Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Telefon hati yang free

Sejak akhir-akhir ni selalu sangat berlaku gangguan letrik kat chalet ni. Sudahlah cuaca semakin panas. Harini je mencecah 54 darjah. Aduii..bahangnyaa Yaallah. Naik Armada pasang aircond pun macam takde hasil. Duduk dalam bilik bukak aircond paling sejuk pun tetap berpeluh. Apa lagilah bila Tuhan uji dengan letrik takde ni. Nak latih untuk pandai syukur dengan ujianlah ni.. Semalam lepas tawaf bawak adik-adik ke maktabah tempat Rasulullah lahir. Ada tulisan disitu yang mengatakan,disini tiada bukti yang kukuh bahawa Nabi dilahirkan disini. Jadi dilarang berdoa atau mengambil berkat. Hm.. Macam-macam cara wahabi buat untuk melenyapkan pengaruh Nabi dimuka bumi. Nasib baik Tuhan jadikan hati sebagai telefon untuk menghubungkan kita dengan roh Nabi yang sangat berperanan dari dulu sampai sekarang. Kalau nak harap apa yang dilihat dengan mata je,memanglah takde apa yang tersisa.  Hebatnya Tuhan pencipta hati. Menghubungkan kita dengan orang-orang kesayangan yang jauh dimata,tidak dap

Jangan lepaskan tanganku

Ada kesedihan yang tak mampu untuk aku luahkan Ada permasalahan yang tidak ku mengerti untuk menyelesaikan Namun aku yakin sepenuhnya padaMu Tuhan Hanya engkau yang mampu untuk memecah kebuntuan.. Bila aku berhadapan dengan jalan mati,jantungku seakan mahu berhenti Aku toleh kanan dan kiri. Tiada apa yang kutemui Dari jauh ada sinar yang menyinari Yaallah..kau datang menghulur harapan pada hambaMu ini.. Beban ini engkau yang beri Untuk menguji kekuatan iman dihati Ku panjatkan doa sepenuh hati Memohon keampunan,kemaafan dan simpati.. Tuhan..jangan pernah tanganku kau lepaskan Tuntunlah aku terus didalam kebenaran Ku ambil Allah,Rasul dan pemimpin sebagai kekuatan Moga hati,akal dan nafsuku ini terus dalam pimpinan..

Bersyukur dengan ujian

1.24 pagi. Sudah pun memasuki 29 May 2012. Pulang dari menemani Kakak dan Fah tawaf qudum,Tuhan memberikan busyro dihujung bulan 5 ini. Sebiji lagi telur burung kasawari menetas. Menurut info dari jabatan veterinar,dari 6biji telur biasanya hanya 1 yang akan jadi anak. Selepas Iyah (anak kasawari yang baru menetas) keluar haritu,kami tidak terlalu berharap untuk dia mendapat kawan. Walau tetap berdoa agar Tuhan lakukan keajaiban. Maha besar Tuhan.. InsyaAllah lusa Iyah tidak lagi keseorangan. Adik-adik dah tidur. Kepenatan berasak dan bersesak di Kaabah tadi. Lautan manusia yang cukup menyesakkan. Hampir tak dibenarkan masuk masjid sebab ada ipad dalam beg. Namun alhamdulillah..untuk kesekian kalinya rumah agung itu dapat dijejaki. Mengingat betapa banyaknya nikmat yang Tuhan beri,tidak mampu disyukuri apa lagi untuk dibalasi. Sesekali didatangkannya ujian melengkap warna dalam kehidupan. Tidakkah ujian itu juga patut disyukuri? Jika kita mampu melihat hikmah dari kesusahan,nescay

Pantun nasihat berkerat-kerat

Pantun Orang Malas Solat Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam siang… Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan 10 minit,setiap satu waktu aku tak boleh luang... Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang… Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…? Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur kita bukannya panjang Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…. Apasal la aku malas sembahyang Siksa neraka cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak s

