Skip to main content

Bersyukur dengan ujian


1.24 pagi. Sudah pun memasuki 29 May 2012. Pulang dari menemani Kakak dan Fah tawaf qudum,Tuhan memberikan busyro dihujung bulan 5 ini. Sebiji lagi telur burung kasawari menetas. Menurut info dari jabatan veterinar,dari 6biji telur biasanya hanya 1 yang akan jadi anak. Selepas Iyah (anak kasawari yang baru menetas) keluar haritu,kami tidak terlalu berharap untuk dia mendapat kawan. Walau tetap berdoa agar Tuhan lakukan keajaiban. Maha besar Tuhan.. InsyaAllah lusa Iyah tidak lagi keseorangan.

Adik-adik dah tidur. Kepenatan berasak dan bersesak di Kaabah tadi. Lautan manusia yang cukup menyesakkan. Hampir tak dibenarkan masuk masjid sebab ada ipad dalam beg. Namun alhamdulillah..untuk kesekian kalinya rumah agung itu dapat dijejaki.

Mengingat betapa banyaknya nikmat yang Tuhan beri,tidak mampu disyukuri apa lagi untuk dibalasi. Sesekali didatangkannya ujian melengkap warna dalam kehidupan. Tidakkah ujian itu juga patut disyukuri? Jika kita mampu melihat hikmah dari kesusahan,nescaya kita akan sujud disetiap kesakitan.

Mengapa ujian juga perlu disyukuri?

Bersyukur dapat mak ayah yang didik dengan kesusahan sampai akhirnya boleh hidup macam orang paling kaya dan orang paling miskin.

Bersyukur dulu Kak Fizah(mak angkat yang jaga waktu Abuya Ummu takde) garang,tegas dan berdisplin,hasilnya darjah 2 dah 4 kali khatam quran. 

Bersyukur sebab Abuya Ummu ambil kereta dan bagi orang lain pakai,akhirnya rasa lega sebab lepas beban nak fikir pasal kereta sampai tak tidur malam.

Bersyukur hidup musafir pindah randah setiap saat tapi sudahnya gembira bila beg tinggal dua je dan tak pening fikir nak menambah koleksi baju.

Bersyukur kecik-kecik selalu kena tinggal tapi dah besar Tuhan bayar dapat jalan merata dunia.

Terlalu banyak sebenarnya kesyukuran yang patut kita panjatkan diatas ujian yang Tuhan berikan. Kalaulah Tuhan hanya memberi kesenangan,mampukah kita untuk kekalkan pergantungan dengan Tuhan? Bila hidup tanpa merasa susah,tahukah kita bila masanya untuk kembali pada Tuhan? Bijaknya Tuhan yang menggilirkan kesusahan dan kesenangan.

Tuhan..didalam kepekatan malam ini,ku layangkan terima kasih atas segala nikmat dan ujian yang kau beri. Buatkan aku semakin matang menjalani liku hidup didunia ini. Walau aku tidak pasti bagaimana kesudahan nasibku diakhirat nanti. 

Disepanjang hidupku,aku tidak mendapatkan kekuatan selain dariMu. Aku takkan pernah mampu untuk bangun jika bukan tangan ajaibMu yang menghulur. Aku lemah..engkau pun tahu. Kerna itu kau tidak pernah menjauh dariku.

Kekalkanlah aku dalam iman. Kuatkanlah keyakinanku bahawa janjiMu itu benar. Pandulah aku dalam menunggu. Moga kebenaran itu selamanya mengiringiku. Biar aku tidak hanya bersyukur diatas nikmat,tapi juga mampu tersenyum dengan ujian. Betapa ujian itu perlu untuk aku tidak terpisah dariMu..

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...