Skip to main content

Separuh jiwa berlalu

Hmm..lama pulak rehat kali ni. Tak lupa pun kat blog,tapi macam tak menyempat nak capai ipad dan mencoret.

Sepanjang Ramadhan yang dah masuk hari ke 16 ni,kami dirumah ni dah macam masuk sekolah berasrama penuh balik. Rutin pada setiap hari ialah bertadarus dan juga membaiki bacaan ayat-ayat lazim dan bersedia untuk menjadi imam dan bilal untuk terawih. Dah kalah masjid meriahnya bila tiba bab terawih. Sebab bermacam ragam imam dan bilal yang dapat dilihat. Ada yang masih pelat jawa,ada yang jadi imam sambil pegang quran. Hehe.. Tapi seronok juga masuk sekolah balik. Rasa macam muda je lagi.

Patutlah Abuya dan Ummu dari kecik tegas sangat pada kami terkait bacaan quran ni. Sapa yang tak betul baca quran,siaplah macam-macam denda kena. Rupanya memang bukan mudah melentur lidah untuk membaca ayat-ayat didalam bahasa arab ni tepat mengikut makhraj hurufnya. Kalau tidak betul dilatih,memanglah sebutan akan kelaut. Simpati pula aku mendengar luahan hati makcik-makcik ni perihal susahnya nak hadam bacaan-bacaan tu. Rasanya lebih sukar untuk membaca quran daripada hendak bercakap dalam bahasa inggeris. Kalau speaking,kita dimaafkan lagi jika slang kita masih kedengaran melayunya. Sedangkan quran sangatlah terikat dengan makhraj huruf yang berbagai-bagai dan juga tajwid yang penuh dengan hukumnya. Jadi aku memang tak menyesal kerana tak dapat pendidikan inggeris sedari awal,hanya bila dah besar sikit pandai-pandai belajar sendiri. Malah aku rasa beruntung sangat kerana mendapat pendedahan tentang quran dan bahasa arab dari kecik. Kerana kalau dah besar baru nak belajar,lidah dah keras. Nak sebut apapun dah payah.

Malam ni akan diadakan sambutan Nuzul Quran. Rumah dah siap dihias macam nak raya. Aku pula diberi tugasan menyempurnakan bahagian persembahan pentas untuk para tetamu yang akan datang. Menarik juga skrip yang diberi. Cuma cemaslah takut tak sampai maksud yang ingin disampaikan. Mudah-mudahan Tuhan mudahkan semuanya.

Sudah separuh Ramadhan meninggalkan kita. Serasa separuh jiwa telah berlalu. Sedang hari yang lewat belum pun ada peningkatan yang jitu. Masih bertatih,turun dan naik untuk melepasi saat-saat dibulan kecintaan Allah ini. Apakah sudah benar berhasil dengan proses Ramadhan? Masihkah cinta dunia kebal dihati?

Oh Ramadhan...inginnya aku menjadi pencinta dan pemburu akhirat. Memohon agar sinarmu merubah kegelapan nafsu kepada hati yang berkat. Akalku biarlah tunduk pada hati seiring dengan Ramadhan yang pergi. Kerna aku tidak tahu pasti apakah Ramadhan hadapan masih ada untuk aku berpeluang mensuci hati.

Comments

Anonymous said…
Bravo

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...