Iktibar dari binatang

Sejak aku mula belajar mendekati binatang-binatang ni,banyak ilmu yang aku dapatkan. Aku tengok gelagat mereka,gaya makan,gaya tidur,cukup menghiburkan. Sampai kadang-kadang rasa yang depa ni macam orang pulak. Bila aku tengok Nur (kuda) suka buli Rini (keldai) aku akan bebel-bebel marah jangan gaduh. Macamlah depa faham! Tapi itu dah jadi macam reaksi spontan bila melihat tingkah mereka. Dengan keldai aku beranilah jugak. Tapi dengan kuda agaknya sampai bila-bila aku akan takut. Bolehlah sekadar nak usap-usap dari luar stable. Tapi tak ingin nak naik ke,bawak jalan ke. Sebab kuda ni dia ada perangai yang tak terduga. Nampak macam gagah,rupanya takut plastikla,takut asap,takut lampu. Aku lagila takut. Konon ah nama Khaulah macam Khaulah Al Azwar yang terer naik kuda. Tapi penakut ya ampuunn. Awat aih.. Aku salutla tengok adib and the geng layan kuda tu macam geng depa je. Yang aku belajar baru ni ialah tabiat anak kuda yang akan ikut perangai mak dia. Sebab aku tertanya-tanya,anak k

Chalet Nur Muhammad Part 3

Kalau aku jadi pengarah drama dah tentu lama kena reject akibat lambat menyiapkan episod seterusnya. Tapi disebabkan aku bukan director drama,aku hanya penulis blog picisan yang tak berdisplin,maka aku suka hati untuk baru melanjutkan part 3 untuk kisah Chalet Nur Muhammad. Kalini nak kabo pasal kambing dan kibas pulak. Hok warna putih tu kibas,yang hitam dan coklat tu kambing gurun.  Salam semua.. Terpaksa pegang mak yang suka merayau sebab anak nak menyusu Penunggang kambing cilik Sebahagian kambing di Chalet Nur Mohd Dalam kandang Pantang orang dekat semua pakat lari Wakil kambing gurun yang sempat di snap Kambing dan kibas di CNM ni antara binatang yang paling banyak memproduk anak dan susu. Setiap hari ada je anak yang baru dilahirkan. Susu pun bertambah-tambah,alhamdulillah.. Cukup untuk jemaah umrah yang datang teringin rasa susu kibas dan kambing. Depa ni tak banyak gelagat sangat. Tapi yang comel ada sekor tu bila lahir je mak dia mati,ja

Kurma : Buah kesukaan Rasulullah

Apakah menu yang paling utama dan pertama waktu berbuka? A. Air tebu B. Ayam panggang C. Tongkeng goreng tepung D. Laksa Ok jawapannya ialah.. E. Kurma Aku memang teruk gile. Mujahadah sangat nak berbuka dengan kurma. Sebab aku ni penakut lipas. Dan terasa bentuk kurma tu semacam.. Ampun Rasulullah sebab samakan buah kesukaan Tuan dengan lipas. Tolong taubatkan saya.. Bila nak buka je,Ummu akan hulur kurma sorang satu. Maka kami secara senyap akan sorokkan kurma bawah pinggan. Cuit sikit je lepastu terus sambar air dan hidangan lain yang sedang melambai-lambai. Duh..! Tapi zaman jahiliyah itu sudah berlalu. Kini aku tampil dengan selera baru. Hehe.. Entah siapalah yang mengubahnya,aku pun tak tau. Sekarang ni aku dah jadi pencinta kurma. Lagi-lagi ditanah haram ni macam-macam jenis kurma ada. Kat Madinah lebih lagilah. Ambar,Sukkari,Mabrum,Balah,Rutob,Ajwah yang dikenali sebagai kurma Nabi,dan macam-macam jenis lagi. Nak pulak sekarang ni depa buat kurma gabung dengan c

Tidak mudah beristiqamah

Situasi 1 Baru lepas facial,muka rasa tegang,jerawat hilang,parut berkurang. Beli pencuci muka,krim,toner,kapas muka,pengecut jerawat,besi korek jerawat,scrub dan alat-alat penjagaan muka lainnya. Bulan pertama cuci muka 2x sehari,bulan ke 3..bulan ke 6 dah tinggal sekali je cuci. Pencuci pun dah malas nak beli. Masuk setahun dah berkarat muka. Situasi 2 Jumpa Dr Azlina cuci gigi. Rasa ringan karang gigi dah takde. Sikit-sikit tengok cermin. Tukar berus gigi baru,beli produk penjagaan gigi,kumur dengan air berangin tu,gosok gigi 2-3x sehari. Bulan pertama,kedua,ketiga.. Setahun berlalu,gigi dah macam gigi unta. Dua situasi diatas itu ialah realiti. Realiti yang berlaku pada kita. Oklah. Bukan kita,tapi yang lebih tepat ialah aku. Aku tak malu nak ngaku sebab nak jadikan bukti bahawa betapa susahnya istiqamah.  Susah ke? Senang je.. Senang ke? Susahlah sangat.. Hakikatnya memang susah. Sebab tu orang selalu cakap,biarlah amalan itu kecil,tapi istiqamah. Bukannya bajet gempak

