Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Cerita Kaabah

Buat pertama kali ibuku direzkikan untuk menunaikan ibadah umrah ke Makkah pada tahun ini. Pulangnya dari umrah tidak membawa air zam-zam,kurma mahupun ole-ole yang biasa dibawa orang pulang dari Mekah,tapi ibuku pulang membawa bersama cerita dan semangat umrah yang aku kira jauh lebih berharga dari buah tangan biasa.. Saban tahun ummat islam dari serata dunia mendatangi Mekah untuk menunaikan ibadah kemuncak iaitu haji. Tak kurang juga yang pergi untuk mengerjakan umrah. Hingga ada yang mati disana. Ada yang mati kerana sakit,ada juga yang mati kerana dipijak ketika berasak-asak untuk mencium hajarul aswad. Begitu sekali manusia sanggup berkorban demi memenuhi panggilan Tuhan ke rumah suciNya Kaabah. Namun mengapa umrah atau haji hingga saat ini belum benar-benar menjadi kekuatan untuk ummat islam? Kenapa masih ramai yang sering berulang alik kesana,tapi belum mampu berubah menjadi peribadi yang agung? Bukankah tujuan kesana itu untuk akhirnya bisa membawa pulang semangat dan kekuatan

C.I.N.T.A dan Bahagia

Seorang teman suatu hari berkata pada saya, “ Untung kamu,Khaulah.. Hidup kamu sempurna je. Ape nak,semua dapat ”. Saya hanya tersenyum.. Tuhan tidak menjadikan manusia itu sempurna melainkan penuh dengan kekurangan. Jika Tuhan lebihkan yang ini,Tuhan juga akan kurangkan yang itu. Begitulah biasanya yang berlaku. Dengan kelebihan yang diberikan Tuhan minta kita bersyukur. Dengan kekurangan yang ada Tuhan minta untuk bersabar. Kelemahan juga adalah jalan terbaik untuk kita tetap merasa hamba. Janganlah sampai menjadi Fir’aun yang akhirnya merasa diri Tuhan kerana tidak melihat sama sekali kekurangan pada dirinya. Saya percaya setiap orang punya kebahagiaannya tersendiri. Setiap orang juga pasti ada kesedihannya yang tersendiri. Jika tidak,masakan ada orang yang kita lihat hidupnya dilimpahi kekayaan,kemewahan,harta,pangkat dan lain-lain hal yang sangat diimpikan manusia,tetapi akhirnya mati bunuh diri? Itu banyak terjadi pada artis-artis yang punya gaya hidup seperti syurga dunia. Denga

Nur Muhammad..penghubung hati dengan Tuhan

Kami adik beradik sejak kecil lagi dibesarkan dengan cerita dan kisah perihal keajaiban alam ghaib. Bermula dengan rukun iman yang mempercayai kewujudan Allah dan Malaikat secara ghaib. Juga roh-roh suci yang hingga kini dipercayai masih terus berperanan untuk membangunkan islam dan menyuburkan kecintaan kepada Tuhan dihati manusia. Masih segar diingatan ketika masih berusia sekitar 5-7 tahun,tiap kali berkesempatan bertemu dengan Abuya dan Ummu,pasti mereka tidak akan lupa menyelitkan satu dua kisah para wali dan orang soleh. Cerita-cerita seperti itu sudah menjadi seperti ‘bedtime stories’ untuk kami. Ketika itu saya masih terlalu kecil untuk memahami semua itu lebih dari sekadar sebuah cerita menarik,namun kini saya sepenuhnya pasti akan kebenaran kata-kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya ”. Saya sering diajak Abuya dan Ummu untuk merenungkan sesuatu isu yang tidak lagi pernah diperkatakan orang sejak sekian lamanya. Jika orang bercerita pun,tidak seperti yang sepatu

Eid milad saied..

Selamat Ulangtahun.. Happy birthday, Eid milad saied, Kullu ‘am wa antum bi alfi khair.. Tidak pernah aku berkesempatan memberikan yang terbaik untuk dirimu. Lebih-lebih lagi dihari ulangtahunmu ini. Aku hanya ada kado berupa doa-doa(seperti biasanya) yang aku harap akan turut memberi erti dalam hidupmu. Aku tidak pasti sebesar apakah nilainya. Hanya aku tau,jika Tuhan yang memberi pasti nilainya jauh lebih berharga dari apa yang mampu aku berikan.. Aku tidak memiliki satu kelebihan apapun yang bisa dianggap istimewa dimatamu. Aku hanya seorang insan yang sering berusaha sekuat mungkin untuk membahagiakanmu. Tapi aku hanya manusia biasa.. Tidak terlepas dari kelemahan yang sering mengukir kesal dihatimu. Doaku dihari yang indah ini agar Tuhan sentiasa bersamamu memberikan yang terbaik disetiap kau mengorak langkahmu. Dimana jua dikau berada,biar Tuhan tetap menjaga.. “.. Tuhan.. Aku mohon dengan rahmat dan kasih sayangMu,rahmatilah dia.. Insan yang sering membawa aku dekat denganMu. Se

Seorang Dia..

Dia..yang sering buatku bahagia. Yang sering buatku ketawa. Sering juga aku menangis kerananya.. Dia nun jauh disana. Namun dekat dijiwa. Hidup didalam setiap untaian doa.. Dia..anugerah berharga. Jambatan menuju Tuhannya. Bukan dimiliki,tapi dihargai.. Dia..yang sering mengetar jiwa. Dalam gembira mahu pun berduka. Diingati setiap masa.. Dia..yang sering ku buat kecewa. Bukan niatku,bukan menyengaja. Itulah kelemahanku yang paling ketara.. Dia yang tidak pernah tahu apa yang ada dihatiku. Dia yang jarang ku beritahu apa mahuku.. Dia dekat tapi jauh. Jauh tapi dekat. Moga Tuhan melimpahkan rahmat..

