Skip to main content

Guru yang bernama pengalaman

Siapa yang sangat sangat bersetuju bahawa pengalaman adalah guru terbaik sila angkat tangan! Dan aku pun melihat sekian banyaknya tangan diatas. Benarlah adanya..

Sering aku kisahkan bahawa aku tidak mempunyai sijil pengajian yang tinggi. Tidak ada satu pun kemahiran dalam diri aku ni bersumberkan ilmu yang dipelajari dimana-mana sekolah mahupun universiti. Semuanya ku timba dari pengalaman hidup dijalanan. Bukanlah aku maksudkan aku pernah menjadi pengemis dan tidur ditepi jalan. Maksud aku ialah banyak aku pelajari hal didunia ini hasil pembelajaran dari pengalaman dan sudah tentulah juga dari orang yang berpengalaman (secara tak rasmi).

Contoh dari apa yang aku maksudkan ialah bila aku ke Jordan. Aku tidak langsung mendaftar disekolah. Kalau ada pun kelas yang aku masuk ialah kelas pengajian quran yang sering aku ponteng dikeranakan rakan sekelasku majoriti berumur 50tahun keatas. Mungkin aku tak biasa satu kelas dengan ibuku sendiri. Tapi aku dapati penguasaan bahasaku kian meningkat bilamana mulutku rajin sekali menegur pengembala kambing ditepi rumah Mu'tah,bersembang terkedek-kedek dengan driver teksi,belajar menego harga barangan dipasar,dan juga hasil tugasan aku sebagai jurujual dikedai herba diwaktu itu. Hanya setelah 3 bulan,aku dah mula rasa diri aku ialah orang arab. Walaupun aku semestinya hanya syok sendiri. Bila masuk sekolah sampai ke universiti,bahasa yang aku ada tu ( yang belajar dijalan) justeru menjadi bekalan.

Begitu juga dengan menyanyi. Orang kata aku dari dalam perut dah menyanyi. Entahlah. Aku pun dah lupa. Ada sesiapa yang ingat ke apa yang dia buat waktu dalam perut? Yang aku sedar bila sejak tadika lagi ustazah suka suruh aku jadi solo walaupun pernah juga aku direject kerana tak pandai sebut R dengan betul. Padahal ustazah tu bukanlah guru vokal yang bijak menelah bakat aku. Hinggalah seterusnya tiba-tiba aku rasa konon dah jadi artis bila waktu umur 8-9 tahun dah berhasil menerbitkan 2 buah album tanpa melalui kelas vokal seperti didalam Akademi Fantasia. Bila dah join Mawaddah,aku dan adikku Fatim semakin galak mencorak vokal sendiri dengan melayan feel yang keluar dari hati. Apa punya style belajar pun aku tak tau. Segala lenggok yang keluar itu asli dari akal dan hati. Moga bukanlah dari nafsu. Cara buka mulut,tarik suara,tahan nafas,lontaran suara,semuanya bagaikan berlaku secara semulajadi. Tidaklah sepenuhnya semulajadi sebab sebelum recording macam-macam doa aku lontarkan. Dan sudah tentulah segala ilmu itu datangnya dari Tuhan. Bila sesekali bertemu guru vokal,mereka pasti kehairanan dari mana kami belajar susun atur suara (harmoni) padahal tak pernah masuk kelas pun. Samalah juga dengan nak cipta lagu. Baring-baring,try test cuba,terhasillah lagu baru. Tanpa keyboard,tanpa note lagu. Shh..istilah-istilah muzik dan seni suara pun bukannya aku tau! Reka-reka je sebut tu. Huh!

Belajar kereta pun hasil dari penelitian waktu tingkatan 2 rajin ngekor kakak ipar berjalan. Sikit-sikit aku beranikan diri tukar gear. Dan bila tiba-tiba satu hari abang aku offer sapa nak bawak kereta,dengan lajunya aku terus berpindah ke tempat duduk driver. Dan kereta itu berjaya berjalan dengan jayanya.

Komputer. Pernah waktu darjah 6 masuk kelas komputer. Tapi kerap tertidur sebab timingnya ialah lepas zohor. Kemudian mula curi-curi laptop orang untuk gode-gode sesuka hati. Sampailah sekarang ni pun aku heran macamana boleh sedikit menguasai benda alah ni.

Dan begitulah hal-hal yang seterusnya. Aku cerita ni sebab aku yakin korang pun memang lalui proses pembelajaran macamni. Pengalaman ialah guru terbaik tu bukan aku sorang je yang tempuh. Malah mungkin pengalaman aku ialah guru tercorot dikalangan sekian banyaknya guru-guru (pengalaman) yang lain. Aku banyak interview orang-orang. Pengalaman depa lagi dahsyat. Ada tu yang tak pernah pun masuk sekolah kedoktoran,tapi hasil pengalaman jadi assistant nurse yang tak bertauliah,sekarang dah boleh jahit orang lagi. Ada lagi yang siap boleh repair enjin kereta-kereta mewah walhal sekalipun tak pernah masuk sekolah vokasional atau kursus kebengkelan.

Tuhan sangat adil. Dia ialah mahaguru untuk segala ilmu didunia dan akhirat. Maka jangan pernah kita bersedih hati jika tidak berpeluang belajar tinggi kerana sudah terbuki ilmu itu dimana saja pun kita mampu dapati.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...