Nur Muhammad..penghubung hati dengan Tuhan

Wednesday, July 21, 2010
Kami adik beradik sejak kecil lagi dibesarkan dengan cerita dan kisah perihal keajaiban alam ghaib. Bermula dengan rukun iman yang mempercayai kewujudan Allah dan Malaikat secara ghaib. Juga roh-roh suci yang hingga kini dipercayai masih terus berperanan untuk membangunkan islam dan menyuburkan kecintaan kepada Tuhan dihati manusia. Masih segar diingatan ketika masih berusia sekitar 5-7 tahun,tiap kali berkesempatan bertemu dengan Abuya dan Ummu,pasti mereka tidak akan lupa menyelitkan satu dua kisah para wali dan orang soleh. Cerita-cerita seperti itu sudah menjadi seperti ‘bedtime stories’ untuk kami. Ketika itu saya masih terlalu kecil untuk memahami semua itu lebih dari sekadar sebuah cerita menarik,namun kini saya sepenuhnya pasti akan kebenaran kata-kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya ”.

Saya sering diajak Abuya dan Ummu untuk merenungkan sesuatu isu yang tidak lagi pernah diperkatakan orang sejak sekian lamanya. Jika orang bercerita pun,tidak seperti yang sepatutnya. Antara isu yang meninggalkan kesan yang paling dalam dihati ialah perihal ‘ Nur Muhammad ’. Satu cahaya yang kerananya lah diciptakan langit bumi dan seluruh ciptaan ini. Cahaya yang telah berperanan sejak zaman Nabi Adam,kemudian berperanan dalam bentuk jasad dizamannya,hinggalah peranannya sebagai nabi akhir zaman setelah kewafatannya. Masyaallah.. Nabi Muhammad itu ternyata bukan sahaja seorang nabi,malah baginda sebenarnya ialah kuasa cahaya yang menghubungkan hati-hati manusia dengan Tuhan disepanjang umur dunia. Cuba kita fikirkan,baginda disebut sebagai nabi akhir zaman. Tapi baginda sudah wafat. Kira-kira bagaimana agaknya baginda bisa terus berperanan? Itulah yang disebutkan bahawa kekuatan roh itu mampu bekerja jutaan kali ganda daripada tenaga jasad yang sangat terbatas. Ditengah hiruk pikuk masyarakat dunia sekarang yang kerosakannya itu jauh lebih dahsyat dari zaman jahiliyyah dahulu,namun nama Nabi Muhammad itu sendiri hakikatnya tidak pernah berjaya dipadamkan dari hati pencinta-pencintanya. Walhal,yahudi telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan baginda tidak lagi dikenang sesiapa. Termasuk cubaan mencuri jasadnya untuk melenyapkan sebarang pengaruhnya. Kuasa Tuhan mengatasi semua itu. Nur Muhammad itu hakikatnya teruslah berjaya mengungguli semua tokoh-tokoh didunia hari ini. Mana ada tokoh dunia sekarang yang mampu bekerja setelah matinya! Sedangkan Nabi Muhammad itu tetaplah nabi akhir zaman walaupun baginda telah wafat. Ajaib..!

Cinta dan rindu kepada Nabi Muhammad itu sebenarnya adalah satu sumber kekuatan ummat islam. Yahudi sangat tahu ini. Kerana itu mereka berusaha sehabis daya untuk menghapuskannya. Sayang..ummat islam sendiri tidak tahu sebesar apakah nilaiannya. Berjaya jugalah yahudi dengan misi mereka. Namun..mereka juga tahu yang tidak selamanya islam akan kalah. Nur Muhammad kini semakin bersinar dan bercahaya. Cahayanya bagaikan magnet yang akan menarik setiap hati untuk berdatangan kepadanya. Sama-samalah kita mengusahakan cinta dan rindu kepada nabi akhir zaman yang tidak pernah berhenti mencintai dan merindui kita ummatnya..

Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini
Kepada Nur Muhammad caha sebagai sumber segala cahaya

Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini
Kepada Nur Muhammad cahaya penghubung hati dengan Allah

Cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan
Dengannya hati dapat mengenal dan melihat Allah
Dan mampu untuk berhubung dengannya

Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya
Allah lah yang menggerakkan setiap gerakannya
Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia

Dialah Allah yang melantiknya
Bayangan nur Muhammad yang dipinjamkan
Pesuruh diatas pesuruh
Cahayanya diatas sumber cahaya

Cahaya Nur Muhammad..
Penghubung hati dengan Tuhan..

Cahaya zaman yang tidak pernah padam
Oleh seribu satu kegelapan yang menghalang
Mampu menerangi akhir zaman
Maka islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia..

Eid milad saied..

Tuesday, July 20, 2010

Selamat Ulangtahun..
Happy birthday, Eid milad saied, Kullu ‘am wa antum bi alfi khair..

Tidak pernah aku berkesempatan memberikan yang terbaik untuk dirimu. Lebih-lebih lagi dihari ulangtahunmu ini. Aku hanya ada kado berupa doa-doa(seperti biasanya) yang aku harap akan turut memberi erti dalam hidupmu. Aku tidak pasti sebesar apakah nilainya. Hanya aku tau,jika Tuhan yang memberi pasti nilainya jauh lebih berharga dari apa yang mampu aku berikan..

Aku tidak memiliki satu kelebihan apapun yang bisa dianggap istimewa dimatamu. Aku hanya seorang insan yang sering berusaha sekuat mungkin untuk membahagiakanmu. Tapi aku hanya manusia biasa.. Tidak terlepas dari kelemahan yang sering mengukir kesal dihatimu.

Doaku dihari yang indah ini agar Tuhan sentiasa bersamamu memberikan yang terbaik disetiap kau mengorak langkahmu. Dimana jua dikau berada,biar Tuhan tetap menjaga..

“.. Tuhan.. Aku mohon dengan rahmat dan kasih sayangMu,rahmatilah dia.. Insan yang sering membawa aku dekat denganMu. Sering memberi sinar bahagia dalam hidupku.
Dihari ulangtahunnya ini,tambahkan iman dan taqwanya,pancarkanlah cahayamu dalam hidupnya selalu,panjangkan umurnya seiring dengan kebaikan-kebaikan dariMu. Beri kejayaan untuknya didua negara,dunia dan akhirat. Aku tidak akan mampu memberinya hadiah sebesar hadiah dariMu. Lebih-lebih lagi aku tidak akan mampu mencintainya seagung cinta dariMu..”