Skip to main content

Chalet Nur Muhammad Part 3


Kalau aku jadi pengarah drama dah tentu lama kena reject akibat lambat menyiapkan episod seterusnya. Tapi disebabkan aku bukan director drama,aku hanya penulis blog picisan yang tak berdisplin,maka aku suka hati untuk baru melanjutkan part 3 untuk kisah Chalet Nur Muhammad.

Kalini nak kabo pasal kambing dan kibas pulak. Hok warna putih tu kibas,yang hitam dan coklat tu kambing gurun. 

Salam semua..
Terpaksa pegang mak yang suka merayau sebab anak nak menyusu
Penunggang kambing cilik
Sebahagian kambing di Chalet Nur Mohd

Dalam kandang

Pantang orang dekat semua pakat lari

Wakil kambing gurun yang sempat di snap
Kambing dan kibas di CNM ni antara binatang yang paling banyak memproduk anak dan susu. Setiap hari ada je anak yang baru dilahirkan. Susu pun bertambah-tambah,alhamdulillah.. Cukup untuk jemaah umrah yang datang teringin rasa susu kibas dan kambing.

Depa ni tak banyak gelagat sangat. Tapi yang comel ada sekor tu bila lahir je mak dia mati,jadi dia tak reti minum susu mak. Terpaksalah minum guna botol susu. Kadang-kadang botol tu hilang lupa letak mana,menangislah dia seharian mengekor kita kemana pergi. Yang mak-mak kambing ni pulak jenis kaki merayap. Jadi bila anak depa lapar,terpaksa mengembek kat kita sebab nak suruh pegangkan mak dia supaya boleh hisap susu. Ape jenis anak beranakla depa ni.

Rasulullah dulu kecik-kecik mengembala kambing.. Nak ikut sunnah yang besar-besar kot tak larat. Moga dapat juga pahala meniru Rasulullah perihal membela kambing kibas ni..

Keldai tak cerita lagi. Bersambung lagila nampaknya.. 




Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...