Fakta tentang Kaabah

Aku dapat info ni dari group BB yang melambak kat BB aku ni. Saja nak kongsikan disini. Mudah-mudahan menambah pengetahuan dan memberi manfaat bersama.. Fakta tentang Kaabah yang mungkin tidak ramai tahu:- 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. Doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Alla

Aku yang pelupa

Tuhan ciptakan manusia dengan akal yang sangat terhad jangkauannya. Sedangkan kehebatan Tuhan itu sangat luar biasa dan tidak mampu difikirkan dengan akal. Tuhan isytiharkan dirinya sebagai raja segala raja yang menguasai seluruh dunia dan akhirat. Tuhan minta kita hambanya untuk memohon dan bersandar hanya padaNya. Dia terlalu mampu untuk memenuhi setiap hajat kita. Sedangkan hal yang tidak kita minta pun Dia telah pun memberinya. Aku dalam menung-menung kat tengah padang pasir ni sempat terfikirkan satu hal tentang Tuhan. Tuhan tu punyalah baik..bila kita minta,semua Dia bagi. Kalau Dia belum bagi pun sebab sebenarnya Tuhan suka dengar kita merintih merayu tu. Itu yang Dia bagi lambat sikit. Sebab kalau Dia bagi awal,kita tak doa dah. Tak merintih merayu dah.  Dahsyatnya Tuhan.. Kalau kita,bila orang minta kita tak bagi,dia dok minta lagi..memang nak kenalah. Tapi Tuhan tak macamtu. Malah Tuhan sebut lagi,kalau nak apa-apa mintalah kat Dia. Dia je yang mampu penuhi semua hasra

Kasar tapi jiwek

Dalam 8 beradik satu mak,kiranya akulah yang paling besar. Maaf ye,bukan anak sulung. Tapi badan besar. Yee..mengakula ni! Bila badan besar ni automatik feeling diri paling besar tu lebihla kan. Makan nak pinggan paling besar,naik kete kompem nak dok depan sebab besar jadi takyah berhimpit kat belakang,rasa diri sulung senang-senang je arah orang. Tapi aku jugaklah yang kena angkut bagasi Kak Atiah ( kakak sulung )yang selalu lebih muatan tu sebab apa? Sebab badan besar. Ok. Badan kau besar,bila sakit orang susah nak percaya yang kita ni sakit. Jenuh aku kerutkan muka nak harap simpati,tapi kecundang. Orang hanya akan lalu lalang dan tergelak sebab ingat aku buat lawak. Padahal tengah sakit. Adik beradik aku siap cakap,eeii..tak sesuailah Kak Lah sakit. Eh. Bob Kuman tu pun sakit tau! Alfatehah lahu.. Ditambah lagi dengan perangai adik beradik ni yang tak retilah tacing sesama sendiri. Yang kalau sakit tu jelas sangat,Kak Atiah, Kakak ( adik no 7 ) dengan Humam ( adik no 4 ) Yang l

Suatu ketika dulu..musim panas yang indah

Tahun pertama aku ke Jordan memang batak gila dengan winter/syita'/musim sejuk. Bila masuk musim luruh,sibuk aku mengitung berapa hari lagi nak winter pulak. Angin musim luruh tu memang sangatlah aku nikmati terasa tiba-tiba akan turun salji. Ok jakun.  Sampai pernah bila aku balik cuti ke kampung siap nangis lagi sebab konon tak biasa dengan cuaca panas lembab + nyamuk Kg Temalang. Huh! Lupa diri.  Tapi bila masuk tahun ke 9-10 aku kat oversea,aku dah mula rimas dengan musim sejuk. Asiklah nak terkencing. Pastu habis sakit semua tulang aku. Sebab dulu-dulu cinta sangat kat winter sampai sanggup tahan tak pakai baju tebal,mandi tu sampai biru,dalam rumah boleh pakai tshirt lengan pendek lagi. La ni aku lebih suka menikmati summer. Oh matahariku. Aku dah jadi macam orang arab yang tunggu sangat musim panas datang untuk dapat kerap berehlah,malam-malam boleh bbq tepi highway atau mana-mana port yang ada rumput hijau walaupun hanya sekangkang ayam sahaja. Aku rasa lagi bebas tak pa

Dok tak dok nak emo!