Segalanya bagiku..

Tuhan..aku datang. Aku datang bersama jutaan rahsia hatiku. Rahsiaku bukan rahsiaMu. Rahsiaku kerna aku sendiri tidak tahu. Engkaulah yg maha tahu. Aku bawakan rahsiaku ini padaMu agar kau akan bukakan pula rahsiaMu untukku. Tiada yang tahu mengenaiku sepertimana engkau mengenaliku. Tak seorang pun yang mendengarku seperti engkau sering mendengarku. Aku simpankan semuanya hanya untukMu. Kerna semua itu dariMu. Aku tidak pernah mau punya teman curhat. Kerana aku lebih percaya dgn engkau. Masalahku engkau yang punya. Jadi,biar engkau yang akan menyelesaikannya. Kadangkala terasa ingin berteriak untuk luahkan apa yang terpendam. Bukan kerna tak percaya bahawa engkau maha mendengar. Justeru kerana aku tahu hanya engkau yang mendengar. Tuhan..aku bahagia ketika bersedih. Kerna sedihku biasanya membawa aku dekat denganMu. Walau sakit,namun aku percaya engkau sedang sgt dekat,dan aku bahagia. Aku jarang mendapatkan pilihan yang aku mahukan. Aku sering kau hadapkan dengan dilema yang sukar. Na

Angin rindu di Eropah..

Diantara hal yg dapat memberi kepuasan didalam diri saya adalah menulis. Tapi kerana bukan mudah utk puas,maka bukan mudah jugalah utk menulis ;-) Entah kerana terlalu sibuk atau malas,saya sendiri kurang pasti. Yang pasti,dikeranakan keinginan menulis itu jarang-jarang bisa tersalur,maka akhirnya saya jadi bermain dengan kata-kata hanya didalam hati. Dan itu juga sebetulnya memberikan kebahagiaan.. Beberapa tahun kebelakangan ini adalah tahun-tahun yang banyak membawa saya terbang jauh dari tanahair tercinta. Selain Indonesia(akhirnya tulisan saya jadi berbaur indonesia),Australia dan kini di Eropah pula. Tuhan maha baik. Dia menguji saya dgn ujian yg kadang-kadang terasa begitu berat,namun setelah itu Dia memberi nikmat kepada saya hingga akhirnya saya melupakan ujian-ujian sebelumnya. Pergiliran antara ujian dan nikmat itu sangat dapat dirasai. Hanya belum ‘sangat’ disyukuri. Eropah..dari Perancis,ke Jerman,melewati Belgium,Belanda,UK dan insyaallah akan ke Turki. Perjalanan kali ke

Corat coret Perth-KL

Genap sebulan keberadaan sy di bumi Perth,Australia buat kali kedua ini,akhirnya sy pulg ke tanah air tercinta,Malaysia.Kepulangan kali ini diiringi pelbagai rasa.sedih,cemas,takut,harap,syukur,dll.Sy sedih meninggalkan anak2 saudara,adik2 dan kwn2 disana.Gembira krn ingin bertemu kembali keluarga dimalaysia.Takut krn stlh ini ada tanggungjwb yg lbh besar menanti,dan berharap agar tuhan tidak tinggalkan sy sendirian didlm menjalani kehidupn sbg seorang pejuang dimasa akan dtg. Setiap pertemuan,pasti ada perpisahan.Seringkali juga kita berharap disetiap perpisahan,akan ada pertemuan disepanjang usia perpisahan.Namun,harapan kita belum tentu sesuai dgn kehendak Tuhan yg pastinya punya perancangan yg lebih bijak dan jauh lbh baik keatas diri kita.Walau adakalanya apa yg Tuhan lakukan itu tidak menggembirakan kita,namun hakikatnya ia pasti akan memberi kebahagiaan buat kita didunia dan juga diakhirat. Perjalanan Perth-KL dgn airasia yg mengambil masa lebih kurg 5jam stgh terasa lebih pnjan

Ayahku..Pemimpinku..

Salam.. Dah lama rasanya tak menulis ni..sibuk sgt rasanya-show,teater,bisnes..yg paling sempat nak tulis pun tulis sms je.sikit2 kt facebook.dpt tulis sikit pun dah rasa puas.mcm ada beban didada yg terlepas.. Melancong,jalan2,makan angin,travelling,musafir.. Apapun juga istilah yg disebut org,itulah hobi saya.. Memang antara doa yg selalu dipanjatkan ialah agar dpt selalu bermusafir.. Penat?itulah hiburannya.. Ada juga disebutkan bhw musafir ini antara jalan terbaik utk dekatkan diri dgn tuhan.. Mngikut pengalaman saya,itulah kenyataanya.. Bila berjalan dimuka bumi Tuhan ini,melihat keagungan,kehebatan ciptaan Tuhan,sepatutnya kita akan semakin terkenangkan Tuhan yg telah menciptakan segala keindahan didunia ini sbg bukti kewujudan dirinya.. Masakan kita hanya melihat ciptaanNya tanpa memikirkan sang pencipta? Kejam rasanya kita jika melupakan pemilik segala khazanah kekayaan langit dan bumi,dunia dan akhirat.. Iya..sebagai manusia biasa,sesekali pasti akan melupakanNya.. Maka,Tuhan