Skip to main content

Corat coret Perth-KL


Genap sebulan keberadaan sy di bumi Perth,Australia buat kali kedua ini,akhirnya sy pulg ke tanah air tercinta,Malaysia.Kepulangan kali ini diiringi pelbagai rasa.sedih,cemas,takut,harap,syukur,dll.Sy sedih meninggalkan anak2 saudara,adik2 dan kwn2 disana.Gembira krn ingin bertemu kembali keluarga dimalaysia.Takut krn stlh ini ada tanggungjwb yg lbh besar menanti,dan berharap agar tuhan tidak tinggalkan sy sendirian didlm menjalani kehidupn sbg seorang pejuang dimasa akan dtg.

Setiap pertemuan,pasti ada perpisahan.Seringkali juga kita berharap disetiap perpisahan,akan ada pertemuan disepanjang usia perpisahan.Namun,harapan kita belum tentu sesuai dgn kehendak Tuhan yg pastinya punya perancangan yg lebih bijak dan jauh lbh baik keatas diri kita.Walau adakalanya apa yg Tuhan lakukan itu tidak menggembirakan kita,namun hakikatnya ia pasti akan memberi kebahagiaan buat kita didunia dan juga diakhirat.

Perjalanan Perth-KL dgn airasia yg mengambil masa lebih kurg 5jam stgh terasa lebih pnjang dr biasa.Tidak byk yg boleh dibuat.Makan,tidur,membaca,dgr lagu.Tiap kali sy berharap agar wkt akan berjalan lebih cepat kerana terasa sudah jenuh hanya duduk dibangku pesawat.Dgn pesawat yg lbh besar,seat yg lbh selesa,(dibandingkan dgn penerbangan diperingkt awl swkt baru dilancarkan)tetap tidak mampu mengurangkan debaran dihati sy.Adik sy fatim,awl2 lg telah mengingatkan,sebaik saja smpai,sy harus kestudio utk menyelesaikan rakaman album pertama Generasi Harapan.Dan sy hnya mampu berdoa agr dipermudahkan segala urusan memandangkn kami tidak punya byk wktu lg.Jika Tuhan izinkan,dijangka kmi akan berangkt ke perancis atas jemputan show.Sy belum pasti berapa lama pula kami akan berada disana.dan jika kami jd berangkt,ini adlh trip ke3 utk sy kesana.terlalu byk perkara yg perlu diselesaikan sebelum keberangkatan.Abuya dan ummu telah berpesan,” jgn lupa membawa senjata utk berperang “ merujuk kpd pemergian kmi yg lbh kpd misi dakwah.berdakwah melalui bidang hiburan.menurut ayah sy,peranan kebudayaan(nasyid,teater dsb) hanyalah bagaikan habuk didlm perjuangan.namun,habuk jika terkena mata,merah juga mata kita dibuatnya.kata2 itu memberi makna,wlupun kelihatannya bidang hiburan ini tidaklah sebesar bidang2 yg lain,namun ia tetap memberi kesan kpd manusia.hati sy menangis mengenangkn itu.takutnya sy jika sy mnjadi seorang budayawan yg hanya mmberi kesan kpd telinga manusia,tp tidak menyentuh hatinya.lebih2 lg jika apa yg dipersembahkan itu pula hanya akan mghiburkan nafsu manusia.na’uzubillah..dan diatas semua itu,lebih lg sy takutkan jika sy hanya mmberi kesedaran,peringatan kpd org lain,ttp tidak pd hati dan diri sndiri.Tuhan..lindungi aku dr segala yg aku takutkan itu..

Sambil menulis,sesekali sy menoleh kearah adik sy,sofwah.kelihatannya dia masih sedih meninggalkan Perth terutama kwn kami ku nur habibah.sy juga berkongsi kesedihan yg sama,hanya cuba mnjadi lbh kuat dr biasa.masih terbayang kesedihan ibah,(panggilan buat ku nur habibah) sewaktu mengetahui kmi akan berangkt pulg.lebih2 lg melihat tangisannya yg membuatan sy rasa bersalah meninggalkan dia disana.namun,itulah kehidupan..kita tidak hanya akan melalui saat2 yg manis(seperti jln2 ke caroussel,minum diUtopia,makan diGelare,little lebanon,ispa kebab,shopping di good sammy,hang out diNorthbridge) tp kita juga akan melalui saat yg menyedihkan(seperti wanis mati,(anak kambing kami)dan juga perpisahan ini) cuba lihat,diatas byknya saat gembira yg ditempuh,hanya sedikit sedih yg harus ditanggung.itulah ksh syg Tuhan.menggilirkan semuanya agar kita tidak smpai lupa kpdNya.sy peribadi akan terus mndoakan agar semua yg ditinggalkan akan sentiasa didlm perlindungan Tuhan.sy juga tentu berharap agar tidak dilupakan dlm setiap doa yg dipanjatkan..

Thank you allah- lagu dendangan Maher Zain seorang penasyid asal lubnan menemani sy disepanjang penerbangan.Suaranya begitu lunak mengalunkan bait2 lagu yg memberi makna yg tersendiri dihati ini.lagu ini mengingatkan betapa Tuhan terlalu baik pd sy.wlu sy terlalu jauh,namun Dia terlalu dkt.mengingatkn jg kenangan diPerth,rumah kami sering berkumandang lagu2 beliau terutama ketika sdg sibuk memasak dan mengemas rumah.lagu2nya mnjadi kegemaran setiap kami dan pernah jg sy bawakan ketika mmbuat persembahan.liriknya sederhana,kuat melodinya membuai hati.

" .. Allah..i wanna thank you for all the things that u've done..
You've done for me thru all my years i've been lost..
You guided me from all the ways that were wrong..
and it you give me hope.. "

Disaat ini juga terkenang kpd insan yg sgt dekat dihati sy.bagaimana keadaannya?sihatkah dia?marahkah dia kpd sy?kami sememangnya jarang dpt berada disaat masing2 memerlukan sokongan,bantuan.namun,sy percaya kpd kekuatan doa yg tidak pernah memisahkan hati kmi wlu jarak terlalu jauh memisahkan.mg Tuhan sentiasa bersamanya,melindunginya,memberinya kekuatan dan membahagiakannya,doa sy yg tidak pernah putus buat dirinya..

Abuya,ummu..sejauh ini sy berjalan dan akan terus berjalan..semuanya krn keberadaan kalian yg juga bukan secara fizik,tp secara hati.memapah disaat lemah,memimpin disaat sesat,mengangkat ketika jatuh,menampung setiap kekurangan,dan yg paling diperlukan..merotan ketika nakal.sy tidak mungkin akan mampu utk terus berjalan jika bukan dgn ksh syg kalian.sy pasti sudah jauh ditinggalkan jika bukan krn kalian yg mghulurkan tangan.jasa Abuya,ummu tidak terluahkan apa lg utk dibalasi.hanya doa dan peningkatan diri yg diharapkan dpt sedikit menghiburkan.walau belum juga dpt dicapai..

Akhirnya,mg Tuhan maha penyayang akan membantu semuanya dan beri kemenangan utk islam..

Khaulah asaari
Pesawat Airasia Perth-KL
25/4/2010

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...