Pernah tak sesiapa mengalami perasaan tiba-tiba sayu,sedih yang tak tau kenapa. Atau pun panas hati rasa nak marah semua orang padahal semua orang elok je dok diam-diam tak kacau engkau.Takde angin ribut tapi perasaan tu macam gundah je. Aku agak hampir semua orang pernah alami sindrom emo tak pasal-pasal ni. Jangan tak ngaku! Bukan orang perempuan yang datang bulan je. Sebab orang laki pun pernah kot jadi macamni. Bila aku tnya tu dah tentulah aku pernah mengalaminya. Dok tak dok tiba-tiba sedih. Tengah nak sembahyang angin satu badan. Sudahnya solat tak khusyuk kompem. Dari mana datang pun tak tau.  Ok tuan-puan semua..bila jadi benda tu,apa yang patut kita buat? Pertamanya kalau waktu tu kita tengah berdiri,eloklah kita duduk. Tenangkan fikiran,tarik nafas dalam-dalam. Istighfar.. Selalunya bila ada gangguan hati macamtu tak lain tak bukan ialah kerja setan. Setan memang pandai bab-bab macamni. Diusik sikit je hati kita,habis rosak semuanya. Itu juga dikeranakan dosa-dosa kita

Sebelum tidurku

Sebelum tidurku.. Aku bisikkan keresahan hatiku padaMu.. Gelisah kerna hati belum berubah.. Dengan nafsu masih sering kalah.. Sebelum tidurku.. Aku luahkan kebencianku.. Pada nafsu yang masih beraja.. Hatiku masih ditawannya.. Sebelum tidurku.. Aku sampaikan ketakutanku.. Apakah nasibku.. Bagaimana penghujungnya? Bahagia atau derita.. Sebelum tidurku.. Aku merayu padaMu Tuhanku.. Jangan pernah lepaskan diri dan hatiku.. Binasalah aku selamanya.. Sebelum tidurku.. Tidak ku pasti.. Apakah esok milikku lagi.. Jika aku harus berangkat kesana.. Biarlah hatiku sudah sempurna.. Moga selamat dinegara abadi,nun jauh disana..

Bersusah-susah didunia..

Terkebil-kebil mata orang Saudi tengok wanita-wanita kat Chalet NM ni kerja dah macam orang lelaki. Pagi-pagi lepas subuh tadi kami ber6 dah tercongok kat luar buat kerja buruh kasar. Angkut pasir dari padang pasir(sedangkan memang semuanya padang pasir) lepastu sorong pakai kereta sorong,tonggengkan dan ratakan. Kawasan yang dulunya tapak khemah kini nak dijadikan tempat parking kereta. Dalam masa yang sama aku tolong Abg Faah bagi unta makan. Sejak pekerja Sudan yang tengok unta ni benti,aku rasa macam nak masuk unit unta lah pulak. Sebab unta ni senang bawak bincang,dia takde nak agresif sangat. Slow motion je. Jalan pun kedek-kedek. Itu yang syair kuno arab dulu sering menyamakan wanita cantik itu jalannya macam unta. Tergedik-gedik. Aku jalan macam kambing kot. Sebab tak masuk kategori wanita cantik. Pagi tadi Hamdan(unta jantan paling besar) sakit perut rasanya. Dah sua makanan kat mulut pun dia tak respon. Jenuh aku jolok badan dia supaya dia duduk. Sebab sakit tu dia baring j

Belajarlah menyayangi untuk disayangi

Aku tak terlepas dari melewati konflik yang biasa berlaku bagi kebanyakan mereka yang meniti alam remaja. Perasaan membuak-membuak ingin mencuba semua perkara,itulah yang selalu tumbuh dalam jiwa panas anak muda. Pantang dihalang,akan bangun menentang. Hidup tak lama mana,tapi konon rasa dah pandai sangat. Bila aku ingat-ingat balik,memang geli dengan diri sendiri. Gelihati pun ye jugak. Malu pun ada. Dan itu semua adalah pengalaman yang menjadi guru untuk mendewasakan kita.. Gejala sosial yang melanda kebanyakan remaja selalunya bermula dari rumah. Tercetusnya konflik diantara mak ayah dan anak akan memicu kepada permasalahan yang selanjutnya. Lari dari rumah,berpeleseran,terlibat dengan segala macam kejahatan,itu berpunca dari jiwa yang memberontak. Ketidak puasan hati terhadap hidup boleh saja membuatkan remaja hilang pertimbangan.  Macam aku dulula..time nakal tak ingat dunia tu,selalu rasa mak ayah tak sayang. Aku rasa mak ayah benci dan takde harapan pun kat aku ni. Ditambah

