tapi kita tahan rasa tu sampai menggigil,bukan takat ambil wudhuk je malah sampai kena mandi,dan bila dah lepasi saat tu,benda paling indah ialah rasa lega kerana tak jadi untuk meledakkan kemarahan itu. Fuhhhh...lega dia tu macam melayang-layang je. Memang sujud syukur sebab Tuhan bagi kekuatan.

Jadi aku selalu ingatkan diri aku untuk tahanlah sikit ketegangan tu. Perasaan lega dapat menahan marah tu jauh lebih baik dari rasa puas bila dapat menyembur kemarahan. Tak rugi kot kalau tahan marah tu. Marah tu kan mazmumah. Lagi-lagilah marah terhadap benda-benda kecik. Kalau mak marah anak malas sembahyang tu lainla kan..

Aku pun sedang menjalani terapi melawan ketegangan yang selalu menguasai diri. Terapi tu bukanlah sampai masuk rehab atau pusat pemulihan. Tapi aku selalu ingat-ingatkan diri ni janganlah sampai jadi bodoh sebab tak larat nak lawan nafsu marah ni. Walaupun...ye..memang selalu gagal. Selalu jugak termarah,tertegang,termengamuk..tapi bukannya aku suka pun. Sedih dengan diri. Bilalah aku nak jadi orang yang dalam keadaan senang dan tegang sama saja.. Bila lagi Yaallah? Tolonglah aku..

P/s: Selalu tegang dengan adik-adik yang selalu lambat siap kalau ajak keluar jalan-jalan. Eeeiiii...

Comments

Anonymous said…
marah dan mengamuklah pada nafsu

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....