Teater: Perjalanan penderitaan Rasulullah

Masuk bulan 5 je,dah panjang senarai rombongan umrah yang akan bertandang ke Chalet NM. Alhamdulillah..terima kasih Tuhan. Bagi meraikan lagi jemaah umrah yang datang,Ummu minta kami siapkan satu pakej persembahan teater untuk dipersembahkan kepada para tetamu. Aku ni dah lama tak buat teater ni. Dah berkarat. Itu yang Ummu tegur pasal selama ni kami hanya nasyid biasa je depan tamu. Orang pun dah boring. Huhu.. Moga-moga kelainan yang akan diusahakan ini dapat menambahkan lagi kefahaman dan 'rasa' bagi para jemaah umrah dalam menghayati Allah dan Rasul melalui ibadah disini. Kami pun bagi-bagila kerja.. Macam biasa,aku tak reti buat benda lain melainkan skrip. Urusan record VO,editing gambar(sebab nak pakai projector) tu serah kat Fatim dan Abang Dehya. Untuk buat props bagi kat orang dewasalah. Nak buat replika Kaabah,Safa Marwa dan lain-lain tu. Yang cemasnya,malam ni rombongan akan sampai dan kami akan show. Sedangkan latihan baru mula...tadi? Tuhan tolong. Doakan kami

Pesan Baginda sebelum tidur

Sebelum tidur,Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah “Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu : 1)Khatam Al Qur’an 2)Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat 3)Membuatkan para muslim meredhai kamu 4)Melaksanakan ibadat haji dan umrah Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda : “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)” - MAFHUM DARI HADIS -

Chalet Nur Muhammad part 2

Aku ni memanglah bukan penggemar haiwan. Kalau ada pun,setakat untuk tengok,comel..tu jelah. Nama nak pegang,ingat,rindu tu jauh sekalilah. Kalau adik aku,Adib tu memang dilahirkan untuk jadi doktor haiwan rasanya. Dari kecik lagi selalu kantoi dia simpan sarang burung dengan anak-anak burung sekali dalam almari baju dia. Pastu kadang-kadang dengar orang mencangkul belakang rumah,rupanya dialah dok tanam kucing mati. Gagah nak buat kubur,senang nak ziarah katanya. Tapi bila dok Chalet NM yang penuh dengan binatang ni,entah ada keajaiban dari mana,aku jadi pencinta binatang. Kalau aku kena ke Madinah 2 minggu tu memang rindu bayanglah. Sampai kalau kambing tu aku rasa nak bawak tidur. Pelikla.. Hebat Tuhan yang mampu merubah hati manusia dengan sekelip mata. Macamtu jugak dengan kuda,unta,keldai dan lain-lain. Aku rasa depa ni memang macam kawan. Lagipun binatang pun kan turut berzikir. Moga mereka boleh doakan aku. Jadi kalini aku nak kenalkanlah kawan-kawan binatang aku kat Chale

Dia kawan kita

Terdapat pelbagai cara orang belajar tentang Tuhan. Juga ramai guru yang mengajarkan tentangnya. Barisan para ulama yang tinggi ilmunya.  Bermula dengan mengenali sifat wajib bagi Tuhan,sifat mustahil bagiNya,hinggalah ke peringkat ilmu yang seterusnya. Mengetahui tentang Tuhan tidak menjamin manusia dekat dengan Tuhan. Hanya mengenali Tuhan bukanlah jaminan untuk seseorang sampai mampu merasa hamba. Tuhan itu mesti dirasakan,dihayati,didapatkan.  Ada orang belajar tentang Tuhan tapi bertambaha jauh dariNya. Ada yang tidak tinggi ilmunya tapi bisa hampir sekali dengan Tuhan. Ada yang tahu tentang keagungan Tuhan,hingga dia merasa Tuhan itu jauh. Terlalu tinggi sehingga tidak boleh didekati. Tuhan tidak dijadikan kawan tempat rujuk kerana difikirkan Tuhan itu terlalu besar,tidak layak dijadikan teman. Mendapatkan Tuhan bererti kita mendapatkan segalanya. Kita mendapat kawan yang paling setia. Kita boleh cerita apa saja dengan Tuhan kerana Dia maha mendengar. Semua masalah kita